***13 September 2007***
Nisa akhirnya selamat melahirkan anaknya di klinik
swasta itu. Ubat yang dibekalkan kepada kekasihnya itu ternyata langsung tidak
berkesan. Siapalah Jamal untuk menghalang kekuasaanNya! Rahsia ini masih lagi
tersimpan rapi tanpa diketahui oleh ibu dan ayah mereka. Perasaan takut,
gelisah menyelubungi diri Jamal. Beberapa hari setelah Nisa dibenarkan pulang,
Jamal telah memikirkan satu penyelesaian terakhir. Dia membuat keputusan untuk
membuang bayi tidak berdosa itu di sebuah gaung. Walaupun berat bagi Nisa untuk
melepaskan anak itu, tetapi Jamal tetap berkeras untuk membuang bayinya ke
dalam gaung, sedikitpun tidak terlintas dihatinya untuk rasa bersalah! Nisa
kini berada di rumah sewanya masih dalam keadaan berpantang, kemurungan selepas
bayinya dibuang dengan begitu kejam. Jamal membaringkan dirinya diatas tilam,
menggoyang-goyangkan kakinya, tersenyum lebar dan merasa puas! Masalah yang
menghantui dirinya selama ini dianggapnya sudah berakhir.
“Cukuplah tu sayang! tak habis-habis cakap benda yang
sama! Cuak lah macam ni!” Jamal meletakkan panggilan daripada Nisa. Tertekan
dengan perangai Nisa, Jamal membuat keputusan untuk mengabaikan kekasihnya. Jamal
lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan dan meneruskan modus
operandinya tanpa menghiraukan Nisa. Sejak kebelakangan ini, Nisa berkelakuan
aneh, setiap kali mereka bertemu, Nisa pasti akan membuka cerita mengenai anak
mereka dan seringkali juga mengadu bahawa dia merindui bayi mereka,
menceritakan benda yang sama.
Seminggu kemudian, Jamal cuba untuk menghubungi
kekasihnya namun tidak berjawab… Jauh di lubuk hatinya, dia juga merasa serba
salah selepas membuang bayi itu. Dek kerana itu juga, dia telah mengabaikan kekasihnya.
Jamal membaringkan dirinya, cuba untuk melelapkan matanya…
“Uwekkk! Uwekkk! Uwekkk!”
Eh? Anak siapa pula yang menangis malam-malam ni?
Jamal bangkit dari katil lalu menuju ke ruang tamu, kebingungan mencari suara
bayi yang sedang menangis. Semakin lama tangisan itu semakin jelas kedengaran.
Jamal segera membuka pintu rumah itu. Dia pasti, suara bayi itu jelas
kedengaran di sudut ruang tangga rumah. Kelihatan seorang wanita memakai
selendang dan berjubah putih, sedang duduk di tangga rumah itu bersama bayinya
yang menangis teresak-esak. Jamal memberanikan dirinya, dia bergerak beberapa
tapak bagi menghampiri wanita itu. “Cik… boleh saya tahu cik ni siapa? Cik cari
mak saya ke?” Ujar Jamal kepada wanita itu.
“Shhh… Jangan nangis lagi sayang. Ibu ade dekat sini. Shhh…” Bisik
wanita itu kepada bayinya tanpa menoleh sedikit pun kepada Jamal.
Jamal tersentap seketika, dia pasti dan kenal suara
wanita itu. Sebijik macam suara kekasihnya. “Sayang ke tu? Kenapa tak bagitahu
bie, sayang nak ke sini?” Jamal bergerak beberapa tapak lagi menuju ke arah
wanita itu. “KENAPA KAU TINGGALKAN AKU SEORANG DIRI! KENAPA! KENAPA KAU BUANG
BAYI KITA!” wanita itu menjerit lalu memusingkan tubuhnya menghadap Jamal. Wajahnya
pucat dan sangat menakutkan! Matanya tertonjol keluar, dihiasi selirat urat
merah! Merenung tajam ke arah Jamal. Wanita itu bangkit berdiri terapung-apung.
Kukunya hitam, panjang dan tajam seperti mata pedang, lalu menghampiri Jamal. Ternyata,
wanita itu adalah jelmaan Nisa. Kuku yang tajam itu dengan pantas ditusuk
menembusi dada Jamal. “Arghhh! Sakit!
Tolong!” Jamal bangkit duduk dari katil, wajahnya pucat menoleh ke kiri dan
kanan. Dia menyentuh bahagian dadanya, terasa sakit seperti mimpi itu
benar-benar berlaku, terdapat kesan lebam bertompok di bahagian dadanya. Jamal
menangis, menangis seperti orang gila, tersedar dari mimpi, mimpi yang sangat
menakutkan!
Jamal memakai baju dan mencapai helmet di atas almari
lalu menuju turun ke bawah. Dia memecut laju motornya, sepantas yang mungkin
menuju ke rumah sewa Nisa. Kelihatan, suasana di rumah sewa itu dipenuhi dengan
penduduk setempat dan pihak polis. Kilauan lampu siren polis dipasang, seperti
sesuatu yang telah terjadi di rumah ini. Jamal memberhentikan motornya
berdekatan rumah itu lalu turun bergerak beberapa tapak menuju ke situ. Dua
orang anggota polis sedang mengusung sebuah katil ditutupi plastik hitam. “Apa
yang dah jadi ni? Mana Nisa? Mana Nisa? Bisik hati kecil Jamal. Dia mulai
kebingungan, perasaannya mulai bercampur baur.
Jamal memberanikan dirinya untuk bertanya dengan salah
seorang anggota polis yang bertugas pada ketika itu. Berlakon seperti orang awam,
lagaknya itu tidak diketahui oleh pihak polis. “Ade sorang perempuan mati
gantung diri di sini, menurut roommate dia nama perempuan tu Nisa” Jamal cuba
mengawal emosinya mengelakkan dirinya daripada dicurigai oleh pihak polis. Dia
kemudian menuju ke motornya lalu bergerak pergi dari situ, air matanya jatuh
mengalir tanpa henti, mulai sedar bahawa dirinya adalah punca kekasihnya mati
bunuh diri. Jamal memberhentikan
motornya di hadapan sebuah shopping mall. “Ting!” pintu lift terbuka, dia
menuju ke tingkat yang teratas sekali. Sebatang rokok dicapai dan dinyalakan.
Jamal berdiri di puncak bangunan itu. Dia menghembus asap rokok buat kali yang terakhir dan menutup
matanya.
“Maafkan bie sayang, nantikan kedatangan bie disana…”
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment