Asal balik kampung je mesti aku teringat tentang
pengalaman seram yang pernah berlaku pada diri aku. Serius, aku cukup fobia dan
tak akan balik ke kampung pada waktu maghrib. Kisah ni berlaku sebulan yang
lalu, dimana waktu tu aku sedang menuju ke kampung halaman selepas beberapa
minggu tak balik kampung. Serius aku rindu sangat dengan mak ayah aku masa tu,
maklumlah anak manja. Hehe. Aku pernah
dengar abah dan kawan-kawan dia sembang pasal satu pokok ara di simpang jalan
sebelum masuk ke kampung ni. “Orang
kampung ada cerita, diorang pernah terlihat penunggu di pokok tu, lagi-lagi
kalau waktu maghrib. Memang jelas kau nampak!” Aik, lain macam je bunyi perbualan diorang
ni. Lepas tu diorang cerita lagi wajah penunggu tu, “Depa kata penunggu tu pendek macam bebudak dan hitam, ada dalam 3 ekor.
Pak seman pernah terserempak sekali mase dalam perjalanan balik dari ladang
sawit. Kalau penunggu tak kacau orang takpe la juga, habis badan pak samat kene
cakar, kene gigit!” Aduhai, naik
seram aku dengar cerita diorang…
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Aku ni jenis yang tak sosial. Kawan sekampung tu
memang ada, dulu je rapat. Sekarang ni memang tak ah. Ade yang dah kawen, ada
yang buat-buat sombong. Ahh, lantak korang lerr. Semenjak aku kerja di bandar,
aku hanya akan balik ke kampung sebulan sekali, kadang sebulan 2 kali. Bukan
tak nak balik minggu-minggu, aku keje sampai hari sabtu, ahad baru cuti. Jadi
agak singkat untuk aku berada di kampung dan lagi satu bos aku ni sayang sangat
dengan majikannya. Kalau dia dapat tau kau takde keje nak dibuat, jangan risau
dia akan pastikan kau bekerja tak kira cuti. Macam tula rutin harian aku sejak
duduk di bandar. Dah agak lama juga aku kerja di bandar, lebih kurang 3 tahun
macam tu. Oleh sebab aku ni adalah pekerja yang berdedikasi, bos telah
memberikan aku cuti ‘extra’ 3 hari, gaji jalan. Alhamdulillah. Aku plan nak balik kampung sebelah pagi, tetiba pulak
bos kol aku. Ada emergency katanya, jadi aku pun datang lah ke opis tu. Aduhh,
aku ingat emergency apa, bos suruh aku semak fail-fail yang belum di sahkan. Hmmm,
takpelah. Jadi aku pun buat la keje tu. Sedar-sedar jam menunjukkan pukul 4
petang dan kerja aku pun siap. Aku pun bergegas lah menuju ke rumah sewa aku
untuk ambik barang-barang sebelum balik ke kampung. Aku risau gak kalau aku
sampai ke kampung pada waktu maghrib, nanti terserampak pula dengan penunggu
tu. Eee, taknak lah aku!
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Memang nasib aku malang hari ni. Aku habiskan banyak
masa untuk semak fail-fail, lepas tu sangkut pula dengan jem. Takpe lah, nak buat
macam mane kan. Jadi dipendekkan cerita, sampai lah aku ke sebuah persimpangan
dan perlu melalui satu jalan sebelum masuk ke simpang kampung aku. Masa tu agak
gelap sedikit, biaselah maghrib kan. Ntah kenapa tetibe je aku rasa tak sedap hati.
Aku teringat cerita abah dengan kawan-kawan dia, meremang bulu tengkuk aku.
Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan budak sedang berlari untuk melintas jalan.
Ya allah! Aku membrekkan kereta aku! Terkejut aku. Hampir-hampir aku terlanggar
bebudak. “Haissh…Budak mane pulak ni,
maghrib-maghrib macam ni tak reti nak balik umah ke?”… Dengan pantas
bebudak tu berlari menuju ke sebuah semak. Aku pon rase pelik, asal bebudak tu
hitam? Main lumpur ke? Dan setahu aku lah jalan yang aku lalu ni mana ada
perkampungan. Kiri dan kanan ni ladang sawit. Aishh, tak bole jadi ni. Serius
jantung aku masa tu berdegup kenacang. Aku memang tak sedap hati. Aku baca ayat
kursi, dan segala surah yang aku tahu sepanjang jalan tu…
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Dan tiba lah part yang paling menakutkan, aku kena
melalui pokok Ara ni. Aku langsung tak pandang pokok tu, cermin keta ni aku
tutup rapat. Aku pun masuk lah ke simpang tu dengan perasaan yang tak menentu
masa tu. Tiba-tiba, “Gedebukkk!” Aik? Pohon
ara tu ke yang jatuh kat bumbung keta aku? Fuhh lemah semangat aku dengar bunyi
tu. Aku malas nak check kereta aku dan teruskan perjalanan aku. “Bukk! Bukk! Bukk!”
Aishh bunyi apa pula kali ni. Serius memang tak sedap hati, aku dapat rasakan
memang aku sedang diganggu oleh penunggu pokok ara tu. Aku tekan sikit pedal
minyak, moga-moga jatuh la penunggu tu dari keta aku. Tiba-tiba, 3 ekor makhluk
hitam bersaiz kecil merayap-rayap di cermin hadapan kereta aku! Muka jangan cakap, memang menyeramkan! Matanya
merah menyala dan senyuman makhluk tu buat aku terjerit-jerit dan menutup mata
ku. Ya allah, tuhan je tau macam mana perasaan aku time tu. Jelas aku nampak, depan
mata aku, Sedar-sedar je, aku kat umah, baring di katil bilik aku. Mak kata aku
eksiden di hujung kampung. Orang kampung nampak ada keta masuk ke longkang. Mujurlah
aku selamat, adelah luka sikit. Serius badan aku sakit sangat. Aku tengok balik
keta aku, takde lah teruk mana. Tapi luka aku ni lain macam aku tengok, macam
kesan gigitan dan cakar di pergelangan tangan dan belakang badan aku. Mungkin
kah makhluk hitam tu masuk ke dalam keta time aku tak sedarkan diri?
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment