Sudah beberapa bulan selepas kejadian, tetapi
sahabat-sahabat ku masih lagi terlantar di katil dan tidak sedarkan diri di
hospital. Aku kerap kali juga menjenguk mereka, pelbagai usaha yang aku lakukan
bagi merawat mereka tetapi semua tidak berhasil. Jelas terpancar di wajah ibu
dan ayah mereka, kesedihan, kerisauan, dan mengharap sahabat-sahabat ku pulih
seperti biasa. kekadang tu rase menyesal sangat! Kenapa aku langsung tak boleh
nak halang mereka. kenapa masa tu aku langsung tak terfikir apa-apa idea pun
tentang aktiviti yang boleh dilakukan selain melakukan ekspedisi di hutan. Aku
masih ingat pesan salah seorang ustaz yang aku jemput bagi mengubati sahabat ku
“Kita sebagai manusia, hanya mampu berusaha. Selebihnya biarlah tuhan yang
uruskan. Ustaz tahu, dan dapat baca segala apa yang terjadi kepada kamu dan
rakan-rakan ketika berada di rumah tinggal itu. Inn sha allah, kita berdoa
sahaja. Mungkin bila tiba masanya, sahabat-sahabat kamu akan pulih seperti
biasa. Cuma bila? Itu yang kita tak akan tahu”
“Geng, cuti seminggu ni kita nak buat apa? Kalau mandi
manda dekat pantai lagi, aku malas ah. Asyik buat bende yang sama!” “Apa kata,
kita buat ekspedisi dekat hutan *****? Mencabar sikit kan? Haha” Aku diam je
dengar plan diorang, macam takde bantahan langsung masa tu. Yela, duk dekat
rumah sewa ni pun boring gak. Aku plan nak balik kampung, tapi… “Eleh kau ni,
asal cuti mesti balik kampung. Anak mak betul! Nanti la kita sesama balik cuti
sem ni” Macam tula aktiviti kami setiap hujung minggu, atau ade cuti-cuti lain.
Tak pandai duduk diam dekat rumah. Ade je benda nak dibuat, mungkin disebabkan
darah muda yang membuak-buak, tak senang duduk. Memula tu rase taknak ikut
juga, sebab aku sekali pun tak pernah buat aktiviti macam ni. Oleh kerana
menjaga hati kawan, aku pun ikut aje lah plan diorang. Lagi pun hutan yang kitaorang
nak pergi ni hutan pelancongan. Dijadikan cerita, kami pun contact lah agensi
yang bertugas di hutan pelancongan tu. Pakej tu pun agak berbaloi, kalau nak
tinggal dekat situ pun boleh, sebab ade chalet diorang sediakan.
Beberapa hari selepas itu, kami pun bertolak ke tempat
itu pada sebelah pagi. Segala persiapan telah kami lakukan terlebih awal
sebelum menuju ke sana. Lebih kurang 3 jam macam tu, kami pun sampai lah ke ke
situ. Boleh katakan agak ramai juga pelancong yang datang ke situ, mungkin
disebabkan hari cuti. Rata-rata pelancong yang datang ke situ adalah pelancong
luar. Setelah mendaftar nama, kami pun berkumpul dalam satu rombongan ade lebih
kurang 15 orang masa tu. Ade 2 orang guider yang akan menemani kami sepanjang
ekspedisi itu, Mr Ravesh dan En Tapuh yang merupakan penduduk asli di kawasan
hutan pelancongan itu. “Anttention everyone, as you all know. This forest has
been certified as ‘Hutan Simpan’ (Reserved forest) with measuring around 15,000
hectare…. Before we start the journey, we want tell you all once more. Please don’t
split. Just follow us as your guider…”
Setelah selesai penerangan yang diberikan, kami
kemudian dibawa untuk mengelilingi hutan simpan ini. Aku memang terpaku melihat
keindahan di hutan ini, sememangnya indah dan menarik. Kami menyusuri bukit
bukau, sungai, melihat jenis-jenis tumbuhan yang jarang sekali dilihat,
haiwan-haiwan, serangga… “Man, kau tengok kera tu! Lucu aku nengok hidung dia. Haha
macam badut aku tengok!” “Yela. Hahaha. Tak baik kau mengumpat, kang tak
pasal-pasal kau kena sumpah jadi kera! Haha” Aku perhati je perangai dorang
berdua masa tu. Kalau bab-bab celupar memang diorang lah. Aku nasihat pun bukan
nak dengar pun, baik aku diam-diam tengok keindahan hutan ni. Dalam tak sedar,
kami sudah berada di tengah hutan itu selama 4 jam! Tapi memang best! “Okay
ladies and gentlemen, I know you all absolutely tired right? So, take 5! Do as
you want, drink, eat, but don’t ever thow rubbish in this forest. After that, we
will go back to chalet and we will continue this journey tommorow” Akhirnya
kami pun berehat lah sebentar sebelum kembali semula ke chalet masing-masing. “Weyh,
teman aku jap. Aku nak memerut ah derr! Tak tahan dah ni!” alahai dia ni! Hari pun
nak gelap, tetibe pulak si Aiman ni sakit perut. Aku nampak guider 2 orang tu
sibuk bercerita dengan pelancong asing tu, kami pun bergerak menuju ke kawasan
semak berhampiran tanpa pengetahuan mereka.
“Korang tunggu kejap! Jangan tinggalkan aku sorang!” bila
aku tengok tingkah laku si Aiman masa tu, rase nak gelak pon ade gak. Haha.
Tetibe hujan turun pulak! Kalau renyai-renyai takpe, lebat pulak tu! Aku dan
member sorang ni terjerit-jerit panggil kawan sorang ni, suruh dia cepat. Aku
pun tak tahu mana nak cari tempat berteduh, hujan yang sangat lebat tu
menyukarkan lagi pandangan kami! “Oi korang! Sini!” aku perhatikan suara siapa
yang sedang memanggil kami… rupanya Aiman. Entah macam mana boleh ade sebuah
rumah tinggal berhampiran, tak jauh dari tempat tu. Kami berdua pun bergegas
menuju ke rumah itu untuk berteduh bersama Aiman, habis pakaian kami basah
kuyup! Aku pun risau sangat masa tu, hujan lebat sangat, jalan menuju ke tempat
berhenti tadi kami pun aku dah tak ingat. Rase macam sesat. Harap-harap guider
tu jumpe kami di sini. Kami pun berteduh di rumah itu, menunggu hujan berhenti.
“Aku tak sangke pula, dekat tengah hutan macam ni ade rumah kan?” “A’ah lah,
ntah-ntah rumah zaman jepun kot!” Aku hanya menggelengkan kepala ku mendengar
perbualan mereka. sementara menunggu hujan berhenti, kami pun makan sedikit
bekalan yang kami bawa sebelum menuju ke sini.
“Fiq, Zeem, korang tak rase apa-apa yang pelik tak? Cube
korang tengok barang-barang dekat rumah ni, semua dah takde tinggal cermin
antik tu je!” Betul juga apa yang Aiman katakan. Aku pun rase tak sedap hati
masa tu! Member aku tanpa rasa takut dan dengan rasa ingin tahu berdiri, menuju
ke arah cermin itu… “Weyh! Jangan buat bende bodoh la. Ini bukan tempat kita!”
Nasihat aku tak diambil peduli langsung! Malahan mereka menyentuh cermin itu
dan membersihkannya. “Zeem, sini lah! Kita bukan buat ape pon!” “A’ah! Eh lain
citer, kau tengok cermin ni. Aku rase kalau kita jual, memang mahal ni! Antik derr!”
Aku tetap berkeras dan duduk di lantai. Hari pun semakin lama semakin gelap,
tetapi hujan masih lebat dan guruh sambung menyambung! Hati aku berdebar
semacam, aku rase macam ade je yang tak kena! “Korang, kita redah jela hujan
ni. Aku tak sedap hati lah!” “Asal bengap sangat? Kau ingat kalau kita redah
hujan ni kita akan jumpe jalan tadi? Tunggu jela esok, nanti diorang datang lah
ke sini semula. Nak tak nak kita kena tidur dekat sini” memandangkan cuaca pada
masa tu semakin teruk, kami membuat keputusan untuk bermalam di rumah tinggal
itu.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment