Pernah dengar “Momo challenge”? iya atau tidak, mari kita berkenalan dan mengetahui serba sedikit mengenai permainan yang menyeramkan ini!
Secara ringkasnya, “Momo challenge” ini adalah sejenis permainan viral yang menyeramkan lalu tular dan melonjak naik di laman-laman media sosial yang ada (facebook, youtube etc).
Lebih tepat untuk kita fahami, “Momo challenge” adalah sejenis game viral yang dikongsi melalui aplikasi “whatsapp”. Asal usul game ini bermula daripada luar negara dan secara tidak langsung menjadi “worldwide phenomenon game” selepas beberapa artikel dan berita yang mengaitkan tentang bahayanya "prank game" ini.
"Part" yang menakutkan dan menyeramkan dalam “Momo challenge” ini adalah, hantu “Momo” akan memberikan beberapa "challenge" tertentu (aksi-aksi yang menakutkan) kepada mangsanya untuk diselesaikan, seperti aksi mencederakan orang, mencedarakan diri sendiri, bahkan "task" untuk membunuh diri juga terdapat dalam "challenge" ini! sangat ekstrim! Mangsa yang menjadi sasaran utama hantu “Momo” adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan golongan yang baru menjangkau remaja (easy target).
Namun apa yang menjadi tanda tanya, siapakah hantu “Momo”? adakah ianya berunsur “prank” semata-mata? apakah benar urban lagenda ini? Sehingga kini tidak ada sesiapapun yang tahu akan kewujudan si “sycophant” siber ini dan apakah tujuannya.
“THE MOMO CHALLENGE IS A BIT MORE EXTREME RATHER THAN URBAN LEGEND. IT IS A PANIC POINT THAT TURN FEARS OF MYTH INTO REALITY”
Taktik ini agak “familiar” bagi kita. Akan ada seseorang yang akan menghantar pesanan ringkas kepada mangsa melalui aplikasi “whatsapp” menggelar dirinya sebagai “Momo” lalu meminta dan meyakinkan mangsa untuk menghubunginya. Mangsa akan diberikan beberapa tugasan ngeri untuk dilakukan dan sekiranya mangsa coba untuk melawan atau menolak, mereka ini akan diberikan ancaman “Threats”, pesanan ringkas “Message” yang menakutkan beserta gambar ngeri melalui “whatsapp”. eg: "You will be cursed and die! etc" Doesnt it make sense right?, then why you should believe it?
Menurut beberapa orang pakar yang mengkaji dan meneliti mengenai “urban legend” ini, menyatakan bahawa fenomena ini dikatogerikan sebagai “Moral panic” atau “Panic point” (sejenis perasaan takut yang disebarkan seperti diancaman/diugut). kanak-kanak tidak mempunyai tahap pemikiran dan kebolehan untuk menilai sesuatu perkara dengan teliti. Thats why they are became the main target of this pranks.
sekitar september 2018, setiap nombor-nombor yang dipercayai adalah hantu “Momo” telah hilang dan tidak lagi boleh dihubungi (out-of-service) dan “Momo” akhirnya menghilangkan diri…
Sungguhpun fenomena seram ini sudah agak-agak samar, tahun 2019 ini pula si “Momo” dikhabarkan kembali untuk mencari mangsa seterusnya! Beberapa artikel seperti M star, The Star news (Malaysia) dan beberapa artikel lain (luar negara) turut menyebarkan berita mengenainya.
sumber berita daripada mstar online |
“Momo challenge” tersebar dengan begitu pantas dan meluas di seluruh dunia. Kita seharusnya bersyukur, sungguhpun kehadiran “Momo” ini menjadi satu urban lagenda di seluruh dunia, namun belum ada lagi kes-kes yang diakibatkan oleh “prankster” ini yang berlaku di negara kita.
WAJAH DAN FIGURA MOMO
figura "mother bird" |
Look very creepy right? Sebenarnya, wajah dan figura "Momo" ini adalah satu hasil buatan daripada "Japanese special effect company" (Link Factory). Nama sebenar "masterpiece" (sculpture) ini adalah "Mother Bird" yang telah dipamerkan di sebuah galeri seni di Tokyo (Vanilla gallery).
Pada awalnya, ramai yang menyangka bahawa figura "Momo" ini adalah satu "masterpiece" yang dihasilkan oleh seorang artis seni yang bernama Midori Hayashi, yakni beliau cukup dikenali dalam pembikinan patung-patung "Bizzare" (pelik) yang digabungkan dengan anggota badan haiwan. Pelik bukan? benda-benda yang pelik pun, ramai yang suka. Don't know why...
Sebaik foto "masterpiece" ini tular di laman sosial, ada yang mula mengada-adakan dan memutar belit cerita yang sebenar mengenai foto tersebut, lalu wujudlah hantu "Momo" dalam "Momo challange". Hayashi dan Link Factory menolak dakwaan bahawa pihak mereka terbabit sama dalam permainan "prank" ini.
kongsi kisah seram anda: encikmisteriseram@gmail.com
follow kami di facebook: encikseram
follow kami di insta: encikseram
#encikseram#kisahseram#fiksyenseram#ceritaseram#faktaseram#infoseram
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment