Advertisement

Advertisement

Sunday, October 8, 2017

[FIKSYEN SERAM]: Mak Mon (Bahagian |)

Kisah ni bermula ketika aku baru sahaja menamatkan pengajian aku di salah sebuah unversiti tempatan, tapi belum official lagilah. Sekarang ni pon tengah tunggu result. Mudah-mudahan aku result aku pass. Sepanjang 4 tahun pengajian ni, aku dapat kira berapa kali je aku balik ke kampung. Maklumlah, keluarga aku bukan orang senang. Aku malas nak tambah beban orang tua aku, cukuplah depa hantar aku ke sini masa memula masuk ke sini, bagi duit bulan-bulan. Naik flight pun bukan murah-murah, kalau setahun sekali takpe la kot. Kalau setiap kali cuti semester balik ke kampung, kos yang agak tinggi juga. Lebih baik aku cari part-time sementara cuti, ade juga duit poket aku. Boleh katakan macam tulah life aku sepanjang bergelar student ni, tapi alhamdulillah tak terasa masa yang berlalu. Aku pun dah sampai ke kemuncaknya. Lepas dah habis jawab untuk last paper tu, aku rase nak melompat pon ade! Excited sangat, rindu dengan family aku, rindu dengan kampung aku. Malam lepas exam tu, aku siap-siap packing barang-barang. Tiket aku dah booking sebulan lebih awal. Excited kot. Haha.


Dijadikan cerita, sebelum naik flight tu, aku bagitahu dengan ibu dan ayah “Ibu, Adam tak dapat balik. Ade kerja kena buat, nanti bila kerja semua dah selesai, Adam balik ye. Kirim salam dengan Ayah” “Yeke, ibu dengar kawan-kawan kamu yang lain semua dah balik ke kampung. Kamu tak cuti ke? Balik lah nak, dah lama kamu tak balik ke kampung. Ibu rindu” Saje nak bagi surprise dengan Ibu, tapi bila dengar ibu cakap macam tu, rase tak sedap hati pula. Takpelah, tipu sunat je. Hehe. Sebaik masuk ke dalam flight, aku pun cari seat dan duduk bersebelahan dengan tingkap. Sambil-sambil menunggu flight berlepas, aku cocok earphone dekat telinga aku, layan lagu kegemaran.   Setengah jam kemudian, flight pun bergerak terbang… sedang-sedang layan lagu tu, tetibe aku teringat dengan kisah aku masa bebudak dulu. Aku dengan member sekampung memang suka merayau g rumah Mak Mon. Halaman rumah dia memang luas, sesuai sangat bagi kami membuat aktiviti petang, main basikal lah, main bola, main guli. Mak Mon sikit pun tak marah dengan kitaorang masa tu. Aku pun tertanya-tanya juga, kenapalah Mak Mon tak kawen-kawen lagi sampai sekarang?

Dulu Mak Mon ade sorang suami, tapi aku jarang benor nampak suami dia ade dekat rumah. Dengar-dengar cerita, depa kahwin sebab pilihan keluarga. Mak aku pun selalu larang aku pergi ke rumah Mak Mon, taktau kenapa. “Adam! Ibu dah berapa kali pesankan? Jangan main dekat rumah Mak Mon. Ayah pon dah berapa kali pesan benda yang sama. Eee! Budak ni, nanti kalau jadi apa-apa macam mana?” Aku pon rase hairan masa tu. Jadi apa-apa yang macam mana? Aku tengok Mak Mon tu baik orangnya. Bukan Jahat, sekali pun tak pernah tengking kami kalau main dekat halaman rumahnya. Bebudak kan, kalau larang sekali memang tak dengar punya, lagi-lagi kalau member ajak pergi bermain. Bebudak kunyit je yang tak keluar rumah, aku kalau sehari tak keluar rumah rase nak demam! Kalau pengalaman kena tibai dengan ayah, dah banyak kali kena tapi tak serik-serik juga. Alhamdulillah, hasil didikan Ayah dan Ibu itulah buat aku jadi manusia. Pernah sekali, masa tu kitaorang berkumpul di pondok sawah, bercerita mengenai Mak Mon “Abah aku cakap, Mak Mon tu ade bela saka! Tu pasal lah laki dia lari dari rumah tu” “A’ah Abah aku pun cakap benda yang sama. Eee! Seriau aku bila dapat tahu benda ni” “Tapi… Bukan ker orang bela saka ni jahat? Korang perasan tak setiap kali kita memain dekat halaman rumah Mak Mon, dia sikit pon tak marah. Senyum lagi ade” “A’ah, betul juga tu! Aku rase mak ayah kita saje bagi kita takut supaya kita semua tak main lagi dekat situ”


Kekadang tu, bila kengkawan aku tak boleh keluar rumah. Aku sorang-sorang je naik basikal menuju ke rumah Mak Mon. Boleh katakan, aku ni agak rapat juga dengan dia masa kecil dulu. Selalu ikut dia berkebun, bersihkan reban ayam. Pernah sekali tu, aku masuk rumah Mak Mon lepas aku tolong dia bersihkan reban ayam. “Adam tunggu sat, Mak Mon nak buatkan kamu air…”  Aku pun duduk lah diruang tamu sementara tunggu dia siap buat air. Rumah Mak Mon takdelah besar mana, rumah kampung kan. Ade 2 bilik tidur, ruang tamu, dan sebuah dapur yang berdekatan dengan ruang tamu. Tandas ade dekat bawah. Macam tu lah kehidupan Mak Mon sejak bergelar janda, duk sorang-sorang dekat umah. Anak pon takde, suami pula lari.    Aku pun hairan, lama bebenor Mak Mon buat air ni? kalau lama sangat, aku nak balik. Kang tak pasal-pasal ayah cari aku ke sini. Aku pun bergerak perlahan-lahan menuju ke ruangan dapur, untuk melihat Mak Mon. “Tunggu kejap, aku ade tetamu ni. Malam nanti aku bagi kau makan…” kedengaran suara Mak Mon sedang berbisik-bisik dengan seseorang. Part yang tu je yang jelas aku dengar. Dia cakap dengan siapa ek? Mak Mon menoleh ke belakang “Eh Adam? Mak Mon minta maaf ye sebab lambat! Jom kita ke ruang tamu. Kita minum petang sama-sama” Terniat juga nak tanya pasal benda tu, tapi aku pun malas nak cakap panjang. Mak Mon ni kalau tanya sepatah, dia jawab sepuluh. Hari pun nak dekat-dekat maghrib. lepas minum-minum tu aku pun minta izinlah dengan dia nak balik. “Mak Mon, esok jela saya ke sini ye. Hari pun lewat petang dah ni, nanti ayah marah pula” “Eh yeke, awal kamu balik. Tak kesian ke dengan Mak Mon? hehe. Yela, elok-elok balik. Kirim salam dengan Ibu dan ayah kamu”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *