Advertisement

Advertisement

Friday, September 22, 2017

KISAH SERAM: Rumah Tinggal BAHAGIAN |

Setelah bertahun tinggal di sebuah rumah sewa bersama anak dan isteri, aku bercadang untuk membeli sebuah rumah, memandangkan anak aku dah ade 3 orang, semua dah besar. Yang sulung tu umur 13 tahun, yang angah tu 10 tahun dan yang bongsu tu 5 tahun. Dah agak lama juga kitaorang tinggal dekat rumah sewa tu, kerja pun bukan permanent lagi masa tu. Aku bekerja di sebuah pulau pelancongan yang agak terkenal di Malaysia dan menjawat jawatan sebagai pegawai pelancongan. Aku tertarik dengan satu iklan di akhbar yang menyatakan “Home (Villa) for Sale RM 40K at Pulau ********. Call this number for more detail” Villa 40K? kau biar betul. Tak pernah-pernah lagi aku dengar rumah Villa ade harga murah macam tu, dekat kawasan pulau ni juga! Kawasan pelancongan macam ni ada rumah harga murah macam tu? Aku pun contact la si pemilik rumah ni, tanye itu ini semua ok. Aku pun berjumpa lah dengan Mr Chong di Villa tu. Lepas balik kerja, aku terus singgah ke situ, tak jauh sangat dari tempat kerja aku ambil masa 10 minit macam tu. Aku kena lalu beberapa simpang jalan berhutan sikit dan akhirnya aku pun sampai ke situ. Aku memang tak sangka, rupa-rupanya kawasan villa ni dekat dengan pantai. Yahoo! Anak-anak aku memang suka bab-bab pantai ni! Angin bertiup sepoi-sepoi. Alahai, rase tak sabar pulak nak duduk tempat ni. Tapi yang tak bestnya, rumah ni agak private sikit. Jiran-jiran pon takde, tapi tekpelah janji aku dapat rumah ni.


Aku pun nampak la si Mr Chong ni tercegat kat depan rumah tu, menanti kehadiran ku. Kitaorang pun berjalanlah mengelilingi rumah tu. Biasalah rumah lama, memang agak usang sedikit dan sedikit menyeramkan! Kalau dikira keluasan rumah tu memang agak besar. Master room ada sebuah dan ade 3 bilik kecil, ade dapur yang agak luas, ruang tamu yang luas dan juga sebuah stor barang. Memang sesuai sangat lah dengan family aku. Lepas tu kitaorang pun berjalan lagi ke luar rumah. Memang bestlah aku cakap, ade pantai yang sangat mempersona tak jauh dari rumah ni. Aku memang tertarik sangat lah dengan view kat situ. Halaman rumah ni pun agak cantik tapi, semak sedikit, lalang pun panjang sampai ke paras lutut. Setelah semuanya selesai, Mr Chong memberikan aku kunci rumah tu dan pergi lah dia dari situ. Aku stay-stay lagi kejap kat situ sambil-sambil tengok apa yang perlu diperbaiki. Nampaknya semua ok, masih terjaga dengan rapi rumah ni. Aku pun menaiki kereta untuk pergi dari situ. Entah aku yang tersalah pandang atau tidak, masa sedang berjalan menaiki kereta tu aku pandang salah satu tingkap rumah tu, aku nampak satu susuk bebudak dan seorang wanita sedang melambai dengan aku!

Aku memberhentikan kereta aku dan tengok semula tingkap tu. Aik? Takde pula? Mungkin perasaan aku je kot, yela hari pun nak dekat maghrib jadi aku pun bergerak lah pulang ke rumah sewa kami. Aku pun sampai ke rumah dan menceritakan rumah villa itu kepada isteri aku “sayang mesti sukakan rumah tu! Belakang rumah tu dekat dengan pantai! Ya allah bestnye!” isteri aku pun ape lagi, punye lah excited! Tapi aku rahsiakan dulu hal ni dengan anak aku, sebab aku tahu diorang mesti happy punya. Memandangkan esok adalah hari cuti, jadi aku bercadang untuk membawa family aku ke sana untuk bercuti sebelum membuat persiapan untuk tinggal di Villa itu. Keesokan paginya, aku dan family aku pun bergerak menuju ke rumah tu. Aku bukak tingkap kereta biar diorang rasekan sendiri kesegaran tiupan angin sepoi-sepoi dari pantai tu. “Eh ayah! Rumah kita dekat dengan pantai ke? Yeye! Ade pantai!” Aku dah agak, memang depa suka!

Aku pun parking dihadapan rumah tu. Belum sempat matikan enjin, anak-anak aku semua bertabur lari, excited sangat! “Kakak, jage adik-adik! Jangan main jauh-jauh sangat tau!” kata isteri aku. Aku tersenyum je nengok gelagat anak-anak aku. “Sayang, jom kita masuk rumah ni? Ini lah rumah baru kita” Aku mempelawa isteri ku untuk memasuki rumah baru kami. Aku nyalakan setiap suis lampu dan kipas di rumah tu. Memang mewah lah senang cerita, siap ade chandelier lagi yang menghiasi ruang tamu tu. “Abang, sat naa sayang nak tengok-tengok rumah ni” Isteri aku pun bergerak menuju ke setiap ruang dalam rumah ni. Memang tak dinafikan lah, villa ni sangat unik dan antik. Design villa ni pon memang design lama jadi memang tak hairan lah perabot-perabot, hiasan dalaman umah ni agak antik. Aku pun keluar sebentar untuk melihat anak-anak aku. “Kakak, angah ngan acik mane?” Aku nampak anak aku yang sulung ni tengah baring dalam kereta, rase tak sedap badan katanye. Hmmm, takpelah. Aku pun cari lah anak aku 2 orang ni dekat belakang. “Comelnye patung ni! Betul ke nak bagi patung ni ngan kitaorang?” “Acik, bagi Angah pegang pula patung tu. Kawan kite cakap kita kena kongsi-kongsi patung tu” Apelah yang diorang merepek ni. Aku tengok diorang berdua tengah memain pasir dekat belakang tu. Aik? Kawan? Bukan ke diorang berdua je? “Eh? Nak g mana? Nanti la, kita main-main lagi!”

Asal bebudak ni? Aku rase tak sedap hati pula! Aku pun tanye lah anak-anak perempuan aku ni, diorang tengah berbual-bual dengan sapa. “Ntah, dia cakap dulu dia tinggal kat umah ni. Sekarang ni dia dengan mak dia tinggal dekat hujung tu ade sebuah rumah, tepi laut juga. Tapi dia dah pergi, dia takut ayah marah. Alaa, ayah pergi lah panggil dia balik. Kesian dia takde kawan!” “Tengok ni Ayah, kawan kitaorang bagi patung ni. Comel tak?” Biar betul bebudak ni? Nak kata ada jiran memang takde! Rumah kat sini semua jauh-jauh. Aku pun tanye la bebudak ni kat mana rumah diorang? Kami pun menuju lah ke tempat tu. Jauh juga rasenye! Lebih kurang 5 minit macam tu baru sampai. “Ni lah rumah diorang Ayah. Eh, awak? Jom lah main? Janganlah sembunyi-sembunyi. Ayah tak marah pun kalau kita main sesame. Jom?” Ya Allah, rase nak pengsan mase tu. Rumah tinggal dan usang dihadapan mata ku! Biaq btui bebudak ni?

Aku bawa Angah dan Acik balik semula ke rumah Villa kami. “Abang dengan bebudak g mana tadi? Ni kakak tak sedap badan katanya. Kita g klinik la dlu” Aku nampak isteri aku sedang memeluk kakak sambil menyentuh dahinya. Aku pun kunci rumah, lepas tu kitaorang pun blah dari situ. Doktor cakap kakak takde apa-apa Cuma demam biasa. Lepas dari klinik kami pun kembali menuju ke rumah sewa kami. Malam tu kakak mengadu dengan aku “Ayah, tadi masa kakak tengok Angah ngan Acik main dekat belakang rumah tu, Kakak ade nampak sorang budak pompuan. Lepas tu kakak nampak lagi ade sorang perempuan tengah perhatikan diorang main-main. Rasenya mak budak tu. Lepas tu Kakak rase tak sedap badan” Aku pun dah lain macam bila dengar cerita budak ni. Tapi aku rahsiakan hal ni dari pengetahuan isteri aku. Keesokan paginya, aku bawa adik ipar aku dan sorang lagi kawannya untuk bersihkan rumah tu. Kitaorang tebas lalang, cuci ruang tamu, dapur, bilik, sampai lah bersih semuanya. Mudah-mudahan takdelah gangguan lepas ni. Jadi dipendekkan cerita, seminggu kemudian selepas tu aku dan family aku berpindahlah ke rumah Villa itu.

Aku bercadang untuk membuat kenduri doa selamat pada keesokan harinya. Kitaorang pun angkat dan kemas segala barang-barang, pakaian, dan keperluan-keperluan lain di rumah tu. Memang penat gak, nasib baik aku sewa driver lori untuk angkat semua barang-barang kami kalau tak sehari pun tak siap rasenya. Pada malam tu, aku dan isteri sedang menonton TV, anak-anak aku dah tidoq. “Tok! Tok! Tok!” Eh? Siapa pula ketuk memalam macam ni? Entah kenapa mase tu aku langsung tak rase was-was dan bukak pintu tu. Sorang budak perempuan bersama ibunya. Aku hairan la juga dengan kehadiran diorang ke sini “Minta maaf ganggu, encik ke pemilik rumah ni?” “Ye saya, boleh saya tau hajat puan ke sini?” “Takde apa-apa, saja bertanya. Saya pun tinggal dekat kawasan ni juga. Selamat berkenalan ye. Nanti kita jumpe lagi” Diorang pun bergerak pulang lah dari sini. Aku pun tutup pintu dengan seribu tanda tanya. Pergi ke sini semata-mata untuk hal yang macam tu je? Wajah si ibu tu tak jelas sangat, sebab lampu kat luar ni aku lupa ganti. Tapi budak perempuan tu wajah dia pucat sedikit. Ah, biarlah. Malas nak pikiq panjang. Aku dan isteri pun masuk ke bilik untuk tidur. Sedang-sedang lena dibuai tidur, tiba-tiba aku terjaga! Aku bermimpi sesuatu yang sangat menakutkan! Aku nampak ibu dan seorang budak sedang didera oleh suaminya di sebuah rumah dan dibunuh dengan kejam sekali! Aku nampak isteri aku seperti sedang bergelut seperti bermimpi sesuatu yang sangat menakutkan “Bam! Bam! Bam! Ibu! Ayah!” Eh, asal bebudak ni?

Aku pun bukak pintu, ketiga-tiga anak perempuan aku memeluk aku dengan erat. “Ayah! Kitaorang mimpi! Takut!” Isteri aku terjaga dari tidur dan melihat kami sedang berpelukan. Aku pun bertanya kepada mereka semua tentang mimpi yang berlaku kepada mereka. “Kakak mimpi seorang perempuan dan anaknya dibunuh dengan kejam tapi wajah mereka tak nampak” “Angah pun sama” “Acik pun!” “Sayang pun macam tu bang!” adakah ini kebetulan? Atau ada sesuatu tragedi yang pernah berlaku di rumah ini? ya allah, baru sehari kami berpindah ke sini. Dah ada petanda tak baik! Malam tu kami tidur bersama-sama di bilik ni. Entah telinga aku ni pekak atau aku tak. Aku terdengar suara-suara aneh dan bunyi tapak kaki sedang berlari-lari di luar bilik kami “Hehehe. Ibu tak dapat kejar kite. Kejar lah kejar lah bwerkk!” “Eh, anak ibu ni! Tunggu! Ibu datang ni haha! Jaga-jaga!” Aku tengok anak-anak dan isteri aku tengah tido. Aku baca-baca doa sikit dan cuba melelapkan mata! Taknak lah aku kluar. Tak pasal-pasal aku!

Keesokan harinya, family-family terdekat aku pun datang lah ke rumah untuk membantu membuat persiapan kenduri doa selamat. Tak ramai pun, adelah dalam 10 orang macam tu termasuk lah Mak dan ayah aku dan juga ibu ayah mertua aku serta ipar dan sepupu. Sempat lah juga aku ganti lampu semalam yang rosak tu. Lepas selesai membuat persiapan kira-kira waktu lepas isyak, ayah aku memulakan bacaan tahlil dan doa selamat. Masa tu kitaorang semua berkumpul di ruang tamu ni. “Panggg!” “Granggg!” eh? Bunyi ape pulak tu? Aku pun ke dapur untuk tengok apa yang terjatuh. Habis bertabur belanga, kuali dan barang dapur yang lain! Ni tikus punye kerje ke? Ke kucing? Macam lain je aku nengok. Mustahil juga, mana ada kucing dalam rumah ni. Aku pun gerak lah ke ruang tamu sebab majlis pun belum selesai. “Bammmm!” Ini memang dah lain macam aku rase! Family aku pun perasan time tu. Aku bukak dengan perlahan-lahan pintu bilik kakak sebab bunyi tu aku dengar dari situ. Ya Allah! Almari boleh jatuh? Semalam aku check takde apa-apa pun aku nampak tanda-tanda almari ni nak jatuh ke apa? 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *