Advertisement

Advertisement

Wednesday, September 6, 2017

MARI KITA KENALI JENIS-JENIS HANTU MENGIKUT KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDONESIA


1. KUNTILANAK
Kuntilanak (di Malaysia digelar sebagai Pontianak) adalah sejenis hantu yang dikatakan merupakan seorang perempuan yang mengandung satu ketika dahulu dan mati selepas melahirkan anak. Hantu ini akan muncul dengan wajah yang sangat pucat dan menakutkan, berambut panjang serta memakai jubah putih panjang.   menurut kepercayaan, hantu ini akan bertukar menjadi seorang wanita yang cantik untuk memikat mangsanya (lelaki) dan akan menghisap darahnya.


2. GENDERUWO
Menurut kepercayaan, hantu genderuwo sangat menggemari gadis sebagai mangsanya. dikatakan, hantu genderuwo berkebolehan untuk mengubah dirinya menjadi apa sahaja dan boleh mengubah dirinya menjadi orang yang anda sayang/cintai. Genderuwo merupakan sejenis hantu lelaki, ia nya besar seakan-akan lelaki gergasi dan badannya dipenuhi dengan bulu, giginya tajam dan wajahnya sangat menakutkan. dikatakan, jika anda terhidu bau daging yang sangat busuk, bermaksud hantu genderuwo sedang berhampiran dengan anda.


3. WEWE GOMBEL
wewe gombel merupakan sejenis hantu yang menjadikan anak-anak kecil sebagai mangsanya. hantu ini dikatakan akan mengambil kesempatan untuk menculik dan membawa kanak-kanak ke sarangnya. tapi wewe gombel tidak akan mencederakan kanak-kanak itu tadi sebaliknya, ia akan menjaga dan akan menyusukan kanak-kanak tadi secara paksaan. hantu ini dikatakan muncul dalam keadaan seperti orang tua berkedut dan mempunyai buah **** tergantung dan panjang. kebiasaanya, wewe gombel akan menculik kanak-kanak yang diabaikan oleh ibubapanya.


4.SUSTER NGESOT
Menurut cerita, Suster Ngesot dahulunya merupakan seorang jururawat.  tetapi dia telah didera dan dirogol, akhirnya dibunuh dengan kejam oleh doktor. Kakinya kemudian dipatahkan dan dihancurkan sebelum ditanam. selepas kejadian itu, dia dikatakan sering muncul di hospital-hospital lama pada waktu malam menggunakan tangannya untuk menggerakkan badannya yang cacat sepanjang lorong-lorong.


5. SUNDEL BOLONG
sundel bolong adalah sejenis hantu yang dikatakan akan muncul sebagai wanita yang cantik dan berjalan sendirian di jalanan pada waktu malam. kononnya, sundel bolong akan mencari wanita yang mengandung untuk dijadikan mangsanya dan akan mencuri bayi yang baru lahir. sundel bolong mirip seperti kuntilanak tetapi apa yang membezakannya ialah, belakang tubuhnya mempunyai lubang yang sangat besar sehingga menampakkan organ dalamnya. ia nya disebabkan suatu ketika dahulu, sundel bolong telah didera, dibunuh dengan kejam dan dikubur lalu melahirkan anak di dalam kubur.


6. TUYUL
tuyul (Toyol) adalah sejenis hantu yang bersaiz kecil dan kerdil. menurut cerita, tuyul ini mempunyai kebolehan untuk mencuri wang daripada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. walaupun wang tadi di simpan dengan rapi (disimpan ke dalam almari yang berkunci), tuyul berkeupayaan untuk mencuri wang tersebut. kebiasaanya, tuyul ini adalah sejenis makhluk peliharaan (saka). 


7. POCONG
pocong adalah sejenis hantu yang telah pun mati dan dikuburkan, ia hidup kembali dengan keadaanya yang masih memakai kain kafan. dikatakan hantu ini keluar daripada kuburnya kerana 'tanah' tidak menerima kehadirannya (disebabkan perbuatan yang dilakukannya semasa hidup dulu). menurut cerita, hantu ini mempunyai wajah yang pucat dan menakutkan, biji matanya terkeluar dan akan melompat-lompat di sekitar kawasan perkuburannya. hantu pocong dikatakan mampu melompat dalam jarak yang agak jauh (kelajuan kereta 80Km/sejam). cuba anda bayangkan, mampu kah kita melarikan diri darinya?.  Hantu pocong juga dikatakan akan membawa mangsanya kedalam tanah untuk dijadikan temannya.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *