Aku paling tak suka kalau bos suruh OT. Kalau balik tu
tak lewat sangat ok gak, ini sampai jam 9, jam 10 malam baru bos bagi lepas. Huhu.
Kekadang tu rase nak berhenti juga dari kilang ni, tapi bila aku fikirkan balik
mak dengan ayah, aku tetap kuatkan semangat. Macam ni lah kalau anak sulung,
komitmen terlalu tinggi. Aku sanggup belajar takat SPM je dan terus kerja
kilang. Mak ayah aku pun dah tua, adik beradik pula ramai. Nak ditelan mati
mak, nak diluah mati ayah. Oleh yang demikian aku kemam jela. Walaupun aku
pernah diganggu oleh makhluk yang tak diundang, aku tetap kuatkan semangat aku
untuk terus bekerja demi family aku. Sekarang ni aku memang tak lalu lagi jalan
lama tu, aku guna jalan baru. Biar jauh janji selamat. Betul lah apa orang
cakap, jangan riak sangat nanti makan diri!
Aku masih ingat kisah seram yang terjadi dengan aku
pada malam tu. Bila aku refresh balik saat-saat tu, eee! Meremang bulu roma
aku. Entah lah, aku pun susah nak describe pasal diri aku ni. Senang cerita,
selagi aku tak kena atau tak nampak benda tu, aku memang tak akan percaya.
Pernah sekali member aku pesan, jangan lalu jambatan tu A.K.A jalan lama sebab
ramai yang dah kena dekat situ. Kalau pulang dengan selamat takpe juga, memang
tempat tu orang selalu eksiden. Aku ade gak tanya dengan makcik-makcik dekat
kilang ni cerita pasal jambatan tu “Macik pon ade dengar cerita pasal jalan
lama tu, tempat tu orang selalu buang benda. Jadi tak hairan lah jambatan tu
agak angker sedikit. Lagi pun korang sendiri tahu, tiap-tiap tahun mesti dengar
ade orang terjun dari jambatan tu untuk bunuh diri. Tu jela makcik dengar, lagi
pun makcik bukan lalu jalan lama tu” aku ni memang rajin kalau bertanya dan
mesra orangnya, biaselah pekerja baru kan. Kalau dok sendiri-sendiri buat
kerja, boring gak.
Lepas tu aku tanye lagi member-member aku, jawapan
diorang pun sama. Ramai yang dah kena dekat jambatan tu. Entah-entah diorang
saje buat cerita ni, macam tula pandangan seorang anak muda yang belum mengenal
erti kehidupan sebenar. Aku malas nak guna jalan baru, aku lebih prefer untuk
guna jalan lama sebab kalau dikira-kira jarak menuju ke rumah aku, beza 10
minit! Tak ke jauh sangat bezanye? Aku pun guna motor kapcai je, kalau bawa
keta rasenye lagi jauh beza. Serius aku cakap, dah berkali-kali aku lalu dekat
situ tapi memang takde apa-apa. Aku siap stay-stay lagi dekat jambatan tu,
hisap rokok sebatang lepas tu blah. Aku dah agak, diorang dekat kilang tu
memang sembang lebih! Aku pun tambah lah yakin untuk lalu jambatan tu setiap
hari selepas balik dari kilang. Sehinggalah ke satu hari yang aku gelar sebagai
hari malang buat ku. Bos cakap, pekerja-pekerja baru kena OT sampai jam 10
malam sebab esok cuti pertama kami, tu je alasan bos aku. Hanat betui! aku dan
beberapa pekerja baru yang lain ni buat lah kerja seperti yang diarahkan.
Kami pun kerjalah, sampai tepat jam 10 malam. Memandangkan
esok adalah hari cuti, member baru aku ni ajak lepak dekat kedai makan esok
malam. “Weyh, esok malam kitaorang lepak dekat kedai mamak, kau nak join tak?”
Aku pun bersetuju dengan pelawaan depa. “Kau balik sorang je? Kau lalu jalan
mana?” “A’ah, sorang je. Aku guna jalan lama lalu jambatan tu. Asal?” “Kau tak
takut ke lalu dekat situ? Bukan tempat tu keras eh?” “Takpe, aku dah biase lalu
dekat situ. Bukan ade apa-apa pon!” Member aku ni tenung aku lain macam je,
macam tak percaya! Ape ingat aku ni penakut sangat ke? Alahai riaknye aku. Jadi
kami pun berpecah ikut hala tuju masing-masing. Diorang guna jalan baru, aku
malas nak join sekali sebab jauh!
Entah kenapa malam tu! Aku tetibe rase seram sejuk! Tak
pernah-pernah sebelum ni aku rasa macam ni. Aku pun parking dekat tepi dan
hisap sebatang rokok untuk hilangkan perasaan tu. Malam tu agak sunyi, lebih
sunyi dari malam-malam sebelumnya! Angin takde, kereta lalu lalang pun takde. Tetibe,
aku terhidu satu bau yang sangat-sangat busuk! Aku memandang di sekeliling aku.
Aik dari mana pula datang bau bangkai ni? Aku rase tak sedap hati pula. Aku
buang rokok, dan pakai helmet. Sedang-sedang pakai helmet tu aku terpandang di
sebelah kanan aku. Dari jauh aku nampak macam kain putih, melompat-lompat
sedang menuju ke arah aku. Eh! Apa pulak tu? Makin lama makin dekat, aku tenung
je kain putih tu. Pocong rupanya! Aku terus start enjin motor dan blah dari
situ. Aku rase memang aku tekan habis minyak ni tapi rase slow sangat! Aku tengok
dekat side mirror aku, pocong tu makin lama semakin dekat! Aduh! Asal motor aku
ni tetibe buat hal time-time macam ni! Bukan bukit pun aku lalu, tapi tak
pick-up!
Ape nak jadi, jadi lah! Aku cuba tukar gear, aku press
lagi minyak, Akhirnya motor aku pick-up juga! Aku pandang lagi side mirror aku,
pocong tu masih melompat dan mengejar aku! Habis satu badan aku menggeletar! Bulu
roma aku naik! Sehinggalah aku melepasi jambatan tu, aku perlahan-lahankan
motor aku dan tengok side mirror. Aik? Dah lenyap? Biar betul. Aku pun
meneruskanlah perjalanan aku seperti biasa menuju ke rumah. badan aku habis
berpeluh, badan aku masih terketar-ketar! Aku try lagi press minyak, lagi
sekali motor aku semput! Aku rase berat sangat! Apa hal la motor ni, aku pun bengang
sangat! Masa-masa macam ni dia buat hal. Masa tu aku memang pandang depan je. Eee!
Taknaklah pandang mana-mana lagi!
Alhamdulillah,
aku pun sampai ke rumah. tapi badan aku rase sejuk sangat! Aku masuk depan
garaj rumah. Aku tarik nafas panjang dan bukak helmet aku. Konon-konon nak
betul kan rambut, aku tengok la side mirror motor, ya allah! Pocong tu tengah
berdiri di belakang aku! Patut la aku rase berat semacam! Sampai ke rumah dia
ikut! Eee! Muka dia jangan cakap! Serius seram! Pucat sangat! Aku dah tak
peduli apa-apa masa tu, aku melompat dari motor tu dan ketuk pintu rumah
kuat-kuat! “Mak! Ayah! Bukak pintu ni!” “Bam! Bam! Bam!” Aku tak toleh belakang
langsung mase tu. Mak aku buka pintu dan
aku terus masuk! “Kau ni dah kenape? Pucat je mak tengok?” “Tad…Tad…Tadi… Orang
nampak pocong!”
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/07/taipanqq-7-manfaat-dari-ciuman-yang.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong