“013-1313**3 Sila hubungi saya kepada sesiapa yang
ingin berkenalan dengan saya. Terima Kasih Admin” Nombor puaka ni aku masih
ingat sampai sekarang. Rase menyesal pon ade, sampai sekarang aku trauma. Aku
dapat nombor ni mase duk tengok page mencari jodoh. Yela, aku ni dah lanjut la
dekat-dekat 40 tahun, tapi tak kawen-kawen juga. Aku pun risau gak, dah lame
tunggu jodoh aku tak sampai-sampai juga. Nak kata aku ni hodoh sangat, tak
juga. Tapi, ntah lah. Jodoh tu ketentuan dariNya, kita ni sebagai hamba dia
hanya mampu berdoa dan berusaha. Dipendekkan cerita, aku dah cuba
bermacam-macam usaha. Rase fed-up pon ade nak mencari jodoh ni. Sehinggalah aku
menjumpai sebuah website ‘mencari jodoh’. Aku ni pun try-try nasib jela,
kot-kot jodoh aku dekat sini.
Scroll punya scroll, aku jumpa gambar sorang
perempuan. Berdegup kencang jantung aku masa tu. Ya allah, adakah dia jodoh ku?
Aku tengok biodata si pemilik gambar ini. “Syasha Abdul Malik, umur 30 tahun,
pekerjaan sebagai jurujual kosmetik di… Tinggal di…” Patut la comel, cantik rupenye
jurujual kosmetik! Aku bace gak komen-komen orang pasai perempuan ni. “Aku dah
contact number ni tapi ‘Network error’ betui ka nombor ni?” lepas tu aku baca
lagi komen seterusnya “Acaner lah nak berkenalan? Nombor dah kasi, tapi tak
jawab. Mungkin tukar nombor kot. Admin, tolong la update pasal gadis ni” “Nampak
cam tipu jer, mesti nak kencing orang. Ntah-ntah pondan!” Boleh katakan, ramai
juga yang minat dengan gadis ni. Aku ni pon rase macam lemah semangatlah juga.
Aku tengok yang dok komen-komen ni semua hensem-hensem belaka. Tapi aku tetap
kuatkan semangat aku, mungkin dia jodoh aku siapa tau?
Aku masih ingat mase tu aku baru balik dari keje dan
memandangkan esok adalah hari bercuti, jadi adelah masa yang terluang untuk
mencari bakal jodoh. Lama juga aku tercari-cari website cari jodoh, last-last
jumpe yang ni pulak. Aku save number dia, tengok status kat whatsapp, dia
tengah online. Tengok profile ws dia lagi, Ya Allah! Aku jatuh cinta pada gadis
ini. Aku pun try-try la usha gadis tu. “Hai, Syasha kan? Saya dapat number ni
dari website cari jodoh. Kebetulan saya ni pun single. Boleh kita berkenalan
kalau awak sudi…” tunggu punya tunggu tak balas gak, tapi online. Hmmm, kecewa
lah juga aku. Mungkin ramai yang tengah chatting dengan dia, takpelah. Aku pun
menonton tv di ruang tamu untuk menghiburkan hati yang tengah kecewa ni. Tengok
jam pukul 12, takpe esok cuti gak. Layan bola lagi best! Tertibe aku dengar fon
aku berdering! Aik siapa pulak yang kol aku memalam buta ni? Aku tengok ada
miss call dari Syasha! Biar betul ni? Tak pernah-pernah ade gadis yang miss
call aku sebelum ni. Almaklumlah kalau jenis-jenis tak hensem ni, siapa yang
nak. Rase macam bertuah sangat masa tu!
Jantung berdegup dengan kencang! Aku memberanikan diri
untuk menelefon gadis itu. “Tutut…Tutut…Tutut” “Hello, boleh tau ni sapa?” Ya
Allah! Comelnye suara dia… Aku pun kenal-kenal lah dengan dia. Memang sweet la
orang cakap. Aku tanye dia duk kat mana sekarang. “Dulu saya tinggal ngan
makcik, sekarang ni duk sorang-sorang kat umah pangsa. Menyewa je” Aik? Rumah pangsa
yang mane 1? Pujuk punya pujuk, Akhirnya dia pun bagitau, dia dok kat rumah pangsa
yang sama dengan aku! alahai tak sangka pula, orang yang aku nak tackle ni
jiran aku juga. Hehe. Sedang-sedang seronok berbual, tetibe aku terhidu satu
bau yang aneh dan sangat busuk! Aku ni duk kat blok A, tingkat pertama. Si Syasha
ni pulak tinggal kat blok B tapi tak tahu tingkat mana. “Awak, keluar kejap…Saya
ade kat luar rumah ni” Rase tak sedap hati pula, bau busuk tu menakutkan aku. Nak
tak nak, aku pun keluarlah dari rumah. Aku tengok-tengok sekeliling aku, biase
je. Takde pun aku nampak sampah ke bende-bende pelik ke.
Aku alihkan pandangan aku ke hadapan, aku perhati
setiap tingkat rumah di hadapan ku. Aku ternampak satu lambaian dari jauh di
tingkat atas, tapi wajahnya kurang jelas sebab jauh. “Awak ke yang tengah
melambai tu?” aku tanya si Syasha untuk kepastian dan memang sah, itu adalah
dia! Aku pun masuklah semula ke dalam bilik. Rase tak sabar pulak nak jumpe
ngan dia. Hehe. Dalam tak sedar, kedengaran suara azan subuh… “Khhhhxxxxxbbbbytytyyzzzz”
Eh asal bunyi henfon aku ni? Takde signal ke apa? Aku tengok line ok je? “Tut…Tut…Tut”
“Network Error” Aku pun pelik, tadi kitaorang sembang ok je. Lepas je azan
subuh tadi, buat hal pula line ni! Haissh. Aku try call banyak kali “Network
Error” Aku pun bengang gak ngan henfon aku ni! Aku try whatsapp si Syasha tapi
tak berbalas, tengok status “Last seen 20 May 2010” Aip? Aku rase macam tak
percaye pulak tengok status si Syasha. Tadi aku nampak 20 May 2017? Ke aku
salah tengok?
Mustahil kot, semalam baru je kitaorang chatting. Aku
nampak lagi dia tengah online. Aku rase tak sedap hati pula. Aku cube restart
henfon aku, tetap sama. Aku pun malas nak pikiq apa-apa time tu, lepas solat
aku tido. Mase aku tido tu pula aku mimpi buruk! Aku bertemu dengan si Syasha.
Tapi wajahnya sangat menyeramkan! Wajahnya hancur seperti di hempap batu, biji
matanya terkeluar, tubuhnya penuh dengan darah dan ulat-ulat! Ya allah! Aku bangkit
dari tidur ku. Aku tengok, jam dah pukul 3 petang. Perghh! Aku pun bergegas
mandi dan solat. Bila aku ingatkan balik mimpi tu, memang seram rasanya! Tetibe
tergerak pula hati ni untuk menjenguk si Syasha. Kalau-kalau dia ada kat umah.
Aku pun bersiap-siap dan membeli sedikit buah tangan dari kedai runcit depan
tu.
Demi si Syasha aku sanggup menaiki tangga-tangga itu
walaupun tinggi! Sampailah aku ke tingkat 3. Aku pun hairan, asal rumah tingkat
ni semua kosong? Serius memang kosong, jangan cakap orang, perabot, langsir
semua takde! Hampir semua rumah aku tengok kosong. Ish, berani pulak si Syasha
ni tinggal sorang-sorang. Aku pasti, aku nampak si Syasha melambai-lambai aku
dari tingkat ni! Aku dah rase lain time tu. Seram sejuk aku! Aku cepat-cepat
turun dan beredar dari tingkat tu! “Eh nanti, tunggu sat! kamu bawa barang
bebanyak ni nak pergi rumah sapa?” Aku nampak makcik tu sedang mengangkat
pakaian yang dijemurnya dan bertanya kepada aku. “Makcik kenal tak, nama Syasha
tinggal kat tingkat 3 tu? Orangnya comel-comel dan kerja dekat kedai kosmetik
******” Makcik tu lain macam je tengok aku. Lama dia mikir nak cari nama Syasha
dekat blok ni. “Setahu Makcik lah, Syasha yang makcik kenal masih bebudak lagi.
Anak jiran makcik, tu dia tengah main anak patung” Aik? Bila masa pula aku
kenal ngan budak ni? Aku rase kalut sangat time tu! “Kalau kamu cari orang
dekat tingkat 3 tu, memang kosong takde orang lagi tinggal kat situ. Eh, sat! makcik
baru teringat! Ade sorang budak nama syasha tinggal sini dulu. Tapi, orang sini
cerita budak tu dah mati. Terjun dari tingkat 3 tu! Ramai juga orang sini cakap
pernah nampak kelibat si Syasha tu jejalan di tingkat atas tu tiap-tiap malam.
Eeee, seram juga makcik! Dulu ade gak niat nak pindah, tapi makcik pun bukan
orang senang”
Aku dah rase lain macam time tu, tak sangka aku sedang
bercinta dengan hantu! Aku bagi je barang-barang tu dengan makcik tadi dan
bergegas ke rumah. Malam tu aku tak keluar g mana-mana. Aku duk sorang-sorang
kat bilik. Serius aku tak lena tido, pusing ke kiri ke kanan tak lelap juga! Aku
betul-betul rase tak sedap hati! Tetibe henfon aku berdering seketika. Aku pun
tengok “Missed call from Syasha” Ya Allah! Suasana menakutkan masa tu ditokok
tambah lagi dengan bau yang sangat busuk terhidu dari tingkap bilik aku! Cermin
tingkap aku memang siap-siap aku tutup rapat dengan langsir sekali aku tutup. Henfon
aku terus berdering seketika, lepas tu berdering lagi, dan lagi dan lagi! Semua
miss call tu datang dari nombor si Syasha! Aku matikan telefon aku dan cuba
untuk melelapkan diri tapi tak dapat-dapat juga! Bau busuk tu semakin kuat
memenuhi ruang bilik aku. Tengok jam, pukul 12 tengah malam. Saat tu aku terdengar
bunyi pintu rumah aku diketuk. “Tok…Tok…Tok” Ya Allah, dia dah mai!
Terdetik di hati aku masa tu, rase penyesalan yang
tiada gunanya. Tiba-tiba aku terdengar satu suara aneh di tepi tingkap. Suara tu
aku memang kenal, suara si Syasha… “Awak, saya ade kat depan rumah ni. Bukak
lah pintu…” Aduhh, meremang aku dengar suara tu! Lepas tu dia tak blah lagi
dari situ. Aku dengar lagi dia ketawa kecil kat tepi tingkap tu “Hik.Hik.Hik” Aku
memang tak tahan lagi dengan gangguan tu. Aku teriak kat dia “Hoi! Jangan
ganggu aku! Aku taknak kau datang sini!” Memang sia-sia je aku teriak. Dia
ganggu aku dengan lebih dahsyat! Tingkap bilik aku dia ketuk dengan kuat, rase
nak pecah je tingkap tu! Memang mati lah aku kalau tingkap ni pecah! Aku kaku
dan tak tahu nak buat ape dah time tu. Seram sejuk aku dibuatnya. Tak lama
lepas tu, part yang ni aku takleh lupa. Dia mengilai! Jelas masuk ke telinga
aku! “Hihihihihihihi!” Aku memang takleh tido masa tu. Sampai lah azan subuh
berkumandang, gangguan tu hilang dan lenyap begitu sahaja.
Keesokan paginya aku balik ke kampung, aku tak datang
kerja. Badan aku sejuk dan demam. Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu aku
pulih gak dari demam tapi masih trauma dengan tragedi menyeramkan itu. Lepas
kejadian tu aku memang insaf dan taknak lagi kenal mana-mana perempuan dekat
website cari jodoh, baik aku kawen je ngan orang kampung aku. Sampai sekarang
aku takleh lupa, suara dia mengilai tu…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment