Sehinggalah kini, belum ade kepastian mengenai hal
ini. sejak kitaorang dah beso panjang, masing-masing buat hal. Bukanlah bermaksud
ikatan persahabatan tu putus, Cuma kitaorang busy dengan hal masing-masing. Ade
yang dah keje, ade yang tengah sambung study, jadi kalau nak jumpa tu pun
setahun sekali rasenya. Alahai, nostalgik nyer bila ingat kisah-kisah kitorang
dulu… beberapa jam selepas penerbangan,
aku akhirnya sampai ke airport. Lepas dah ambik luggage, aku pun bergerak menuju
ke keluar untuk ambik teksi menuju ke stesen bas. Alahai, jauh lagi perjalanan
aku ke kampung… lebih kurang 5 minit
macam tu, aku pun sampai ke stesen bas. Lepas beli tiket, aku stay kejap beli
makanan sikit untuk alas perut. “Dam! Ya Allah! Dah lama tak nampak kau. Balik
ke?” Tak sangka, dekat stesen bas ni aku terjumpa dengan kawan lama. Haha “Weyh
Bob! Aduh dah lama tak jumpe ek? Siap pakai necktie lagi kau ye. Apa citer?”
“Aku kerja dekat-dekat sini je. Takdelah hebat sangat kerja aku, budak-budak
opis je” “Alhamdulillah Bob. Kau patut bersyukur tau, ni kau bila balik
kampung? Banyak benda kita nak story-story ni. Member kita semua dah ade kat
kampung” “Inn sha allah Man, kalau takde halangan. Minggu depan aku balik” “Oh,
yela-yela. Bak sini number kau. Aku nak save, sejak kita berpecah ni semua lost
contact. Kau ade facebook pun bukan reti nak balas chat aku! Hawau betul!” Lepas dah borak-borak panjang, Bob pun blah
dari sini. Kebetulan dia ke sini nak beli tiket untuk adik dia. Untung si Bob,
rezeki dia datang lebih awal.
Tak lama selepas tu, aku pun masuk ke dalam bas untuk
bertolak menuju ke kampung. Tengok jam dekat-dekat waktu asar, perjalanan ke
pekan pun makan masa 2 jam lebih macam tu. Jawabnye, memang dekat-dekat
maghriblah aku sampai ke kampung. Aku pun tidurlah dekat seat aku, rase penat
dan mengantok sangat… Dalam tak sedar,
aku pun terjaga. Akhirnya, aku tiba di stesen bas *****. It’s good to be back!
rindu nyer pekan ni! Dah lama aku tak jejalan dekat sini. “Man! Kamu ke tu?
Sini!” Aik, siapa pula yang memekik ni? Macam kenal? Aku ambik bagasi aku
sambil tengok keadaan sekeliling. Pak Rahim rupanya! “Eh! Pak Rahim! Dah lama
tak jumpe” Aku pun salam dengan dia…
“Kamu ni dari mana? Dah lama pakcik tak nampak kamu. Dah habis belajar?”
“Syukur Alhamdulillah, dah habis. Tunggu result je lagi, Pak Rahim sehat?”
“Alhamdulillah. Baguslah, pakcik sehat. Kamu nak balik ke kampung ke? Mai lah
tumpang pakcik. Kebetulan pakcik pun baru beli barang-barang dekat kedai depan
tu…” Selamat duit tambang aku, kalau
takde Pak Rahim memang naik teksilah jawabnyer.
Kalau dari pekan ni menuju ke kampung aku takdelah
jauh sangat, dalam 10 minit macam tu sampailah. Simpang masuk ke kampung tu
agak jauh sikit, kena lalu sawah, ladang sawit, lalu kampung-kampung lain lagi
dan baru lah sampai ke kampung aku. Sepanjang perjalanan tu, Pak Rahim tak
putus-putus cerita. Ade je benda dia nak cerita, dia ni memang peramah
orangnya. Walaupun agak kekok juga mase memula jumpe tadi. Alhamdulillah, dalam
tak sedar kitaorang pun sampai ke kampung. Ya Allah, rindunye kampung halaman
aku! “Adam, pakcik nak singgah kejap dekat warung tu nak hantar barang. Kamu
tunggu kejap dekat keta ni” “Oh yeke. Yela pak Rahim…” Warung makan tu terletak
berhadapan dengan rumah Mak Mon. Tapi rumah Mak Mon tu jauh sikit, kena masuk
satu simpang kecil lagi. Dekat depan ni kebun pisang dia. Aku toleh ke warung
masa tu, memang ramai orang tengah ngeteh dekat situ. Rase segan pulak nak
keluar. Lepas tu aku toleh ke sebelah kiri, terlihat dari jauh, rumah Mak Mon.
Alahai, rindunye tempat tu. Ape lah khabar Mak Mon sekarang. Mak Mon sebaya
dengan ibu, Cuma orang-orang kampung selalu pinggirkan dia atas alasan Mak Mon
pandai guna ilmu hitam. Kesian juga dekat dia.
Tetibe aku nampak macam ade seseorang sedang menebas
pohon pisang tu. Eh? Sapa pulak tu? Aku perhati dari jauh, dari gaya dan cara
bergerak tu macam kenal? Mak Mon rasenye! Baru nak turun jumpe dia, Pak Rahim
pula masuk kereta… “Dah lama tunggu?
Jom Pak Rahim hantar kamu, kejap lagi nak masuk maghrib dah ni!” Kami pun
bergerak menuju ke rumah ayah. Rase berdebar juga nak jumpa Ibu dan ayah. Kang
tak pasal-pasal aku kena cepuk, balik pun tak bagitahu… Home Sweet Home! Alahai rindunyer! “Terima
kasih Pak Rahim sebab hantar ke rumah” “Sama-sama, takpe kebetulan tadi kita
jumpa. Kirim salam dengan ayah kamu. Pakcik nak cepat ni, nak ke surau” Aku pun
berjalan menuju ke teratak ibu dan ayah bersama bagasi aku. “Assalammualaikum!
Ibu! Ayah! Adam balik ni…
Assalammualaikum!” “Walaikumsalam… Eh Adam! Kenapa lah balik tak telefon
ibu?” “Walaikumsalam, siapa tu sayang?” “Ni Adam, balik tak bagitahu pun!”
“Astagfirullah Al-Adzim! Kau ni dah kenapa Adam? Buang tebiat ke?” Aku dah
agak, mesti ibu dengan ayah marah. Haha. Belum sempat aku salam, Ibu dengan
ayah peluk aku. Allahu, sentap pula aku. Setelah berhempas pulas untuk
menamatkan pengajian, aku akhirnya balik ke pangkuan mereka…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment