Advertisement

Advertisement

Saturday, September 2, 2017

MISTERI CIKGU SURAYA EPISOD 11

Dalam keadaan yang hujan lebat, menyukarkan lagi Haziq untuk mengenal pasti suara yang teriak untuk meminta tolong tadi. Namun, Haziq merasakan bahawa suara itu adalah suara cikgu Azman. Hatinya berdebar-debar, seakan-akan sesuatu yang buruk berlaku. Dengan perlahan-lahan Haziq cuba untuk mengetuk pintu rumah itu.

 Namun, pintu rumah itu tidak berkunci dan terbuka sedikit. Tangan dan kakinya menggeletar. Haziq dengan perlahan-lahan menolak pintu rumah cikgu Suraya. Haziq menjadi kaku, wajahnya menjadi pucat. Dia melihat cikgu Azman dalam keadaan terbaring di ruang tamu itu dengan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Pisau itu masih tercucuk di perut cikgunya.  Cikgu Suraya pada ketika itu sedang duduk di sebelah cikgu Azman dan sedang bercakap dengan dirinya sendiri. “Abang tahu tak su sayang sangat dengan Abang?. Kenapa abang tinggalkan Su seorang?”, kata cikgu Suraya dengan nada yang sedih berbaur marah. Akhirnya, persoalan yang selama ini bermain di minda Haziq sudah terjawab. Cikgu Suraya yang cantik dan ayu orangnya itu sebenarnya gila. 

Dengan pantasnya Haziq berlari menuju ke arah pondok Pak Mat. Aiman melihat Haziq sedang berlari menuju ke arahnya. “Ziq kau ok ke?”, Aiman bertanya kepada Haziq. “Cikgu…cikgu…cikgu…”, kata Haziq. Dia terbaring lalu tidak sedarkan diri di hadapan Aiman dan Pak Mat. “Kenapa dengan Haziq ni?, Dah jom kita bawa dia ke rumah”, kata Pak Mat kepada Aiman. Sebelum kejadian, cikgu Azman pada ketika itu berhajat untuk pergi ke rumah cikgu Suraya sambil melihat anak-anak muridnya yang akan menghadiri kelas tambahan. Cikgu Azman melihat anak muridnya seperti ketakutan dan sedang bergegas untuk pergi daripada rumah cikgu Suraya. “Assalamualaikum Su, aku ni Azman”, kata cikgu Azman sambil mengetuk pintu rumah cikgu Suraya. “Walaikumsalam. Eh, azman!. Jemputlah naik”, balas cikgu Suraya sambil tersenyum. “Kenapa dengan Haziq dan Aiman tadi? Lain macam je aku tengok. Diorang berdua je ke yang datang?”, Cikgu Azman bertanya kepada cikgu Suraya sambil duduk di kerusi. “Ntah la Azman, diorang takut kot dengan aku. Bebudak yang lain tu tak jadi datang sebab hujan. Aku buatkan kau air ye. Kau tunggu kejap”, balas cikgu Suraya. Sedang membuat air, tiba-tiba cikgu Suraya merasa sakit kepala dan mula teringat akan kisah-kisah lalunya. Beliau kemudian bergegas untuk mencari ubatnya yang diletakkan di almari dapur itu. Kedengaran seperti bunyi terjatuh. Cikgu Azman berdiri dan menuju ke dapur untuk melihat keadaan cikgu Suraya. “Kau ok ke su?. Macam bunyi jatuh je aku dengar?”, cikgu Azman bertanya kepada cikgu Suraya sambil berjalan menuju ke ruang dapur. Beliau melihat cikgu Suraya sedang terbaring sambil memegang kepalanya. Cikgu Azman menjadi panik. “Kau ok ke su?, kau ada ubat tak?”, kata cikgu Azman. Cikgu Suraya menundingkan jarinya ke arah almari dapur itu. Cikgu Azman bergegas untuk mencari ubat di almari itu. Beliau menjumpai botol ubat itu lalu membukanya. Tetapi botol ubat itu kosong.

 Kelihatan pada masa itu, cikgu Suraya pengsan dan tidak sedarkan diri. Cikgu Azman mengangkat cikgu Suraya dan membaringkan beliau di ruang tamu. Cikgu Azman cuba untuk meminta bantuan, namun keadaan tidak mengizinkan kerana hujan turun dengan begitu lebat sekali. Cikgu Azman duduk bersebelahan cikgu Suraya sambil mengusap kepalanya.

 Beberapa ketika kemudian, cikgu Suraya mula sedarkan diri. “Su, kau ok ke?”, kata cikgu Azman. “Sayang ok abang. Kejap ye, sayang nak pergi dapur kejap”, cikgu Suraya membalas pertanyaan beliau sambil tersenyum. Cikgu Suraya bangun lalu berdiri menuju ke dapur. Cikgu Azman merasa pelik. Dengan tiba-tiba sahaja cikgu Suraya memanggilnya abang. Sedangkan mereka masih belum mempunyai apa-apa hubungan. Apakah maksud di sebalik panggilan itu? Bersambung….

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *