“Takde apa-apa kan? Dah jangan risau. Sekarang ni ayah
nak korang semua happy. Jom kita mandi!” Hmmm, harap-harap apa yang ayah cakap
tu betul. Selepas staff tu beredar dari sini, kami pun bergerak menuju ke
pantai. Dah lama rasenye tak mandi laut! Best moment ever selepas menanti
beberapa lama… Lepas mandi dekat pantai kitaorang sambung
lagi mandi dekat swimming pool. Orang memang ramai masa tu. “Korang tunggu
kejap dekat sini. Ayah ngan ibu nak beli makanan. Wani, jaga adik tau. Korang
nak pesan apa?” “Ais krim!” “Keropok!” “Coklat!” “Ibu, adik nak gula-gula!”
ayah dan ibu pun berjalan, menuju ke café. Aku dengan adik-adik tengah
mandi-mandi. “Tadi masa akak ke tandas, kakak perasan tak rambut tu?” aku dah
agak, si Aisyah ni ade bende tak kena mesti nak cerita. “Ade, akak malas nak
cerita. Ingat pesan nenek tu, kalau nampak bende pelik jangan tegur. Diamkan
aje” “Nak diamkan macam mana? Aisyah takutlah! Nanti dia kacau kita macam mana?”
“Diam jela! Nanti dekat rumah baru cerita. Dah pergi teman Aidil mandi, akak
nak relaks”
Tengah-tengah berendam tu, ibu dan ayah pun datang membawa
sedikit makanan. “Kakak, panggilkan Aisyah ngan Aidil. Kita makan dekat pondok
depan bilik kita” “Aisyah! Adik! Mai sini ibu ade beli aiskrim!” kami
pun berjalan bersama-sama menuju ke pondok tu sambil menikmati aiskrim. Dalam
tak sedar, tengok keadaan cuaca macam nak dekat maghrib dah. Kami pun makan
bersama-sama, memang best masa makan tu. Angin sepoi-sepoi je, view pantai pun
cantik, makanan pun sedap-sedap. Hehe. Lepas siap makan, kitaorang pun masuk
lah ke dalam bilik, bersiap-siap untuk mandi dan menuju ke café untuk makan
malam. “Ayah rase, kita memang bertuah hari ni! Ayah nampak banner dekat café
tu, diorang buat seafood buffet. Bayar RM 50 kita boleh makan sepuas hati” Hati
mana tak gembira bila dengar berita macam tu kan? Hehe. Dah lama tak merasa
seafood ni. “Cepat-cepat lah bersiap, siapa lambat tinggal!” kata ibu sambil
bergegas menuju ke bilik mandi. Nak tak nak, kena tunggu giliran lah. Bilik
mandi pun satu je… Nampaknya aku lah orang terakhir, adik-adik
aku, ibu, ayah semua dah siap mandi. Aku pun masuk ke dalam bilik air, sempat
juga aku tengok toilet, sinki, floor drain tu kalau masih ade rambut. Memang
dah takde, mungkin betul juga cakap staff tu.
Lepas kitaorang semua bersiap, kami pun bergerak
menuju ke café. Memang ramai masa tu! Semua tak lepaskan peluang untuk join
sekali pesta buffet tu. Rambang mata, pening nak pilih yang mana satu. Udang
bakar ade, ikan bakar ade, sotong bakar ade dan bermacam-macam jenis makanan
yang disediakan. Lepas dah ambik makanan, kitaorang pun cari seat meja, nasib
baik jumpa juga. Sempat juga ambil gambar kenangan sebelum makan. Hehe… Lepas dah siap makan, rehat-rehat kejap,
kami pun bergerak menuju ke chalet semula. Alhamdulillah, memang puas hati.
Sampai dekat bilik, aku terus baring kat katil. Penat tapi sangat berpuas hati
dengan percutian kali ni. “Ayah matikan lampu ok? Kakak ngan Aisyah jangan tido
lewat sangat, esok kalau takde halangan kita balik rumah” Aku tengok jam henfon
aku, baru pukul 10 malam. Biase kalau dekat rumah, pukul 11 malam baru tido.
Memandangkan aku pun penat, rase nak tido awal malam ni. “Kak, Asiyah nak keluar kejap. Nak ambik
angin” Aisyah bisik dengan aku. Eleh, ni mesti nak oncall dengan bf. Aku pun
angguk jela, bagi dia keluar. Ayah dengan Ibu pon dah tido.
Sambil-sambil tu, aku sempat juga uplod gambar
kenangan kami dekat insta. Chatting dengan kawan-kawan kejap… Dalam tak sedar, dah pukul 11 malam tapi
Aisyah tak masuk-masuk bilik lagi. Ke mana pula budak ni? Aku bergerak menuju
ke luar bilik, tapi takde. Aku cuba call Aisyah tapi tak dapat-dapat
asyik-asyik “please try later” Aku pun rase tak sedap hati, memalam buta macam
ni nak merayau pula! “Adik! Adik! Aisyah!” Aku panggil-panggil takde jawapan
langsung. Aku macam nampak ade kelibat perempuan sedang berdiri dekat tepi
pokok tu, tak jauh dari pondok. Mesti Aisyah lah ni. Perlahan-lahan aku menuju
ke arah pokok tu, saja nak kejutkan dia… “Eh! Ape akak buat dekat sini?” Mak
aih! Terkejut aku! Aisyah menepuk bahu ku dari belakang. Aku pun tanya dia dari
mana “Aisyah dari café tadi beli air tin. Yang akak tercegat depan pokok ni
kenapa?” tetibe aku rase meremang semacam, kalau bukan adik, siapa pula yang
aku nampak tadi? aku tak cakap panjang
dan bawa adik aku masuk ke dalam bilik semula.
Sampai je dekat bilik, aku ke tandas cuci muka, cuci
kaki dan masuk tido. Aku malas nak cakap panjang, Aisyah ni lain sikit. Main
lepas cakap je, baik aku diam dan ceritakan je besok. “Aisyah jangan keluar
lagi, esok je. Tengok jam tu, dah dekat kul 11.30” Aku pun terlelap… entah macam mana aku rase
macam terdengar ade suara perempuan sedang bercakap-cakap dekat luar, tapi tak
jelas sangat. Macam suara Aisyah? Aku tengok sebelah Aisyah takde. Eee! Budak
ni… Aku tengok dekat tepi tingkap, Aisyah tengah oncall. Aku tengok jam, dah
dekat pukul 1 pagi. Aku bukak pintu dan tarik Aisyah masuk semula ke dalam
bilik. “Aisyah ni dah kenapa? Tak reti nak tido ke? Ini tempat orang lah
Aisyah. Esok jela oncall, dah g cuci kaki. Nanti ibu bangun, akak juga yang
kena…” Aisyah diam je, terus berjalan
menuju ke tandas. Lepas dia dah siap basuh muka, basuh kaki, kami pun ambil
tempat masing-masing untuk tidur…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment