Dipercayai, bagi menuntut ilmu kebal ini dilakukan dalam dua cara. Antaranya:
1. Amalan - Membuat pertapaan atau memakan sesuatu;
2. Pemakaian - Berbentuk Azimat, keris, membuat lakaran(tatu) pada bahagian tubuh;
Berdasarkan kedua-dua cara ini, ritual-ritual pemujaan tertentu dan bacaan jampi haruslah dilakukan bersama-sama bagi menyempurnakan ilmu kebal ini. Tapi persoalan sekarang, benarkah/terbuktikah ilmu kebal ini? Ya, baru-baru ini sekumpulan sukarelawan yang sedang membersihkan tapak perkuburan di Mukdahan, Thailand dan telah menemui mayat seorang lelaki. Apa yang aneh dan menyeramkan, tubuh mayat itu telah reput tetapi kulitnya kekal seperti biasa dan tidak reput! Setiap inci kulit itu dipenuhi dengan lakaran tatu dan tulisan sanskrit di kulitnya, dipercayai adalah mantera untuk membuatkan diri si pengamal menjadi kebal. Menurut sumber, tatu berkenaan adalah satu bentuk amalan ilmu hitam yang jelas sekali terbukti apabila kulit itu sama sekali tidak mereput.
Lihat gambar-gambar ini. ia adalah bukti yang jelas bahawa ilmu kebal sememangnya wujud. tetapi persoalannya sampai bila? sehebat mana pun kita di muka bumi ini, tiada yang lebih hebat melainkanNya...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment