Merenung ke luar jendela, melihat anak-anak kecil
sedang bermain-main. Indahnya, rasa nak kembali jadi budak-budak! “Long! Long! Marilah
main sekali dengan kami” Aku lihat adik-adik ku memanggil aku, sedang
bermain-main di halaman rumah ini. Sudah lebih sebulan kami berada di kampung
dan malam ini adalah malam yang ke 7 nenek sudah pergi meninggalkan kami. Aku
rindu nenek, tak sangka-sangka masanya sudah pun tiba. Tinggal lah Atok aku
seorang diri di rumah ni. Teringin juga nak bawa atok tinggal bersama kami,
tapi dia tetap berkeras. “Biarlah aku di sini Min, Atok tak sanggup tinggalkan
rumah ni. Terlalu banyak kenangan buat atok dan nenek. Kalau kamu ada masa
jenguk je atok dekat kampung ni” sentap juga bila aku dengar penjelasan dari
Atok, betapa sayangnya beliau kepada nenek sehingga ke akhir hayat.
Selepas sahaja nenek pergi, Atok menyimpan semula
sanggul warisan nenek ke dalam sebuah peti dan di masukkan ke dalam sebuah
almari. Aku tahu, itu bukan sanggul sembarangan. Itu sanggul saka. Entah kenapa
Atok masih menyimpan sanggul itu. Aku pernah terdengar satu ketika dulu, semasa
aku masih kecil dan terdengar perbualan mereka di ruang dapur. “Atoknye,
sanggul ni bukan sembarang sanggul. Andai kata saya dah takde, tolong wariskan
sanggul ni kepada Ema” “Yela Maknye, abang dah berapa kali pesan buang je
sanggul ni. Nanti makan diri” “Ape yang boleh sayang lakukan. Benda ni memang
warisan keluarga saya. Dari turun temurun lagi sanggul ni di wariskan. Saya dah
cuba buang, tapi sanggul ni tetap kembali dengan saya. Awak sendiri pun tahu”
Asal mak aku yang kena warisi sanggul tu? Apa yang istimewanya sanggul tu
sehingga perlu diwarisi? Itulah pertanyaan yang bermain di minda ketika itu.
Aku sendiri menyaksikan kehebatan kuasa syaitan itu.
Aku masih ingat, ketika itu aku dan nenek sedang membersihkan kebun. Kebetulan atok
pada masa itu mempunyai jemputan kenduri di kampung ini. Aku dan nenek
sememangnya rapat, memandangkan aku adalah cucunya yang pertama dan masih kecil
masa itu. Walaupun usia tua sebegitu, tetapi nenek masih bertenaga seperti
orang muda! ketika kami sedang membersihkan kebun pisang, aku telah dipatuk
oleh seekor ular! “Arggghh! Nenek! Min kena patuk ular!” “Eh! Meh sini nenek
tengok!” Nenek aku bergegas menuju ke arah ku sambil menyentuh kaki ku yang
sedang membengkak akibat bisa ular itu! Nenek membuka sanggul itu dari rambutnya
dan meletakkan sanggul itu diatas betis ku yang sedang membengkak. Aku lihat
nenek sedang membaca jampi serapahnya, aku pada ketika itu terdiam dan
mengalirkan air mata akibat menahan sakit yang teramat di kaki ku. Aku dapat
merasakan sendiri, betis ku yang sedang membengkak itu semakin lama semakin
berkurangan sakitnya! Aku turut merasakan sendiri seperti bisa itu seperti
ditarik keluar dengan perlahan-lahan. “Dah, cucu nenek dah elok. Tengok kaki
kamu” Nenek memakai sanggulnya semula, aku lihat betis ku sudah pulih seperti
biasa. Aku tergamam seketika melihat kejadian itu seakan-akan tidak percaya! Benarkah
nenek mempunyai kelebihan seperti ini?“Min cuba berdiri, cuba goyangkan kaki tu. Macam mana?
Masih rase sakit tak?” aku pun berdiri dan cuba menggoyangkan kaki ku. Memang betul!
Kaki aku dah tak rase sakit dan kebas lagi. Aku pun rasa kagum masa tu, memang
tak disangka, dengan menggunakan sanggul tu je nenek boleh mengubati bisa di
kaki aku.
Buat pertama kalinya aku sendiri melihat dengan mata ku sendiri,
saka itu memunculkan dirinya di rumah ini. Aku masih ingat pada ketika itu, aku
balik ke kampung semasa cuti semester. Atok ade telefon aku “Min, kamu tak
balik kampung ke? Nenek kata dia rindu kamu. Kalau kamu ade cuti, kamu balik ye”
aku kalau boleh, memang taknak belajar jauh-jauh. Aku kesian dengan nenek dan
Atok, pakcik-pakcik aku pun jarang sangat balik ke kampung. Rasenye, setahun sekali
je kitaorang berjumpa, itu pun masa raya. Nak harap hari-hari lain jangan mimpi
lah.
Mak, abah dengan adik-adik aku semua duduk bandar.
Jadi aku jela yang rajin jenguk-jenguk atok dengan nenek dekat kampung. Cuti semester
ade lebih kurang sebulan lebih macam tu, jadi selama cuti sebulan tu aku banyak
habiskan masa berada di kampung. Banyak sangat lah aku buat, aku tolong
bersihkan kebun, bersihkan reban ayam, entah kenapa aku rajin sangat bila balik
ke kampung. Aku lebih suka tengok nenek dan atok diam-diam dekat rumah. Diorang
nak tido ke, minum-minum ke suka hati, biar aku je buat kerja-kerja ni. Satu malam
tu, nenek dan atok dah tido dekat bilik. Aku tido dekat ruang tamu, sambil
baca-baca novel. Entah mungkin aku sedang berkhayal atau pun tak, aku nampak
satu kelibat lalu dengan pantas di hadapan aku. Terjadi berkali-kali pada
ketika itu, aku ape lagi! Memang seram sejuk lah masa tu! Dekat rumah atok ni,
ade satu bilik khas untuk nenek berhias-hias dan kebetulan bilik tu tak berkunci.
Aku dapat rase dan dengar ade bunyi yang datang dari bilik tu.
Aku dengan perlahan-lahan menuju ke ruang bilik tu. Suasana
yang sunyi sepi pada ketika itu ditambah lagi dengan satu haruman yang aku
pernah hidu sebelum ini. Haruman yang selalu nenek guna setiap malam, aku buka
pintu bilik itu perlahan-lahan dan memerhatikan ruangan bilik itu. Aku lihat
satu susuk tubuh seperti wanita muda, berpakaian kebaya merah sedang duduk di
sebuah kerusi sambil menyikat rambutnya menghadap ruang jendela yang terbuka. Oh
nenek rupanya! Macam tulah pandangan pertama aku. Kemudian aku kembali semula
menuju ke ruang semula untuk menyambung bacaan novel aku. Aku terpaku dan
teringat sesuatu! Bukan ke nenek dan atok dah tido? Siapa pula perempuan itu?
Aku kembali semula menuju ke bilik itu… Aku buka pintu bilik itu perlahan-lahan
dan memerhatikan wanita itu tadi. Haruman itu semakin lama semakin kuat menusuk
hidung! “Nenek ke tu?” aku bertanya kepada wanita itu. Lalu wanita itu
memalingkan wajahnya ke arah ku. Allahu! Aku rebah ke lantai dan tergagap-gagap
seperti tak mampu untuk berbuat apa-apa! Wajahnya jelas sekali kelihatan! hodoh
dan sangat menakutkan! Matanya merah merenung aku dengan tajam sekali! Ternyata
itu bukan nenek tapi benda lain!
Aku teriak dengan sepenuh hati aku memandang ke
ruangan pintu bilik nenek. “Nenek! Atok! Tolongggg! Tolonggg!” “Kamu ni kenapa
Min? Memalam buta teriak-teriak!” Atok keluar dari biliknya dan menuju ke arah
aku. “Tad… Tad… Tad… Tadi Min nampak hantu dekat bilik ni!” Atok bergerak
menuju ke bilik itu. Aku turut bersama atok masa tu bagi memastikan benda yang
aku lihat itu benar atau tidak. Tapi lembaga tu sudah tiada! Adakah itu hanya
khayalan aku semata-mata atau pun tidak? Nenek kemudian keluar dari bilik,
sedang menyisip sanggulnya di rambut. “Min, mai sini sat. kita cerita-cerita
dekat tangga” Kami pun menuju ke tangga. Badan aku terketar-ketar masa tu,
masih teringat peristiwa tadi. “Kamu nampak ape tadi?” “Min nampak hantu pakai
kebaya merah tadi Nek” “Itu bukan hantu sayang, itu lah yang jaga keluarga kita
selama ni. Janji dengan nenek jangan cerita benda ni dengan siapa-siapa,
termasuk mak kamu. Boleh?” Aku pun rase pelik gak dengan penjelasan nenek masa
tu. Macam mana hantu boleh jaga kita? Bukan ke itu saka? Terang-terang dalam
agama haram menyekutukan DIA! Aku pun taknak cakap apa-apa masa tu, aku taknak
nenek kecik hati nanti. Kadang-kadang dua ke tiga kali aku nampak benda yang
sama semasa berada di rumah itu, tapi bila dah terbiasa nampak benda macam tu,
aku pun rase cuak walaupun sedikit menakutkan, tapi aku buat macam takde je.
Beberapa hari sebelum nenek pergi, pelbagai kejadian
aneh yang berlaku di rumah ni! Pintu rumah diketuk dengan kuat, suara wanita
menangis, nampak kelibat hitam. Aku sendiri yang menyaksikan semua itu. Ketika itu
nenek sedang terlantar sakit di katilnya, dan atok lah yang bersusah payah
menguruskan pakai minum nenek. Walaupun ibu dan anak-anaknya yang lain turut
berada di rumah pada ketika. “Kamu tak payah nak bersusah payah, biar aku je
yang uruskan ibu kamu” mungkin bagi aku, bila terlihat kelibat kebaya merah itu
sedang menyikat rambutnya di bilik solek itu adalah perkara yang aku sudah biasa
lihat. Tapi tidak bagi ibu dan family aku yang lain. Ada yang sampai kena
sampuk, demam ternampak lembaga itu.
Hampir setiap malam, rumah ini seakan-akan tidak
tenteram! “Pangggg!” “Bam! Bam! Bam!” “Kranggg!” macam-macam bunyi yang aku
dengar. Aku tahu, lembaga itu seakan-akan marah dan merajuk disebabkan tuannya
kini sedang terlantar sakit. Aku dan pakcik-pakcik bersama-sama Atok dan ayahku
akan bersama-sama membacakan surah Yassin di ruang tamu pada setiap malam.
Semakin lama kami membaca semakin kuat juga gangguan yang berlaku di rumah itu.
Sehinggalah, pada malam itu. Keadaan nenek semakin kritikal, kami sempat
mendengar permintaan terakhir nenek sebelum menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Nenek memanggil ibu, “Ema…Ema…Ema… Bila kamu rasa dah bersedia, kamu
ambil lah sanggul itu dari ayah kamu. Emak tak paksa kamu… Cuma…Cuma…Cuma…
tolong jangan hampakan emak, jangan hampakan nenek moyang kita” Aku lihat pada
ketika itu ibu menangis dan sedih yang teramat. Aku tahu perasaan dan fikiran
ibu bercelaru ditambah lagi dengan permintaan nenek, seakan-akan terikat dengan
sanggul pusaka itu. Nenek sangat-sangat berharap ibu boleh mewarisi sanggul
itu.
Akhirnya pada malam itu juga, nenek menghembuskan
nafasnya yang terakhir… Kami sendiri menyaksikan pada ketika itu dan pada saat
itu juga kami terdengar satu tangisan yang sangat menakutkan dari bilik solek
nenek. Aku pasti, tangisan itu bukan tangisan orang, tapi tangisan lembaga itu.
Atok menggelengkan kepalanya memberi isyarat kepada kami semua “Jangan pergi
bilik itu. Kamu faham kan?” Alhamdulillah,
urusan jenazah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan. Tapi sehingga
kini aku merasa risau bila melihat keadaan ibu ku, kerap kali pengsan dan demam
panas sejurus selepas nenek meninggal. Ibu mendakwa sering kali terdengar
bisikan dari seseorang, memaksanya untuk mewarisi sanggul itu dan kerap kali melihat
kelibat wanita kebaya merah itu, merenungnya dengan tajam sekali. Kini sanggul
itu di simpan di sebuah peti, dan diletakkan di sebuah almari yang berkunci,
menanti warisnya untuk memakai sanggul tu…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment