“1 MALAM KLIWON…”
Kepulan asap kemenyan berlegar-legar di ruangan kamar
itu. Kedengaran burung hantu bersahut-sahutan di malam yang sunyi, diterangi
cahaya bulan. Rokiah berjalan menuju masuk ke ruangan kamar itu, tingkap kayu
itu dibiarkan terbuka seluas-luasnya. Rokiah duduk bersimpuh disudut ruangan
kamar itu dan dihadapannya telah tersedia bahan-bahan untuk upacara pemujaan
yang akan berlangsung sebentar lagi. Bibirnya mengukirkan senyuman, satu
senyuman yang sangat misteri. Dicapai sebilah pisau kecil tajam lalu melukakan
sedikit jari manisnya. “Tik Tik Tik…” Menitis darah Rokiah, ditadah titikan
darah itu pada muka cermin hitam. Maka bermulalah upacara pemujaan itu…
Mulutnya berkumat-kamit, membaca mantera tanpa henti. Seekor
ayam hitam betina dicapai, mulut dan kaki ayam itu diikat rapi, lalu
menyembelih ayam itu, “TUS! Terpancut keluar darah ayam hitam itu, lalu
ditadahnya pada sebuah mangkuk kaca putih. Ayam hitam itu diletak tepi, meraung
kesakitan. Kelenjar Adrenalin makhluk itu bertindak balas, bergerak ke kiri dan
ke kanan menerima impak kesakitan yang amat perih lalu mati perlahan-lahan
menjadi bangkai. Makhluk tuhan itu yang tidak berdosa itu menjadi saksi atas
kesyirikan yang terjadi dihadapan matanya. Bibir rokiah mengukirkan senyuman,
mangkuk yang berisi darah itu dituang masuk ke muka cermin hitam. Sedikit demi
sedikit cermin itu menjadi putih...
Rokiah memegang erat cermin itu, bangkit berdiri dan
bergerak beberapa tapak dihadapannya lalu menggantung cermin itu pada muka
dinding. Rokiah tercegat berdiri menghadap cermin itu. Peluh sejuk mengalir di
tubuh rokiah, bulu-bulu halus ditubuhnya mula naik mendadak. Jembalang belaan
Rokiah memunculkan diri. Rambutnya menggerbang jatuh ke lantai, matanya merah,
sangat menakutkan! Kakinya terapung-apung disumpah bumi. Rokiah menutup kedua
belah kelopak matanya, menarik nafas sedalam-dalamnya…
Jembalang itu bergerak menuju ke hadapan Rokiah
berempat mata, lalu disedut masuk ke dalam cermin. Rokiah membuka semula kedua
belah matanya, menoleh kearah cermin itu. Dia tersenyum, wajahnya yang
kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai.
Cermin itu memantulkan cerminan wajahnya. Rokiah mendekati cermin itu,
menyentuh, membelai wajahnya. “HAHAHA… Tak ade sesiapapun yang dapat menandingi
kecantikan ku!” Deraian ketawa itu memecahkan kesunyian di satu malam kliwon.
Rokiah yang dahulunya
menjadi bahan ejekkan penduduk di kampung itu, kini menjadi bualan dan rebutan
jejaka-jejaka di kampung itu bak bunga yang berkembang mekar selepas dibasahi
hujan. Tubuhnya yang ramping, wajahnya cantik bagaikan bidadari, budi bahasanya
yang indah memikat hati sanubari. Sesiapa sahaja yang melihat wajah Rokiah,
pastinya terbayang-bayang sehingga dibawa ke alam mimpi. Pujian yang
bertalu-talu itu membuatkan dirinya mendabik dada. Namun tiada sesiapun tahu,
kecantikan yang diperolehinya itu adalah hasil perjanjiannya dengan syaitan. Yakni
menjerumus dirinya untuk terus masuk ke lembah kesyirikan.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment