***13 Januari 2007***
“Kring! Kring! Kring”
Jamal menggapai henfon barunya yang berdering, hasil
modus operandinya meragut seorang wanita yang baru sahaja keluar daripada bank
petang semalam. Jamal memecut laju lalu bersembunyi di sebuah bangunan kosong
untuk melihat hasil haram itu. Biji matanya terbonjol keluar! Di dalam beg
tangan itu ada sejumlah wang RM 3000. “Wah! Aku kaya! Aku nak beli henfon baru,
aku nak belanja makwe aku tengok wayang, shopping… Bisik Jamal dalam hati hitamnya.
Seharian tersenyum lebar… Panggilan itu
daripada kekasihnya, Nisa. Jamal tersenyum lebar. “Macam tau-tau je makwe aku
ni, aku tengah loaded! Bisik dihati. “Bie… Sayang pregnant!” Raut wajah jamal yang tersenyum lebar ketika
menjawab panggilan daripada kekasih hatinya, bertukar menjadi masam mencuka.
Kebingungan, seperti orang hilang akal bila mendengar berita mengejutkan itu.
“Apa aku nak buat? Kalau mak ayah tahu pasal hal ni mampus aku! Bisik jamal
dalam hati. Jelas sekali kedengaran Suara Nisa, kekasih hati Jamal, menangis
teresak-esak kebingungan memikirkan jalan penyelesaian, hasil sumbang mahram
yang dilakukan oleh mereka “Kita nak buat apa ni bie? Sayang takut!”
“Dup! Dap! Dup! Dap!”
Degupan jantung Jamal menjadi deras. Dahinya
berkeringat, perasaannya pada ketika itu bercampur baur, sedih, takut, risau
menyelubungi dirinya. Jamal menarik nafas panjang… “Sayang jangan risau ok?
Malam bie ambil sayang, macam biasa. Sayang tenang ok, bie tahu apa nak buat.
Pergilah rehat dulu” Jamal menamatkan
panggilan itu. Sebungkus rokok Dunhill terletak di atas meja, dicapainya lalu
mengambil sebatang dan menghisapnya di luar halaman rumah ayahnya. Ke hulur ke
hilir jamal berjalan, memikirkan musibat yang terjadi kepadanya. “Oi Jamal yang
kau ke hulur ke hilir macam beruk kelaparan tu kenapa? Kau ade masalah ker?”
Makcik semah menegur anak kesayangannya sambil melabuhkan punggungnya di mata
tangga dan mengunjurkan kakinya yang berdenyut-denyut kesakitan.
“Oi Jamal! Kau dengar tak apa yang mak tanya?”
Makcik semah mengurut-urut pergelangan kakinya yang
berdenyut-denyut sakit. Sudah bertahun lamanya beliau mengalami sakit-sakit
sendi dibahagian kakinya, sudah bermacam-macam ubat, urutan tradisional yang
diusahakannya, namun tidak berhasil. “Takde apa-apa lah mak! Orang tengah
memikir ni! Mak jangan risau lah!” balas Jamal mendabik dada. Anak yang
dikandungkan oleh Makcik semah selama 9 bulan, ditatang bagai minyak yang
penuh, dengan biadabnya menjawab sedemikian rupa. Beliau menggelengkan
kepalanya dan berdiam diri. Firasat beliau sememangnya kuat, tak keruan bila
melihat Jamal. Makcik semah tahu, “Mesti anak aku ni ade masalah…” Hati mana
yang tak hiba bila anak yang ditatang itu lagaknya biadap terhadap ibunya
sendiri. Namun, Makcik semah sudah lali dengan tingkah laku anak kesayangannya
itu. Beliau tahu, Tuhan itu Maha Adil. “Semoga anak ku sentiasa dalam lindungan
Mu… Bisik hati kecil Makcik Semah.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment