Advertisement

Advertisement

Friday, September 22, 2017

KISAH SERAM: Rumah Tinggal BAHAGIAN ||

Sehinggalah majlis tu hampir tamat dan bacaan doa untuk majlis tahlil sebagai penutupan. Part ni aku rase dah lain macam sangat! Satu bau yang sangat busuk seperti bau bangkai daging memenuhi ruangan di rumah ni. Aku diam aje masa tu, malas nak cakap apa-apa. Aku risau anak-anak dan isteri aku takut. Lepas je habis doa tu, bau tu pun hilang. Kami pun menjamah makanan yang disediakan. “Elok lah kamu bawa sesiapa yang pakar dalam benda-benda macam ni ke rumah ni esok. Abah rase ade tak kena dengan rumah ni. Kamu sendiri perasan kan?” Betul juga cakap ayah aku. Kalau dibiarkan lebih lama, memang parah kami dekat rumah ni. Setelah selesai majlis tu, kemas ape semua, family aku pun beransur la untuk pulang ke rumah masing-masing. “Kakak, Angah, Acik, malam ni tido ngan ibu ayah” kata isteri aku kepada anak-anak. Kami pun masuklah ke bilik untuk beristirehat. Aku pun cerita lah dengan isteri aku pasal kejadian tadi. “Esok abang nak jumpa seseorang, kawan lama abang. Rasanye dia boleh tolong kita. Abang rase tak sedap hati sejak semalam lagi” Isteri aku pun bersetuju dengan pendapat aku. 


Kami pun mengambil tempat masing-masing untuk tidur. Lagi sekali aku bermimpi pada malam tu! Mimpi yang sama! Ya allah, aku terjaga dari tidur ku. Tetibe pulak sakit kencing, dah lah memalam buta ni! Aku pun ke tandas bertemankan lampu rumah. Isteri dan anak-anak aku tengah tidur, jadi aku pun sorang-sorang lah ke tandas. Ntah rase memang seram sejuk lah time tu! Selesai melepas hajat, aku pun bergerak menuju ke bilik. Tiba-tiba “Tok…Tok…Tok” Alamak, siapa pulak memalam ni ketuk pintu rumah? aku bergerak, perlahan-lahan menuju ke ruang tamu dan melihat siapa yang sedang mengetuk pintu rumah ni. Serius aku memang takut masa tu! Aku cuba melihat tetamu yang datang ke rumah aku melalui “Peephole” (lubang kecil untuk melihat ke luar).

Hampir gugur jantung aku masa melihat keluar. Aku nampak ibu dan anak itu datang semula ke rumah aku. Hanya tubuh sahaja yang aku lihat penuh dengan darah di seluruh pakaian mereka, tanpa kepala! Aku berlari menuju ke bilik dan mengejutkan isteri dan anak-anak aku! “sayang bangun sayang! Kakak! Angah! Acik! Bangun!” Aku menceritakan kepada mereka tentang apa yang aku lihat dengan biji mata ku! Kami semua berjaga malam tu dan pada malam tu juga kami diganggu lagi. “Bam! Bam! Bam!” pintu bilik ni diketuk dengan kuat sekali! “pangggg!” “Ibu kejar la kite kalau dapat! Bwerkkk!” Aku peluk family aku, serius kitaorang memang tersangat-sangat takut masa tu! Aku terus berjaga sehingga ke pagi. Gangguan tu seakan-akan cuba untuk menghalau kami daripada terus tinggal di rumah ni.

Keesokan pagi tu, kami bergegas mengemas segala barang-barang kami, aku membuat keputusan untuk keluar daripada rumah villa ni hari tu juga. Aku kemudian menghubungi rakan aku, Ustaz Shahri untuk menjemputnya datang ke rumah ini. Aku menceritakan segalanya kepada beliau tentang apa yang telah terjadi. Sememangnya, beliau arif dalam kejadian paranormal seperti ini. Beliau mengelilingi rumah ini seperti dapat merasakan sesuatu yang buruk pernah terjadi di rumah ini. “Boleh kamu tunjukkan aku di mana rumah tinggal yang anak kau tunjukkan tu?” Kami berdua bergeraklah ke rumah yang aku ceritakan kepadanya. Bila aku nampak rumah tinggal ni, rase macam nak patah balik! Aku memang takut mase tu. Ustaz Shahri memulakan bacaan Ruqyah di hadapan rumah tinggal itu. Cuaca yang baik masa tu tetibe pulak mendung, angina bertiup kencang seperti ada sesuatu yang tak baik terjadi!

Aku betul-betul terpaku dan terkesima dengan apa yang aku dengar dengan telinga aku ni. “Arggghhhhhh! Tolongggg! Ayahhhhh! Jangan buat kami macam ni! Abanggg! Jangannnn!” kedengaran suara-suara berteriakan dan tangisan di rumah tinggal itu! Sehinggalah ustaz Shahri menamatkan bacaan itu. “Kamu tolong aku kejap, ade bende aku nak tunjukkan kepada kamu” kami masuk ke dalam rumah itu, memang seram aku tengok! Aku seakan-akan tak percaya dengan apa yang aku lihat! Aku nampak 2 rangka manusia, terlihat dari struktur tulang itu, satu seperti tulang orang dewasa dan satu lagi seperti kanak-kanak. Tulang tangan kedua-dua rangka itu terikat dengan rantai dan tengkorak kepala mereka tergantung di atas syiling! Walaupun rase nak muntah dan perasaan yang takut pada waktu tu, ustaz shahri meminta bantuan kepada ku bagi menyempurnakan jenazah mereka. Kami membawa rangka-rangka itu ke halaman rumah.

“Saya nak minta maaf lah ye. Sebenarnye jenazah ni wanita, jadi boleh saya minta izin kepada isteri kamu untuk menyempurnakan jenazah?” Aku pun memang keberatan dan kalau boleh taknak isteri aku terbabit dalam hal ini. Tapi memandangkan keadaan pada masa tu takde sapa-sapa lagi yang layak, aku pun merelakan isteri aku menyempurnakan rangka-rangka itu. Isteri aku menangis tanpa henti ketika memandikan jenazah itu memandangkan itu adalah pengalamannya yang pertama. Aku dan ustaz berada di sisi isteri ku pada ketika itu. Selesai memandikan jenazah, aku mengambil kain pelikat isteri aku untuk dijadikan kain kafan kepada kedua-dua jenazah itu. Kami menguburkan kedua-dua jenazah itu di belakang rumah villa ini.

Sebelum beredar dari tempat itu, ustaz menceritakan segalanya kepada aku. “Sebenarnya, Jenazah-jenazah itu tadi adalah mangsa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh si suami. Mereka telah didera dengan teruk sekali dan memenggal kepala mereka, kemudian meninggalkan mereka begitu sahaja…” Memang betul apa yang Ustaz Shahri katakan kepada kami. Memang tak diduga, rumah yang kami duduki selama beberapa hari itu adalah rumah berhantu. Kami kemudian bergerak keluar daripada rumah itu, aku lihat anak-anak dan isteri ku seperti trauma dan terpapar di wajah mereka seperti tidak sihat. Aku lihat anak ku sedang memeluk sebuah patung, aku pasti patung itu bukan miliknya! “Angah, anak patung tu siapa punya?” “Anak patung ni pemberian kawan Angah ngan Acik” Aku dah agak! Patung tu memang bukan milik diorang! Aku berpatah balik dan kembali semula ke situ. “Tunggu kat dalam keta, jangan g mana-mana” Aku bergerak, menuju ke sebuah kawasan semak berdekatan dan meletakkan anak patung itu di sebuah pokok dan terus beredar dari situ. Aku khuatiri benda tu akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga aku di lain hari.
Sebulan berlalu, aku masih lagi bekerja di pulau itu. Setiap kali ada masa yang terluang, aku akan berjalan ke rumah itu dan akan menuju ke pantai. Terlihat dari jauh, rumah tinggal itu sudah dirobohkan. Menurut cerita yang aku dengar, rumah-rumah yang berada di sekitar pulau ini juga akan dirobohkan serta merta dan akan dibangunkan lagi sebuah resort untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke pulau ini…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *