Advertisement

Advertisement

Friday, October 27, 2017

[FIKSYEN SERAM]: 7 DARAH ANAK GADIS (PART ||)

***SEBULAN SEBELUMNYA***


***1 MALAM KLIWON…***


“Tok Moh, saya nak minta tolong sangat! Ade tak cara nak jadi cantik? Saya malu dengan orang-orang kampung, selalu ejek saya hodoh. Kawan-kawan saya semua dah ade laki. Saya je yang masih tercari-cari tapi sorang pun takde yang nak kan saya” Rayu Rokiah kepada Bomoh Siam itu. “Tak boleh! Aku tak akan bagi. Benda ni bukan boleh main-main, nanti makan diri!” Tegas Tok Moh. Rokiah tersentap seketika. Deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang kasar menggerutu. “Saya merayu sangat Tok! Tolong lah saya. Apa saja syaratnya saya sanggup…” Tok Moh diam seketika, berat hatinya untuk menunaikan hajat si gadis hodoh itu. Beliau kemudian berdiri lalu bergerak beberapa tapak menuju ke sudut pintu. Dicapai rokok paip itu dan dinyalakan.

“Betul kamu mahukan ilmu itu?” Tok Moh melontarkan soalan yang cukup penting kepada Rokiah. “Ye Tok! Saya nekad nak tuntut ilmu itu dari Tok!” balas Rokiah. “Baik! Tapi ada beberapa syarat yang wajib kamu patuhi…” Tok Moh kembali semula duduk dihadapan Rokiah berempat mata. Rokiah mengesat air matanya, bibirnya mula mengukir senyuman sebaik mendengar tanda setuju dari Tok Moh. “Apa dia Tok? Cakaplah Tok” jawab Rokiah. Semangatnya mula berkobar-kobar, seperti tak sabar untuk menjadi cantik.   “Hehhh! Dasar anak muda… Dengar baik-baik apa yang hendak aku sampaikan! Jangan ambil mudah”    “Bebbb…Baik Tok”    Tok Moh mengalihkan tubuhnya ke belakang, dicapai bungkusan kain kuning berisi cermin hitam lalu diberinya kepada Rokiah. “Jaga cermin ini elok-elok. Jangan biarkan ianya pecah! Kalau pecah, buruk padahnya!” Tegas Tok Moh. Rokiah mendiamkan diri, mengangguk kepala tanda setuju.

“Setiap malam kliwon, semangkuk darah ayam betina hitam bersama 7 titisan darah dijari manis kamu adalah syarat yang pertama. Campuran darah itu harus dituang di muka cermin itu, bersama bacaan matera sekali, sehingga ianya menjadi putih seperti asal Ingat! Setiap malam kliwon sahaja baru berkesan. Yang kedua, jangan biarkan ada sesiapun yang tahu mengenai cermin itu. Jaga baik-baik, kalau pecah buruk akibatnya Rokiah! Kamu faham kan maksud aku?” “Ye Tok, saya faham!” “Baik… Kalau kamu setuju, Tok mulakan sekarang…”   Kepulan asap kemenyan mula memenuhi ruangan rumah kayu itu, Rokiah terdiam kaku melihat Tok Moh, mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba, Rokiah merasa sesuatu yang ganjil sedang berlaku di rumah itu…

Angin bersiulan di luar pintu, tingkap kayu itu tertutup dan terbuka dengan sendirinya. Rumah itu bergoncang seakan-akan gempa bumi sedang berlaku! “Dup! Dap! Dup! Dap!” degupan jantung Rokiah menjadi deras, bulu-bulu halus ditubuhnya naik mendadak. Tok Moh masih lagi meneruskan bacaan jampi. “Dummm! Dummm! Dummm! Bunyi guruh berdentum dengan gah nya.    Peluh sejuk mula mengalir di tubuh Rokiah, menggeletar ketakutan. Rokiah memejamkan matanya, takut! Sangat takut!   “Hulurkan cermin itu Rokiah…” Ujar Tok Moh. Rokiah membuka kelopak matanya, keadaan telah pulih seperti biasa. Walaupun dirinya masih diambang ketakutan, tapi tekadnya cukup kuat untuk menjadi cantik. Rokiah membuka bungkusan kain kuning tadi lalu dihulurnya cermin hitam itu.
“Hulurkan jari manis kamu di muka cermin ini”   Rokiah menurut kata, lalu menghulurkan jari manisnya kepada Tok Moh, sebilah pisau kecil dicapai dan meletakkan hujung mata pisau pada jari manisnya. “Tik Tik Tik… Darah menitis menuju ke muka cermin sebanyak 7 kali. “Baik, prosesnya sudah selesai. Cermin ini adalah milik kamu sepenuhnya. Ingat, pegang apa yang aku katakan. Kalau tidak, buruk padahnya!” Tegas Tok Moh bertalu-talu memesan hal yang sama.    Maka, termeterailah sudah ikatan janji antara Rokiah dan syaitan…   “Tok, saya nak tanya. Berapa lama saya kena buat macam ni?” “Sepurnama, setiap malam kliwon dan selepas lengkapnya sepurnama, kamu hanya perlu memberinya darah setiap 3 bulan, setiap malam kliwon seperti yang aku beritahu”   Rokiah mengangguk tanda setuju. “Kamu ikut si Rokiah, dia kini tuan baru kamu” Rokiah menggaru kepala kehairanan. “Tok cakap dengan saya ke?” soal Rokiah.   “Bukan! Dibelakang kamu, jangan risau. Selagi kamu tidak melanggar peraturan, kamu tidak akan diapa-apakannya. Anggap sahaja ‘dia sebagai kawan kamu…”


Matanya hampir terbeliak, sebaik mendengar kata-kata Tok Moh. Rokiah menarik nafas panjang, menguatkan semangatnya lalu menoleh ke belakang, tapi tidak kelihatan. Namun, kehadiran jembalang itu tetap dirasai…   “Terima kasih Tok! Ini ada sedikit pengeras. Saya balik dulu ye” “Baik! Ingat pesan aku baik-baik Rokiah. Ini manternya, baca lah setiap malam kliwon selama sepurnama dan seterusnya untuk mengekalkan kecantikan yang bakal kamu peroleh…” Tok moh menghulurkan sekeping kertas bertulis rumi yakni mantera sebagai pegangan Rokiah. Dicapai kertas dan diselak masuk ke dalam kocek seluarnya lalu berjalan meninggalkan rumah Tok Moh bersama bungkusan kain kuning yang berisi cermin hitam. Jantungnya berdegup kencang, sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya. Bulu-bulu halus disekitar tubuhnya naik mendadak, kehadiran jembalang itu jelas terasa, sedang mengekori Rokiah. Namun jelas terpancar di wajahnya, satu ukiran senyuman yang melebar. “Tak sabar rasanya! Hehehe” bisik hati kecil Rokiah.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *