Advertisement

Advertisement

Thursday, September 14, 2017

"Potret Monalisa" Episod 8

Aku rasa ada sesuatu yang mungkin cuba untuk diceritakannya. Tapi masa tu seriously semua gelabah, muka pucat macam hantu. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan suasana kat dalam kereta tu. Iqbal memandu macam berlumba dekat trek sepang, ada kereta dekat depan dia potong. Lebih kurang separuh daripada perjalanan kami, Sampailah kitaorang dekat sebuah stesen minyak. Sampai dekat situ, kitaorang semua keluar daripada kereta dan bercerita mengenai hal tadi. Memang tiada siapa pun sangka kejadian ni. Aku pun tanyalah dekat member aku ni kalau-kalau diorang ada terambil sesuatu ke kat dalam rumah tu, tapi semua geleng kepala. Aku percaya ngan member aku ni, perangai je macam setan tapi aku tahu depa ni memang tak mencuri. Lepas je isi minyak, kitaorang pun meneruskan perjalanan menuju ke kampung. Memang memenatkan sampai Khai ganti drive sebab si Iqbal penat katanya. Aku nak gak pandu, tapi takde lesen kereta so aku diam-diam jela. Perjalanan dari pantai tu ke kampung kami agak jauh juga, lebih kurang 10 jam. Tapi kami semua bersetuju untuk balik ke kampung hari ni juga. Lebih kurang berbaki 2 jam lagi untuk sampai ke kampung, kami pun gerak lah slow-slow sebab rasa takut tu pun dah hilang sikit-sikit. Masa tu aku masih ingat, lebih kurang pukul 8 malam. Memang time tu jalan yang kita orang guna agak gelap sikit, malas nak ikut highway duit pun cukup-cukup. Aku betul-betul rasa memang malanglah hari tu. Tetiba pula tayar kereta tu pancit, kalau pancit depan kampung takpe. Ini pancit dekat tengah jalan pula. Nasib baiklah si Iqbal ni ada bawa spare tayar, senang hati aku sikit.


 So, kitaorang ni pun keluar lah dari kereta sementara tunggu Iqbal keluarkan perkakas dia dari bonet kereta tu. Aku heran gak, napa Iqbal ni muka dia gelabah semacam. Pucat pula tu!. Aku tanya la dia kalau-kalau ada masalah. “Tu…Tu…Tu”, kata Iqbal sambil menunjuk ke arah bonet tu. Ni memang lain macam, kitaorang semua bergegas menuju ke bonet kereta tu. Aku betul-betul terkejut time tu. Siapa sangka, potret dan patung Monalisa ada kat dalam bonet tu!. Hisyam memang berani. Aku respect dengan dia. Dia buang potret dan patung ke dalam semak. Lepas tu kitaorang bergegas tukar tayar kereta tu dan blah dari sana. Sepanjang perjalanan tu, kitaorang tak cakap apa-apa. Memang semua takut time tu, aku tak tipu. Tak lama selepas tu, kitaorang pun akhirnya sampai ke persimpangan kampung kami, Alhamdulillah. Tapi, kegembiraan itu cuma untuk beberapa saat sahaja. Time kitaorang masuk ke simpang tu, ada sebuah bus stop. Aku tak tahu lah, mata aku ke rabun atau mengantuk. Aku menoleh kejap ke simpang tu. Aku memang nampak seorang budak perempuan sedang melambai ke arah kami sambil memegang patungnya. 


Aku memang kenal budak tu, itu Monalisa!. Aku alihkan pandangan aku ke depan, taknak cakap apa-apa takut member aku nit ahu apa yang aku nampak. Aku bacalah apa yang aku tahu, moga-moga benda tu tak ikut kitaorang sampai ke rumah. Tak lama lepas tu, sampai lah kita orang dekat rumah masing-masing. Sorang pun tak cakap apa-apa time tu, masing-masing ambik beg dan terus blah. Sampai kat rumah, aku salam dan peluk ibu dan ayah aku. Lepas selesai mandi dan makan, aku rehat kat dalam bilik. Aku tengok kat fon aku ada mesej dari group kitaorang, group kami berlima. “Korang nampak tak dekat simpang tadi?, ke aku salah pandang?”, kata Iqbal dalam mesej tu. Memang tak salah…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *