Advertisement

Advertisement

Friday, October 20, 2017

[FIKSYEN SERAM]: Maafkan bie sayang (PART |||)

***13 Mac 2007***

“Premmm! Premmm! Premmm!”


Jamal memecut laju selepas modus operandinya berjaya! Sebuah beg tangan milik seorang wanita ketika sedang sibuk menyimpan barang di bonet kereta selepas membeli belah di sebuah kedai supermarket. Seperti biasa, Jamal akan menuju ke rumah kosong itu untuk melihat hasil rompakannya. Jamal menarik zip beg tangan itu dan melihat isinya. Sebuah henfon, wang tunai RM 4000. Semenjak kebelakangan ini, Rezeki Jamal melimpah ruah. Jarang sekali dia mendapat hasil rompakan kurang dari RM 1000. “Kalau hari-hari macam ni, kaya aku! HaHaHa! Tersenyum lebar Jamal melihat wang itu. Bagi Jamal, mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang ringgit adalah keutamaannya tanpa perlu bekerja seharian dan mendapatkan gaji pada setiap bulan, membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah. Hatinya semakin hari semakin gelap, seakan-akan sudah tidak mengenal erti dosa! Jamal membuang beg tangan itu di semak berdekatan lalu beredar pulang menuju ke rumah.

“Kring! Kring! Kring!”

Jamal membaringkan diri diatas tilam. Tersenyum lebar dengan hasil habuan hari ini. Jamal mencapai henfon dikocek seluarnya yang sedang berbunyi. “Bie! Ubat tu betul ke tak? Perut sayang ni semakin lama semakin membulat!” Pipinya mulai kemerah-merahan, seperti menerima satu tamparan yang kuat! “Dup! Dap! Dup! Dap!” Degupan jantungnya menjadi deras. Jamal mulai tak keruan, kegembiraan dihatinya itu cuma seketika. Dia mulai gelisah, memikirkan beribu macam cara di benak otaknya. “Apa aku nak buat ni! Mampus lah! Mustahil ubat yang nurse tu kasi tak berkesan atau dia nak kelentong aku?     “Aduhhh! Sayang ni biar betul? Mustahil nurse tu tipu!” “Betul, sayang tak tipu! Dah habis pun ubat tu sayang makan, rase macam takde hasil. Masih loya tekak, muntah-muntah, pening-pening. Eee! Sayang takut lah!” “Dah! Dah! Jangan kecoh lah! Bie tengah serabut ni. Nanti kol balik!” Jamal mematikan panggilan. Dia mencapai helmet putihnya di meja lalu keluar dari bilik.

“Premmm! Premmm! Premmm!”

Jamal menghidupkan enjin motor lalu bergerak menuju ke klinik tempoh hari. Gusar, Gelisah, kebingungan, bergelemung di hatinya.     Jamal memberhentikan motornya dihadapan klinik itu, lalu masuk menuju ke kaunter. “Eh encik! Nak beli pil lagi ke?” ujar nurse itu kepadanya. “Saya nak tanya! Kenapa pil tu langsung tak berkesan? Awak jangan nak tipu saya!” suara Jamal memecah kesunyian ruangan klinik itu. Sumpah seranahnya jelas kedengaran.  “Apa kecoh-kecoh ni?” seorang doktor tua keluar dari biliknya melihat keadaan di luar yang sedang huru hara. Berkerut dahi Jamal memandang doktor tua itu. Masih merasa geram dan tidak berpuas hati. Doktor tua itu mengarahkan Jamal untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya. Jamal menceritakan masalah yang dihadapinya kepada doktor tua itu. Doktor tua mengangguk-angguk sambil menulis sesuatu pada sehelai kertas. Doktor tua hanya tersenyum sinis memandang Jamal, Lagak Jamal seperti serba serbi tahu tentang keberkesanan ubat itu.

“Saya faham situasi anda, encik kena faham. Pil yang nurse saya berikan itu memang betul, tapi bergantung kepada janin dalam kandungan. Kalau antibody nya kuat, pil itu memang tak berkesan lah. Sekarang ni saya Cuma boleh beri kamu 2 pilihan. Pertama, saya akan buat pembedahan untuk gugurkan janin. Yang kedua, saya berikan kamu satu lagi pil yang lebih kuat dari sebelumnya. Tapi saya tak jamin, pil ini boleh gugurkan janin. Kalau pun terjadi benda itu, berkemungkinan besar, kekasih encik tidak akan boleh mengandung selepas itu. Pil yang ini saya tidak syorkan kepada mana-mana customer saya, sebab kesannya sangat merbahaya, boleh merosakkan rahim wanita. Tapi memandangkan encik sudah terdesak, encik boleh pilih salah satu” Jamal terpaku seketika selepas mendengar penjelasan doktor tua. Jika dia memilih untuk melakukan pembedahan, sudah tentu sekali kosnya tinggi. Kekasihnya juga pasti menolak.


“Encik? Hello? So macam mana?” ujar doktor tua. Jamal membuat keputusan untuk membeli pil tersebut. Berbaki lebih kurang 6 bulan, Jamal siap-siap membeli 3 botol pil gugur yang mana setiap botol itu akan bertahan selama 2 bulan. Dia kemudiannya beredar pergi dari situ dan menuju ke rumah kekasihnya. “Keras sangat kan? Taknak gugur! Ambek kau penangan pil ni. Kalau tak gugur lagi tak tahu lah aku… Bisik Jamal dihati.   Jamal tiba diperkarangan halaman rumah sewa Nisa lalu menghulurkan 3 botol kecil berwarna merah. “Apa ni bie?” ujar Nisa kebingungan melihat botol kecil itu. “Makan je! Sebotol tahan 2 bulan. Nanti bie contact sayang. ade kerja nak buat sikit”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *