Tahun 2008.Aku tak kan lupa tahun tu.
"Ma, tengok tu!" kata aku sambil menunjuk ke
arah sliding door..
"Sudah, kakak. Tak ada apa pun kan mama dah cakap
sebelum ni!!", aku kena marah lg.
Depan rumah kami ada sebatang pokok yg rendang tapi tak
berapa tinggi. Kedudukannya betul-betul di hadapan pintu sliding door rumah
aku.
Ayah aku diterima bekerja sebagai kerani di sebuah
estate di kuala lipis. Kalau nak masuk ke estate tu dengan jalan pintas, kami
perlu menaiki sebuah sampan yang di ikit dengan tali di bahagian atas kerana
air sungai yang deras. Dan ada lagi sebuah jambatan yang boleh dilalui kereta
tapi tak dapatlah sampai dengan cepat. Nak cepat kena guna sampan. Tapi siapa
yang nak naik sampan kalau dah tengah malam.
Setiap malam, selepas jam 9, tak kan ada yang berani
melalui jalan tu sebab katanya ada yang akan menahan. Pernah sekali aku dengar
cerita dari orang lama yang tinggal disitu yang dekat jambatan tu ada
pontianak. Setiap orang yang lalu dekat situ, dia akan tahan untuk tumpang dan
tak tahu bawak kemana. Selalunya kak ponti tu akan tunggu di hadapan sign board
sebelah jambatan tu untuk tumpang.
"Abis tu pakcik, orang tu tak takut ke?"
"Kakak, abah dah pesan kan, kalau orang tua
bercakap, kakak jangan menyampuk, kakak diam je ok?"
"Baik!"
Abah aku marah. Sama je macam ma. Suka marah-marah.
Malam tu, macam selalu, aku akan nampak kain putih
dekat pokok depan rumah aku mase balik dengan abah. Tapi aku malas nak cakap
atau mengadu sebab ma dengan abah macam tak percaya.
"Eh!! Siapa main lampu kereta ni, abang turun
dari kereta tadi tak tutup pintu ke?dengan lampu kereta terbukak. Habislah beteri
kereta tu nanti." dalam mamai, mama aku membebel sambil kejutkan abah yang
tengah tidur.
"Ita, kalau betul saya tak tutup lampu kereta,
mesti dari sebelum tidur lagi kita da nampak. Dah tentu kete tu depan bilik
kita."
Masing-masing tiba-tiba tersedar..
"Awak pergi tengok anak!cepat!", arah abah
aku pada ma.
Terus ma aku berlari tengok bilik adik dan bilik aku.
"Kan akak da cakap sebelum ni, ma tak percaya.
Dia nak bagitahu yang dia ada dekat rumah ni lagi lama dari kita."
Terus ma peluk aku. Adik2 aku yang lain elok je tidur.
Aku malam tu memang tak boleh tidur dan memang aku dengar ada orang main lampu
kereta abah. Tapi aku takut nak keluar bilik.
Abah pulak terus keluar. Tutup lampu dan pintu kereta.
Aku dengar abah cakap dekat ma yang abah memang dah
tahu sal benda dekat pokok tu. Dan malam yang kami balik tu, abah memang dah
nampak. Cuma abah tak nak kami takut dan abah ingatkan aku tak nampak..
Ada india selang dua buah rumah dari rumah kami pun
cerita, dulu pokok depan rumah kami tu, orang yang dekat dekat kawasan estate
ni tanam benda-benda yang tak baik. Jadi tak ada sesiapa berani tinggal dekat
rumah tu lebih dari seminggu.
Tapi alhamdulillah kami duduk rumah tu dah nak dekat 6
bulan. Yang selalu tegurnya aku je. Tu pun ma tak percaya sampailah kes kereta
abah tu kena macam tu..
Kami memang tak syak pencuri sebab tak ada kesan
cungkil atau pecah. Lagi pon malam tu hujan, tak kan orang tu boleh terbang
pulak terus ke beranda tanpa melalui tanah merah luar beranda kami.
Selang beberapa hari lepas tu, kami pindah. Sejak dari
keluar rumah aku selalu terfikir, kenapa adik-adik aku tak ada yang nampak?
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment