Advertisement

Advertisement

Tuesday, September 5, 2017

"OKAMURO" HANTU LAGENDA JEPUN

'Okamuro' merupakan mitos lagenda orang Jepun mengenai sejenis hantu yang dipercayai akan muncul di luar pintu rumah, selepas sahaja anda mendengar mengenainya. percaya ataupun tidak, cerita ini dikatakan merupakan sebuah cerita sumpahan yang sehingga kini menjadi igauan dan mimpi ngeri orang Jepun.

Menurut cerita, Okamuro adalah sejenis hantu yang berasal daripada Jepun. Namun,  tiada siapa pun yang tahu rupanya bagaimana. Menurut rakyat Jepun, sekiranya anda terlihat hantu ini dengan serta merta anda akan mati. Menurut cerita lagi, hantu Okamuro akan muncul kepada sesiapa sahaja yang mendengar namanya. kononnya, hantu ini akan muncul dalam masa seminggu atau lebih sebaik sahaja anda mendengar mengenainya lebih-lebih lagi jika anda sudah melupakan mengenainya.


Dikatakan, Hantu ini akan muncul diluar bilik dan mula menggegarkan pintu dan jendela dengan bunyi "Don Don Don".  Apa yang lebih menyeramkan, bunyi itu tiada sesiapa pun yang akan dengar kecuali seseorang yang telah mendengar cerita mengenai hantu ini. menurut orang jepun, sekiranya mereka terlihat hantu ini,   mereka segera berkata "Okamuro Okamuro Okamuro" sebanyak mungkin sehingga ia nya hilang.

dikatakan, hantu ini mungkin akan hilang selepas beberapa minit, tetapi kadang-kadang ia mengambil masa beberapa jam untuk pergi dari situ. petua orang jepun, tutup mata anda sehingga ia hilang dari pandangan dan sentiasa berkata "Okamuro Okamuro Okamuro". Hantu ini akan muncul kepada anda dalam masa lebih kurang seminggu selepas sahaja anda mengenalinya. sekiranya anda berjaya dan terselamat daripada gangguannya, ia tidak akan muncul lagi selepas itu.

Walaupun cerita ini hanyalah mitos orang jepun, namun sehingga kini hantu ini dikatakan akan terus menghantui rakyat jepun...
















No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *