Advertisement

Advertisement

Thursday, July 18, 2019

'THE CONJURING HOUSE' BERTEMU PEMILIK BARU

THE CONJURING HOUSE

Jika anda diberi hanya satu pilihan, beranikah anda untuk menetap di rumah berhantu ini? Lihat daripada rupa bentuk rumah ini sahajapun sudah menakutkan. Apatah lagi untuk mendiami rumah berhantu ini, lebih-lebih lagi pernah terjadinya episod-episod 'supernatural' di rumah ini!

Sebelum itu, siapa diantara anda semua yang masih mengingati filem 'THE COUNJURING'?   Jangan kata anda lupa pula!  Filem 'THE COUNJURING' ini adalah satu kisah benar yang diadaptasikan ke panggung wayang khas untuk tontonan peminat tegar cerita seram.

Mungkin ada dikalangan anda semua yang sudah lupa jalan cerita sebenar kisah ini. Maklumlah, tahun 2013 adalah 'First Release' sekarang sudah tahun 2019! Benda boleh cerita kan?


SERBA SEDIKIT PENGENALAN 'THE CONJURING'

Edward Warren dan Lorraine Rita Warren


 Sepasang suami isteri yang mempunyai kelebihan atau lebih tepatnya, 'specialist' dalam benda-benda mistik. Suami (Edward Warren Miney) atau lebih dikenali sebagai 'Ed' mempunyai kepakaran sebagai 'Paranormal Investigator' , manakala isteri (Lorraine Rita Warren) pakar dalam bidang 'Demonologist' atau lebih senang untuk kita fahami, mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan benda halus.

Sekitar tahun 1970, Ed dan isterinya 'Lorraine' mendapat panggilan untuk datang ke rumah milik sepasang suami isteri (Roger Perron dan Carolyn Perron). Roger bersama isteri dan 5 orang anak perempuannya telah berpindah ke sebuah 'Secluded Farmhouse' (Rumah ladang terpencil) yang terletak di Harrisvile, USA. Rumah itu dipercayai mempunyai semangat 'jahat' dan berlakunya kejadian 'supernatural'.


MARI KITA IMBAS KEMBALI SIAPAKAH 'THE PERRON FAMILY'


Perron's family

'The Perron family telah berpindah ke sebuah rumah ladang terpencil yang terletak di Harrisville, Rhode Island, USA. Pada permulaan keluarga itu berpindah, kejadian-kejadian aneh kerap berlaku. Carolyn merasa sedikit rasa hairan dan aneh  (penyapu hilang atau penyapu itu beralih tempat dengan sendirinya) serta pelbagai lagi kejadian aneh yang lain seperti, bunyi seperti mengikis cerek air di dapur, akan tetapi tiada sesiapapun yang berada di dapur pada ketika itu.

Bermulah kejadian menakutkan, dimana anak-anak mereka sendiri menyedari seakan-akan ada 'entiti' yang berlegar-legar di rumah itu, namun tidak ada sesiapa yang tercedera.

Dengan rasa yang tidak puas hati, Carolyn sendiri menyelidik serba serbih sejarah rumah itu lalu mendapati, rumah itu dahulunya pernah menjadi tempat tinggal oleh keluarga yang sama selama 8 keturunan dan hampir daripada keluarga itu telah mati dalam keadaan yang amat menakutkan. Antaranya, kanak-kanak lemas berhampiran anak sungai, seorang mati dibunuh, dan beberapa orang mati akibat mengantung diri.

Akhirnya kisah sebenar terbongkar. BATHSHEBA SHERMAN adalah pemilik terdahulu rumah berhantu ini sekitar tahun 1800. Dikhabarkan bahawa Bathsheba's ini adalah seorang pengamal ilmu hitam (SATANIST). Ada beberapa siri bukti yang mengesahkan akan kerja terkutuk Bathsheba's yang telah dilakukannya. Kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak , namun tiada perbicaraan yang dilakukan. Suami isteri Perrons percaya bahawa semangat jahat Bathsheba's inilah yang menganggu mereka.

Anak sulung pasangan Perron's (Andrea Perron) yang tinggal di rumah berhantu ini sehingga tahun 1980 masih mengakui akan kehadiran semangat jahat itu masih ada di rumah ini. Andrea melihat sendiri ibunya (Carolyn Perron) bercakap dalam bahasa yang tidak pernah didengarinya dan suara itu sendiri bukan suara ibunya. kerusi ibunya terangakat dengan sendirinya lalu dicampak dengan kuat.



SEPASANG KEKASIH MEMBELI DAN MEMILIKI 'THE CONJURING HOUSE'


PASANGAN KEKASIH PEMILIK 'THE CONJURING HOUSE'


Percaya ataupun tidak, sepasang kekasih (Corry dan Jennifer Heinzen) yang berasal daripada Maine, Mexico telahpun membeli rumah berhantu ini sama sekali menjadi pemilik baru. Namun tidak disangkal lagi, rumah ini diakui berhantu dan disahkan sendiri oleh pasangan kekasih ini.

Dalam beberapa siri temuramah, Cory memberitahu bahawa mereka kerap kali mendengar bunyi derapan tapak kaki, pintu terbuka dengan sendirinya, bunyi ketukan pintu. Cory sendiri mengakui melalui saat-saat yang sangat sukar sejak berpindah ke sana. Bak kata pepatah, 'Bala lalu dibawa singgah'. Dalam banyak-banyak rumah, yang berhantu juga pasangan ini jadikan tempat tinggal.

Menurut pasangan ini, sebaik mendapat tahu bahawa rumah ini dijual secara 'online' dengan tidak semenanya mereka jatuh cinta dengan rumah ini. Menurut mereka lagi, rumah berhantu ini dalam proses renovasi dan bercadang untuk membuka tempat ini secara umum kepada semua. Adakah anda berminat untuk ke rumah berhantu ini? Tepuk dada tanya selera sendiri.


sumber info: rojakdaily.com  housebeautiful.com  wikipedia  allthatsinteresting.com

KONGSI KISAH SERAM ANDA: encikmisteriseram@gmail.com

FOLLOW KAMI DI FACEBOOK: EncikSeram
FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM: encikseram

#encikseram#kisahseram#fiksyenseram#ceritaseram#faktaseram#infoseram


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *