Advertisement

Advertisement

Friday, October 6, 2017

FIKSYEN SERAM: Kucing Hitam (Bahagian |)

Aku dan family aku bercadang untuk membeli sebuah rumah yang terletak di daerah *****, tak jauh dari tempat kerja aku. Dah agak lama juga kitaorang tinggal menyewa, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari rumah sendiri yang lebih besar dan agak selesa untuk family aku. Kebetulan semasa aku sedang mencari sebuah rumah baru, member sekerja aku cadangkan sebuah rumah yang terletak berdekatan sini. “Ben, ni aku ade berita baik untuk kau. Kau tengah cari rumah kan? Kebetulan, aku ade kenal sorang kawan. Broker rumah. Dia cakap ade sebuah rumah dijual berhampiran sini, Cuma agak jauh sikitlah simpang masuk ke rumah tu. Dia cakap, baru-baru ni orang dah beli rumah tu. Tapi, dijual balik sebab urgent perlukan duit. Kalau kau jadi ambik rumah tu, aku bagi number fon kawan aku tu dengan kau” bila dengar berita baik ni, tanpa membuang masa, aku terus call broker tu. Aku pun tanya-tanya sikit pasal rumah tu. Dia siap bagi gambar lagi dan detail pasal rumah tu. Memang agak menarik dan rumah tu agak besar.


Keesokannya selepas balik dari kerja, aku dengan member menuju ke rumah tu. Tak jauh sangat, ade dalam 7 minit macam tu kami dah sampai ke simpang masuk ke rumah tu. Mase masuk ke simpang tu aku tengok kiri kanan semua hutan, sebijik rumah pun aku tak nampak. Biar betul ade rumah dekat-dekat sini? Pernah juga dengar cerita, ade satu tempat dekat-dekat sini, tempat tu angker dan orang yang tertentu je boleh bertahan dekat situ. Sampai sekarang aku tak tahu kat mana tempat tu, walaupun aku dah lama duduk dekat daerah ni. Harap-harap bukan sini tempatnya.   Lebih kurang 3 minit macam tu, kami pun sampai dekat rumah tu. Aku nampak broker tu tengah duduk di sebuah pondok berhampiran halaman rumah sedang membuat panggilan dengan seseorang. Kami kemudian parking di sebelah keretanya dan menuju ke arahnya.  “Mr Wong! Apa khabar? Sorang je?” “Ya sorang je, yang ni ke kawan kamu tu?” “Ye, saya lah yang berniat nak beli rumah ni”    kami pun bersembang-sembanglah mengenai rumah ni sambil berjalan masuk ke ruang rumah. Aku pun rase terpegun juga masa memula masuk ke dalam rumah tu. 

Semua barang-barang dekat situ masih terjaga dengan rapi. Walaupun rumah ni sudah berusia lebih dari 50 tahun. Ade 3 bilik tidur dekat atas, 2 bilik mandi di tingkat atas dan bawah, ruang dapur yang selesa, ruang tamu yang luas dan halaman rumah yang cantik. “Saya bagi offerlah untuk kamu, jika kamu setuju. 30k. how’s that sound?” 30k? aku bingung seketika…   Mr Wong ni mabuk ke apa? Rumah cantik macam ni, harga pun tak sampai 50k. aku pun malas nak fikir panjang, aku setuju je dengan terms yang dia beri. Lepas sign semua borang, Mr Wong pun memberikan aku kunci rumah dan beredar dari rumah ni. “Amacam Ben? Puas hati tak tengok rumah ni? nasib baik aku dah beli rumah. Kalau belum, aku dulu yang rembat rumah ni. haha” “Haha. Tula kau, terburu-buru sangat nak beli rumah. Tapi, tempat ni ok kan? Kau ingat tak masa dekat opis hari tu kita ada cerita-cerita pasal tempat angker dekat-dekat sini?” “Kau jangan percaya sangat cakap diorang tu, aku ni memang orang tempatan. Jadi aku taulah tempat ni memang ok, kau jangan risaulah”   Mungkin betul gak cakap kawan aku. Tak lama lepas tu kitorang pun blah dari rumah ni…


Beberapa hari selepas tu, aku dan family akhirnya berpindah ke rumah baru kami. Serius, memang memenatkan. Nasib baik aku sewa lori untuk angkat barang-barang, kalau tak… Sehari pun tak cukup rasanya. “Kakak, Adik jangan main jauh-jauh sangat! Bahaye tau, nanti sesat dekat hutan tu macam mana?” tengah-tengah sibuk kemas barang, anak-anak pun sibuk juga bermain-main. “Takpelah, biarkan lah anak-anak main. Bukan jauh sangat pun diorang pergi” aku cuba tenangkan isteri aku. Kesian juga kat bini aku, sehari suntuk ni kami berdualah yang bersihkan rumah, angkat barang-barang.  Macam-macam lah kami buat masa tu, menyapu, mop lantai, bersihkan kipas syiling. Kali ni, aku nak bawa mak dengan ayah sekali tinggal dekat sini. Aku taknak depa tinggal lagi dekat kampung, abang-abang aku pun duk jauh-jauh semua. Sibuk dengan kerjaya, keluarga masing-masing. Balik pun setahun sekali. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya diorang dah berjaya dalam hidup…   Dalam tak sedar, hari pun dah masuk maghrib. Nasib baik sempat juga aku dengan isteri kemas barang-barang kami. Aku pun menuju ke luar rumah untuk memanggil anak-anak aku. “Adik, kakak… Mari masuk, mandi. Masuk maghrib dah ni…”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *