Advertisement

Advertisement

Thursday, September 14, 2017

KISAH SERAM: Tangan hantu di tingkap bilik asrama ku!

Sehingga kini aku masih tak mampu untuk lupakan, sebuah kisah yang telah menjadikan aku fobia untuk tinggal di asrama. Semenjak kejadian seram tu, aku telah nekad dan berjanji taknak lagi tinggal di asrama!  . Kisah ni berlaku pada tahun lepas, masa tu aku form 5 dan bakal menduduki SPM pada tahun itu. Nak kata aku ni bengap, takde la bengap sangat. Ok je result aku, Cuma takat cukup-cukup lulus jela. Kekadang tu rasa bengang juga dengan kakak-kakak aku.  “Takat tu je markah kau?  . Haha, baik kau tolong mak basuh pinggan”… Satu perkataan yang membuatkan diri ini membuak-buak untuk cepuk kepala dia. Mentang-mentang lah diorang sekolah matrikulasi, aku ni sekolah biasa-biasa je. Mulai saat itu, aku nekad untuk tinggal di asrama dan akan aku buktikan kepada diorang yang aku juga boleh berjaya!

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Masa untuk bermulanya SPM bakal tiba lebih kurang sebulan lagi. Jadi aku meminta izin kepada mak ayah aku untuk tinggal di asrama yang berbaki sebulan ni untuk fokus kepada pelajaran. Aku malas gak nak duduk rumah, serius aku cakap memang tak fokus. Adik aku tak henti-henti kacau aku. Masuk bilik, keluar bilik. Haissh   . Bukan takat tu je, member sekampung lagi ajak merayap. Eh, tak boleh jadi macam ni. Jadi aku buat keputusan untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, selama baki beberapa minggu aku berada di asrama ni, aku dapat menumpukan matlamat aku untuk berjaya dalam SPM.

Setiap malam, guru kelas aku akan mengadakan sesi kelas tambahan. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain, aku cukup konfiden tahun ni aku pasti berjaya. Aku yakin dengan cikgu-cikgu di sekolah aku, mereka cukup berpengalaman dan segala apa yang mereka ajar masuk ke dalam otak aku. Jadi dipendekkan cerita, pada satu malam tu selepas selesai sahaja kitaorang menghadiri kelas tambahan, kami pun bergerak lah menuju ke asrama. Tetiba pula member aku sorang ni buka cerita…  “Aku rasa korang tak percaya dengan apa yang aku cakap ni. Semalam aku cuci kain sorang-sorang, lepas tu aku mandi lah. Aku mandi kat kolah tu. Aku shampoo kepala aku sambil meraba-raba bekas peralatan mandi aku untuk cari sabun mandi. Aku memang tak nampak masa tu. Tetiba ada dengar satu suara ganjil bersebelahan aku. Dia pegang bahu aku dan hulurkan sabun mandi tu dengan aku, tangan dia kasar-kasar sikit dan kuku dia panjang. Serius time tu aku ingat budak asrama juga. Eeee… pengotornye budak ni!  . Lepas siap mandi tu, suara ganjil tu masih lagi kedengaran tapi di dalam tandas. Tak jelas dia cakap apa, aku pun buat ‘donno’ jela. Aku rasa budak-budak sini juga. Jadi aku pun keluar lah dari bilik mandi, sambil mengangkat bakul aku menuju ke bilik kita. Sampai di bilik, aku baru perasan. Bila aku fikirkan balik, masa tu semua budak-budak asrama dah tido. Pukul 12 kot aku mandi”…

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Jantung aku berdegup kencang bila dengar cerita member aku ni. Kuang hajo betul!  . Dah lah malam-malam macam ni, dia cerita pula kisah seram. Issh!  . Aku pun malas lah nak layan cerita dia, boleh mematahkan semangat aku yang sedang berkobar-kobar ni. Malam ni aku plan nak tido lewat sikit, aku nak ulang kaji pasal soalan ramalan yang cikgu aku berikan. Member-member aku yang lain sedang mengemas buku dan bersiap-siap untuk tidur. Masa tu jam 11.30 malam, memang sunyi dan sepi. Sangat sesuai untuk belajar dalam suasana macam tu. Sambil-sambil belajar tu, aku makan keropok. Suasana ruang bilik aku macam ni, setiap katil akan ada satu meja belajar. Jadi katil aku ni berhadapan dengan tingkap, aku pilih katil di penjuru bilik ni. So, senang sikitlah aku nak belajar guna lampu meja. Nak guna lampu bilik, warden pula marah. Lagi satu hal, tingkap aku ni kurang cermin berapa kali request dan buat aduan pasal cermin tingkap, takde respon langsung. Aku pon naik bengang dengan pengurusan asrama ni. Tapi takpe la, janji ada bilik. Syok-syok aku study sambil menjamu keropok kegemaran aku ni, tetiba pula perut ni meragam. Rasa nak ke tandas pula!  So aku tinggalkan la dulu buku-buku dan keropok aku. Serius memang sakit perut aku!  Akhirnya sisa-sisa dalam perut aku ni berjaya aku laburkan di tandas. Aku selamber je berjalan di ruang legar tu sambil menuju ke bilik aku. Sampai dekat bilik, aku salin pakaian dan menuju semula ke meja belajar aku. Aik? Main kasar nampak? Beruk mana pula makan keropok aku ni?  . Aku tengok member aku semua tido, ni mesti diorang nak ‘prank’ aku. Aku tak rasa apa-apa pun time tu. Logik akal lah, hantu mana makan keropok. Aku pun bukak ler sebungkus lagi keropok kegemaran aku dan makan sedikit demi sedikit sambil meneruskan ulang kaji. Lebih kurang sejam macam tu, aku pun rasa nak rehat kejap untuk tenangkan fikiran. Tetiba aku ingat semula cerita member aku pasal tangan hantu. Rasa seram juga bila teringatkan cerita tu. Aku pun bertiaraplah di katil dan menyemak semula jawapan aku. “Kcak…Kcak…Kcak”,   aku dengar ade bunyi yang sedang mengusik keropok aku di meja tu…
GAMBAR SEKADAR HIASAN

Aku alihkan pandangan aku ke arah meja tu. Aku nampak satu susuk tangan hodoh sedang mengorek keropok aku! Tangan tu datang dari arah tingkap berhadapan meja belajar aku. Langsir tingkap tu aku memang tutup rapat-rapat, dan aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku perlahankan pergerakan aku dan perhatikan tangan hodoh tu. Lepas ambik isi keropok tu, dia keluarkan balik tangannya, lepas tu masukkan semula tangan dia untuk mengambil semula isi keropok aku. Apa nak jadi, jadilah. Aku benar-benar nak tahu beruk mane yang cuba nak menakut-nakutkan aku malam-malam buta ni.  Aku bukak langsir tingkap tu!  Ya allah, aku hampir pengsan bila melihat wajah si pemilik tangan hodoh itu! Wajahnya sangat menyeramkan. Matanya merah menyala, merenung tajam ke arah aku sambil mengukir senyuman di wajahnya. Ternyata apa yang member aku ceritakan tu adalah benar! Aku menjerit sekuat hati ku dan menutup mata rapat-rapat!  . “Oi, kau ni dah kenapa?  Terjerit-jerit malam buta ni!”… Kata member aku sambil menggoyangkan badan ku.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Aku…Aku…Nampak hantu!”… Aku terketar-ketar menjawab pertanyaan member aku sambil menunding jari ke arah tingkap itu. Hampir semua pelajar-pelajar di asrama itu terkejut bila terdengar suara ku menjerit. “Kau nampak apa? Mana ada hantu!”… Aku buka kelopak mataku dengan perlahan-lahan. Benar, lembaga menyeramkan tu sudah tiada lagi di hadapan tingkap. Keesokan paginya, aku terus ‘packing’ barang-barang aku dan keluar dari asrama. Alhamdulillah, walaupun untuk beberapa hari aje aku di asrama, tapi banyak ilmu yang aku dapat dan kenangan pahit semasa tinggal di asrama. SPM pon dah habis, tunggu result je kluar. Aku memang cukup fobia bila sebut pasal asrama. Memori ku tidak mungkin akan terpadam. Senyuman dan renungan matanya sehingga kini tidak mampu ku lupakan…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *