Argghhhh! Stress sangat! Aku berjalan, memikirkan
masalah dan tekanan kerja.. Kerja tak pandai habis-habis, bos aku ni memang tak
faham langsung dengan perasaan majikan dia. Kalau OT seminggu sekali takpelah
kot, ini kalau sampai 2 ke 3 kali siapa tak mengamuk! Memang betul lah dapat
gaji lebih, tapi kalau dah bertahun buat benda yang sama, siapa yang tak stress
kan? Dah dekat 3 tahun aku kerja dekat situ, aku bertahan pun sebab family aku.
Kalau tak, dah lama aku resign. Aku baru je berpindah ke sebuah rumah sewa
beberapa hari yang lalu, berdekatan tempat tinggal aku dulu. Sebelum ni aku pun
memang tinggal di sebuah rumah sewa dengan rakan-rakan sekerja aku, tapi
memandangkan hanya berbaki sebulan lebih sahaja lagi bagi aku untuk menamatkan
zaman bujang, aku membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sewa yang baru.
Rumah sewa aku ni pun takdelah besar mana, tapi sesuai lah untuk aku dan bakal
isteri untuk tinggal dekat sini. Nak kata murah, takdelah murah sangat. Tapi
aku rase aku mampu dan lagi satu dekat dengan opis aku, jadi takdelah nak
berulang alik lagi naik kereta, jimat juga wang saku aku.
“Kurrr… Kurrr… Kurrr”
*Bunyi burung hantu
Aku tengok jam tangan, pukul 9 malam. Esok kena datang
awal lagi ke opis. Stress! “Kring… Kring… Kring…” Aik sapa pula call aku ni? Aku
tengok henfon, tunang aku kol… “Hello, awak kat mana? Belum balik lagi ke?”
“On The Way nak balik lah ni. Napa wak?” “Takde, saja tanya. Nanti sampai rumah
jangan lupa makan, solat. Nanti call saya tau?” “Ye. Nanti dah sampai, saya kol
awak…” Aku matikan henfon sambil meneruskan perjalanan. Rase penat pula
berjalan ni, rumah aku pun dekat tingkat 3. Hmmm… Perumahan ni agak sunyi sedikit, yela memandangkan
bangunan ini baru sahaja dibina dan masih ramai pemilik rumah dekat sini yang
belum berpindah. Aku pun teringin juga nak beli rumah dekat sini, tapi sedikit
terlambat. Semua dah berpunya, biasalah kalau dekat dengan bandar ni. Takpelah
bukan rezeki.
“Hihihi… Hihihi… Marilah main sama!” “Yahoo! Nak naik
lagi sekali!” *Kedengaran suara
kanak-kanak sedang bermain…
Eh? Dari mana pula suara bebudak ni? Kebetulan ketika
aku sedang berjalan untuk menuju ke rumah sewa aku, disebelah kanan aku ade sebuah
taman permainan. Seingat aku lah semasa mula-mula pindah ke sini, taman permainan
tu belum siap sepenuhnya. Lampu belum ade, lalang dekat situ pun tinggi-tinggi,
senang cerita masih ‘under construction’. Fasiliti-fasiliti dekat perumahan ni
pun masih banyak lagi yang belum ade...
Aku berjalan, selangkah demi
selangkah memerhatikan kanak-kanak itu bermain dengan riang sekali ditemani
oleh ibu dan ayah mereka. Cahaya lampu terang benderang! Meriah sakan! Aku
terkesima, seakan-akan tak mempercayai dengan apa yang aku lihat dihadapan mata
ku. Aku berhenti seketika dan duduk di sebuah kerusi di taman itu sambil
menyaksikan mereka bermain-main. Terleka seketika, seakan-akan tak percaya bila
melihat kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan ini sedang bermain-main
pada waktu-waktu begini.
“Baru balik kerja ke?” Salah seorang ayah kepada kanak-kanak
itu menegur ku dan duduk bersebelahan ku. “Ye. Hehe. Tak sangka ye, ramai pula
bebudak bermain-main dekat taman ni” “A’ah. Anak saya pun ade dekat buaian tu
tengah main-main… kamu orang baru dekat sini?” “Ye. Baru je duduk dekat sini.
Kebetulan saya pun lalu dekat sini, nampak bebudak ni tengah main-main, rase
best pula!” “Yeke. Hehe. Mungkin kamu tak perasan, bebudak dekat sini memang
dah selalu main dekat taman ni setiap malam…”
Biar betul? Aku pun macam tak cayer je. Mungkin betul jugalah apa yang
brader ni cakap, aku pun baru lagi dekat sini. Keluar rumah pun jarang… Dalam tak sedar, aku tengok jam dah dekat
pukul 10 malam. “Brader, saya naik dulu
lah. Nanti ade masa saya datang sini…” aku pun beredar dari taman permainan tu dan
naik ke atas… Lepas dah siap mandi,
solat dan makan, aku pun berehat seketika di ruang tamu sambil layan TV…
“Weyh! Tunggulah!” “Asyik-asyik kau je main gelongsor
tu! Bagi lah aku main lagi!”
“Tap! Tap! Tap!” *Bunyi tapak kaki sedang berlari...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment