Advertisement

Advertisement

Monday, October 2, 2017

FIKSYEN SERAM: Chalet berhantu (BAHAGIAN |||)

“Akak, Aisyah rase tak sedap badan lah…. Akak?” kata adik sambil menggoyangkan badan aku. Apa lagi masalah budak ni! Aku sentuh dahi dia, memang panas. Asal tetibe pula dia demam ni? Nak kejutkan ibu, diorang tengah tido. Aku ambik Panadol dekat beg galas ibu dan ambik sebotol air. “Adik makan ubat ni, nanti elok la demam tu…” rase tak sedap hati pula tengok Aisyah ni, tadi elok je mase aku tarik dia masuk bilik.Lepas makan ubat tu, Aisyah pun baring semula, menyarungkan selimut ke tubuhnya. Bila dah nampak Aisyah tido, aku pun rase senang hati sikit. Aku pun sambung tido balik…   


Entah kenapa, tetibe aku rasa tak sedap hati malam tu. Rase sejuk sangat! Bulu roma berdiri! Masa memula tido, takdelah sejuk macam ni. Aku buka mata aku perlahan-lahan… entah aku mengigau ke apa? Kelibat perempuan berjubah putih, rambutnya yang panjang menutupi wajahnya sedang baring meniarap memeluk tubuh Aisyah! Aku nampak dahi Aisyah berkeringat, seperti sedang bermimpi buruk! “Ayaaaaaaahhhhhhh! Ibuuuuuuuuuuuu!” aku jerit sekuat hati aku sambil menutup mata! “Kenapa ni kakak? Memalam macam ni terjerit-jerit!” “Tuuu… Tuuu… Tuuu…” serius aku tak terkata apa-apa masa tu. “Ape? Apa yang Tuu… Tuu… Ape yang kakak nampak?” aku membuka mata semula, kelibat hitam tu lenyap. Aku ceritakan kepada ayah dan ibu tentang kejadian tadi. Aku nampak wajah Aisyah pucat sangat! Tubuhnya berpeluh. “Ayah hidupkan lampu ni, nak pergi hospital jauh pula. Esok lepas check-out kita terus ke hospital” “Kakak ade bagi Aisyah makan Panadol tadi?” Aku mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa, aku rase takut sangat! 1st time nampak kelibat perempuan berjubah putih tu depan mata aku! “Kakak tido dulu, biar ibu tengok-tengokkan Aisyah” Aku cuba untuk melelapkan mata. Mudah-mudahan takde lah apa-apa yang terjadi lepas ni...   

“kakak… Bangun sayang. Pergi mandi, kejap lagi kita nak balik. Ibu, Aidil, ayah dah siap” Aku pun terjaga dari tidur. Tak sedar, dah pagi rupanya. Aku tengok Aisyah masih lagi baring, masih dalam keadaan sakit. Lepas dah siap mandi, bersiap dan kemas barang-barang, kami pun menuju ke counter reception untuk check-out. Sepanjang jalan tu aku papah adik aku, kesian pula tengok Aisyah. “Akak… Aisyah rase berat sangat badan ni… rase macam ade je orang tengah bergantung dekat belakang ni. Kepala Aisyah pon rase berat sangat…” “Dah, jangan fikir bukan-bukan. Nanti kita jumpa nenek. Dia kan terrer bab-bab mengubat ni. Nanti adik sembuh lah ok?” Aku cuba senangkan hati Aisyah, Aku dapat rase makhluk tu tengah ikut kami. Lain macam je aku rasa masa papah si Aisyah, meremang semacam!

Lepas check-out tu, kami pun bergerak menuju ke kereta. Lepas simpan semua barang, kami bergerak keluar dari sini. “Kita direct terus balik kampung lah. Ayah ade call nenek, dia cakap elok kita ke sana dulu. Nenek nak tengok keadaan Aisyah”   Rumah nenek pun takdelah jauh sangat, lebih kurang 2 jam macam tu sampai. Sepanjang perjalanan tu, aku peluk je Aisyah. Badan dia panas sangat. Aidil pula sibuk dengan game. Ibu pula tengah tido, mengantuk sebab semalaman tak tido, jaga Aisyah...   Selepas 2 jam kemudian, kami pun sampai ke kampung dan terus menuju ke rumah nenek. Aku nampak atok dengan nenek tercegat depan pintu menanti kehadiran kami. Selepas bersalaman dengan atok dan nenek, kami pun masuk ke dalam rumah. kami duduk di ruang tamu. Ibu dan nenek berada di dapur sedang menyediakan minuman. “Demam teruk budak ni. Abah rase budak ni kena sampuk dengan benda dekat situ…” kata atok sambil menyentuh dahi Aisyah. “Sebenarnya tok, Aisyah ade keluar dari bilik semalam. Pukul satu pagi macam tu. Wani dah pesan dekat dia, jangan keluar lagi tapi dia taknak dengar…”

Nenek dan ibu kembali semula ke ruang tamu, menghidangkan sedikit minuman dan makanan “Takpelah, benda dah jadi. Kesian cucu nenek. Mai sini bawa Aisyah masuk ke bilik. Nenek nak urut kepala Aisyah” aku pun papah si Aisyah menuju ke bilik dan kembali semula ke ruang tamu. Aku, ibu dan adik dengar lah perbualan ayah dengan atok sambil menjamu sedikit hidangan yang disediakan. “Malam ni abah bawa Tok seman ke sini. Inn sha allah, dia boleh tolong” “Tok seman? Bukan ke dia dah berpindah ke bandar dengan anak dia?” “Tak jadi katanya. Isteri dia taknak, lagipun elok la juga kalau dia ada dekat kampung ni. Kalau ade jadi benda-benda macam ni, takdelah susah-susah nak cari dia kan?” Dulu masa kecil-kecil, aku pernah juga dengar dan nampak Tok seman ni. Boleh katakan beliau pakar dalam bidang-bidang macam ni, senang cerita beliau adalah slanga otai. Mudah-mudahan dia boleh bantu Aisyah. Sementara menanti kehadiran Tok seman, kami pun masing-masing berehat…   

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *