Advertisement

Advertisement

Thursday, September 7, 2017

5 Kes Paranormal terkenal yang dikendalikan oleh Ed dan Lorraine Warren

Adakah anda kenal siapa mereka ini?. Kalau korang pernah tengok filem The Counjuring, The Annabelle, diorang ni lah yang bertugas bagi menyiasat kes paranormal yang berlaku pada masa tu.

JOM KENALI SIAPAKAH PASANGAN ED DAN LORRAINE WARREN INI
Pasangan suami isteri ini bertugas sebagai penyelidik dan pengarang bagi aktiviti paranormal di US. Ed Warren (suami) dahulunya merupakan seorang tentera Laut Amerika dan juga merupakan bekas anggota Polis. Beberapa lama kemudian, beliau menjadi ahli demonologist (kajian berkenaan aktiviti paranormal), seorang penulis, dan juga pensyarah. Manakala isterinya pula, Lorraine Warren merupakan seorang psikik/peramal yang bekerja bersama-sama suaminya.


Menjelang tahun 1952, pasangan Warrens menubuhkan sebuah badan penyelidikan psykik (NESPR). mereka menulis banyak buku mengenai kes paranormal dan mengenai siasatan peribadi mereka sendiri. mereka mendakwa telah menyiasat lebih daripada 10,000 kes sepanjang karier mereka. untuk pengetahuan korang, pasangan Warren ni telah melahirkan beberapa ahli demonologi, antaranya ialah Dave Considine, Lou Gentile, dan John Zaffis.

KES PARANORMAL TERKENAL YANG DIKENDALIKAN OLEH PASANGAN WARREN

1. ANNABELE THE DOLL
kisahnya bermula dimana, seorang pelajar jururawat telah menerima hadiah daripada ibunya Raggedy Ann pada tahun 1970. Patung itu lama-kelamaan berkelakuan aneh dan menyeramkan. seorang pakar medium psikik itu memaklumkan kepada mereka bahawa anak patung itu telah dirasuk oleh roh seorang budak perempuan "Annabelle Higgins". Pada mulanya, mereka akur dengan kenyataan yang diberikan dan menerima patung itu untuk terus tinggal bersama mereka. Namun, keadaan menjadi lebih teruk dan menakutkan apabila patung itu menjadi agresif dan menjadi jahat. pelajar-pelajar itu kemudian menghubungi pasangan Warren. Anak patung Annabelle itu kini disimpan di muzium mereka.


2. PERRON FAMILY (THE CONJURING)
Menjelang tahun 1971, pasangan warrens mendakwa bahawa rumah yang di diamai oleh keluarga Perron dihantui oleh ahli sihir yang dahulunya merupakan tuan pemilik rumah itu pada abad ke-19. Bathsheba sherman (ahli sihir) telah mengutuk tanah kediaman itu yakni sesiapa yang tinggal di rumah itu akan mati.


3. DEVIL IN CONNECTICUT
"Devil made me do it" merupakan sebuah kes "rare" dan pertama sekali yang dikenali di US, dimana ianya adalah usaha mencari bukti dalam mempertahankan  dan membuktikan defendan (tertuduh) tidak bersalah berdasarkan pengakuan tentang dirasuk syaitan dan menafikan ia adalah salahnya. tertuduh ialah, Arne Cheyenne Johnson.
pada 24 November 1981, Brookfield, Connecticut, Arne Cheyenne Johnson disabitkan kesalahan dengan melakukan pembunuhan terhadap tuan rumah, Alan Bono. Menurut keterangan daripada keluarga Glatzel, David Glatzel yang pada ketika itu baru berusia 11 tahun didakwa telah dirasuk syaitan memaksa Johnson untuk membunuh Bono. Keadaan menjadi tegang setelah banyak dakwaan yang dibuat mengenai peristiwa ini. Akhirnya, mereka memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada pasangan Warren bagi membantu menyelesaikan kes paranormal ini dan berharap bahawa pasangan Warren boleh menyembuhkan David.
Pasangan Warren, Keluarga Glatzel berusaha menghalau makhluk yang berada dalam tubuh David beserta bantuan daripada beberapa paderi. 
Dikatakan, usaha itu berterusan selama beberapa hari dan menyimpulkan bahawa syaitan itu telah melarikan diri dan memasuki tubuh Johnson. Beberapa bulan kemudian, Johnson membunuh tuan rumahnya. Hakim memutuskan bahawa bukti yang dihujah oleh peguam bela itu tidak masuk akal dan tiada bukti yang kukuh serta tidak termaktub dalam undang-undang mahkhmah. Johnson akhirnya disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.


4. SMURL HAUNTING
kisah seram ini bermula pada tahun 1974, apabila keluarga Smurls mendakwa bahawa rumah mereka yang terletak di 328 Chase Street, Pennsylvania diganggu oleh syaitan. mereka terdengar bunyi bising, bau yang sangat busuk, anjing mereka di humban ke dinding, menggoncang tilam mereka, anak mereka ditolak dari tangga, dipukul dan perlakuan tidak bermoral dilakukan oleh Jack dalam satu-satu masa (dirasuk)).



Menjelang tahun 1986, mereka kemudian membawa pasangan Warren ke rumah itu. Menurut Ed, iblis yang mendiami rumah itu "sangat berkuasa" dan mengoncang cermin dan perabot dirumah itu selepas mereka cuba untuk menghalau syaitan itu dari rumah keluarga Smurl. selepas berbulan-bulan penyiasatan itu dilakukan, Ed mendakwa bahawa beliau mempunyai rakaman yang mengandungi perbuatan yang dilakukan oleh syaitan.

Pada tahun 1988, Debra Owens berpindah ke rumah itu selepas sahaja keluarga Smurl berpindah ke wike-Barre. Beliau mendakwa dia tidak pernah mengalami sesuatu yang aneh dan menyeramkan semasa tinggal di rumah itu.

5. AMITYVILLE HORROR
bermula pada satu malam, 6 Mac 1976, pasangan Warren menyiasat rumah ini bersama-sama kru dari stesen Televisyen dan seorang wartawan Michael Linder. Mereka menggunakan "infrared-timelapse photograph" dalam melakukan penyiasatan "Gene Campbell". Mereka telah mengambil gambar seperti budak dengan mata yang bersinar sedang berdiri di tangga. Pasangan warren dan Holzer menyifatkan bahawa rumah itu diduduki oleh semangat jahat berdasarkan sejarah yang pernah berlaku di rumah itu.


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *