Advertisement

Advertisement

Thursday, September 7, 2017

"Potret Monalisa" episod 2


Kami terlihat orang tua itu sedang melihat kenderaannya yang rosak. Kereta itu agak antik tapi masih kelihatan cantik. Rakan aku Iqbal kemudian memberhentikan keretanya di hadapan kereta orang tua itu, dan kami bersama-sama turun untuk memberikan pertolongan. Orang tua agak peramah orangnya. Walaupun agak menakutkan, tapi keramahannya itu membuat kami rasa selesa berbual dengannya. Beliau bersama isterinya pada ketika itu. Aku terlihat ada sebuah patung perempuan, tapi malas lah nak tanya. Mungkin diorang ada anak perempuan kot. Tiba-tiba orang tua tu bertanya kepada tentang arah tuju kami. Lalu kami memberitahu yang kami sebenarnya ingin bercuti di sebuah pantai dekat daerah (rahsia). Kebetulan pula orang tua ni cakap dia tinggal kat sana. Kami dengan senang hati meminta pakcik ini untuk menunjukkan kami jalan terus ke sana. Rakan aku yang sorang ni, Hisyam memang pakar bab-bab enjin ni. Dulu ayah dia ada bukak bengkel. Jadi dia ambil kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu dengan ayahnya. Beberapa ketika selepas itu, kereta orang tua tu berjaya hidup semula. Orang tua tu pun rasa senang hati dan berterima kasih banyak-banyak kepada kami (padahal aku sikit pun tak buat apa-apa. Sembang lebih). Isteri kepada orang tua tersenyum sahaja bila kenderaan ittu hidup. Tapi aku sedikit seram bila melihat isteri kepada orang tua tu. Dia punya senyum lain macam, seram pun ada. Aku perhati je perangai isteri dia tu. Kejap-kejap toleh ke belakang, pegang patung tu dan bercakap dengan patung tu. Aku pun malas lah nak cakap dengan kawan-kawan aku, takut diorang terlepas cakap. Maklumlah, mulut depa ni celupar sikit. Mak aku selalu pesan dengan aku, kalau rasa terjumpa, terlihat benda pelik-pelik ni better jangan tegur. Nanti makan diri. Aku pegang kata-kata ibu aku.
 


Kami masuk semula ke dalam kenderaan dan mengekori kereta orang tua tu dari belakang. Suasana time tu memang best, lagi-lagi kalau kawan aku buat kelakar. Memang pecah perut. Kawan aku si saiful ni kalau bab-bab lawak, memang tak hambar. Aku serius masa kat kereta tu pun boleh jadi bahan. Yang kawan aku sorang lagi ni, Khai memang ‘sporting’ gila. Kau bahan dia, kau tunggu kejap lagi. Kau pula yang jadi bahan. Dia memang jenis suka dengar lagu, lagi-lagi kalau jalan jauh macam ni. Entah tiba-tiba pula aku rasa mengantok time tu, aku pun tertidur. Sedar-sedar je kitaorang dah sampai dekat pantai tu. Seriously time tu, orang memang ramai gila. Biasalah hujung minggu. Orang tua dengan isterinya memang tinggal kat kawasan tu juga. Orang tua t uterus tunjukkan kami jalan menuju ke chalet pantai tu. So, aku dengan ‘member’ aku cubalah untuk bertanya dengan pekerja kat kaunter reception tu kalau-kalau ada bilik kosong untuk 5 orang. Chalet tu agak besar, biasalah kawasan pelancongan kan. Diorang tak akan buat chalet besar macam tu kalau takde pelanggan. Tapi menghampakan, semua bilik dah penuh, ada pun kosong orang dah tempah awal-awal, Hambar. Time tu orang tua ngan isteri dia ada jugak ikut bersama kami. “kalau macam tu, tinggal aje lah dengan kami untuk beberapa hari ni. Hehe”, kata isteri orang tua itu. Dia senyum sambil memegang patung itu. Kawan-kawan aku ini bersorak tanda setuju. Aku pun tak boleh nak tolak, orang dah pelawa kan. Cuma aku rasa seram dengan isteri orang tua tu. Pekerja di kaunter reception tu hairan melihat kami yang sedang bercakap dengan psangan suami isteri tu. Aku rasa pelik pula, kenapa dia pandang kami…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *