Aku rasa pelik
pula, kenapa dia pandang kami lain macam. Tapi aku tak hiraukan sangat, malas
nak layan. Lagi pun semua penat dan rasa geram pun ada. Plan tu dah cantik tapi
apakan daya. Itulah kesilapan kami, sebelum nak pergi sini tak tempah bilik
awal-awal. So, kami pun ikut lah orang tua tu ke rumahnya. Ada lah dalam
beberapa minit, lepas lalu beberapa lorong yang tak berturap akhirnya kami pun
sampai. Alhamdulillah. Rumah tu agak besar macam villa, cuma design rumah tu
style lama punya. Nampak antik lah orang cakap. So, aku dengan rakan-rakan aku
masuk lah kedalam rumah tu setelah dipelawa masuk oleh orang tua tu dan
isterinya. Kami angkat bagasi kami masuk ke dalam rumah tu. Dalaman tu sedikit
menyeramkan, aku nampak banyak potret-potret lama tergantung di dinding rumah
tu. Boleh dikatakan semua barang-barang dalam rumah tu antik. Kemudian, orang
tua tu menunjukkan bilik kami di tingkat atas. Bilik tu sedikit berhabuk, yela
memandangkan mereka berdua dah tua mungkin mereka tak larat nak bersihkan rumah
ni. Tapi takpe lah, bersyukur dengan apa yang ada janji ada tempat tidur. Bilik
tu cukup lengkap. Tandas ada, katil pun besar, memang muat la kami berlima
tidur kat bilik tu.
Tanpa disedari, hari pun malam. Selepas selesai mandi,
solat, kami ni pun turunlah menuju ke bawah. Kitaorang plan nak makan kat luar,
seganlah pulak kalau minta makan kat rumah ni. Dah la bagi kitaorang tinggal,
minta makan lagi. Belum sempat kitaorang keluar, orang tua tu panggil kami
untuk ke dapur. Dia kata isteri dia dah siapkan makanan. Bolehlah makan
bersama-sama mereka. Nak tolak pelawaan tu macam kurang ajar pula, nak tak nak
kitaorang pun terimalah pelawaan orang tua tu. Meja tu agak panjang, rasa-rasa
10 orang boleh muat. So, kami makanlah bersama-sama. Sambil tu kitaorang borak
la juga dengan orang tua tu. Banyak lauk diorang sediakan, macam kenduri buat
kenduri pula. Aku rasa pelik, dekat penjuru meja tu ada 1 pinggan tu macam pinggan
kanak-kanak. Siap ada lauk bagai dekat tepi pinggan tu, dekat kerusi tu pula
patung tu diletakkan. Cuma yang peliknya siapa yang makan kat situ?. Aku pun
malas lah nak tegur, perut pon dah lapar. Part ni aku tak suka, kawan aku si
Iqbal ni pula menegur pasal pinggan tu. “Pakcik,
yang dekat hujung tu ada pinggan dan lauk-lauk tu siapa yang nak makan?. Ada
siapa-siapa lagi ke yang ikut makan?”, kata Iqbal kepada pakcik tu. Aku
malas nak cakap time tu, aku cubit peha member aku tu. Nak bagi signal kat dia,
jangan tegur macam tu. Pakcik dan Makcik tu tetiba tunduk dan berhenti makan.
Memang perasaan aku time tu kucar kacir, tak sedap hati. Pakcik tu dengan nada
sedih, menjawab persoalan Iqbal. Sebenarnya…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment