sumber gambar: digitiser2000.com |
Siapa yang tidak kenal dengan rancangan kegemaran kanak-kanak yang begitu ‘famous’ suatu ketika dahulu. Budak-budak yang lahir awal tahun 90-an pasti tahu kan? Tinky winky? Dipsy? Laa Laa? Po? Sebut nama sahaja pun korang dah tahu apa warna-warna makhluk comel ni. Rancangan kegemaran kanak-kanak ini mula ditayangkan di kaca TV pada 31 Mac 1997 sehinggalah Januari 2001 dan mempunyai 365 episod keseluruhannya yang bersiaran selama 24 minit untuk setiap episod.
Kalau korang ‘refresh’ balik, perut makhluk comel ni boleh jadi tv. Lepas tu diorang ni tak pernah pergi ke mana-mana, asyik dekat ‘lala land’ tu je. Takpe nanti kita rungkaikan seketika nanti. Dari beberapa sumber yang berkaitan, mungkin agak memberikan kejutan kepada kita semua. Jadi, benda boleh cerita, kan? Terpulanglah kepada pendapat masing-masing sama ada ingin percaya atau tidak. Min cerita je. Terlebih dahulu min nak minta maaflah kerana telah merosakkan memori zaman kanak-kanak korang.
KISAH DISEBALIK TELETUBBIES
‘Teletubbies’ adalah sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah institusi ‘Mental Disabled’ yang berpangkalan di B*******, namun lokasi sebenar tidak dikenal pasti dan institusi itu hanya dikenali sebagai ‘Lala Land’ . Disini, kanak-kanak malang ini akan dikurung disebuah bilik yang gelap, kosong, sejuk dan tiada ruang pengudaraan yang baik. Mereka dibiarkan dan diabaikan. Hanya sekali sehari sahaja penjaga akan melihat keadaan mereka yang seringkali mendera kanak-kanak itu dan acap kali lupa untuk memberikan mereka makanan.
‘Laa Laa’
sumber gambar: teletubbies.fandom.com |
Salah seorang kanak-kanak malang yang berada disitu adalah Lala yang bermaksud ‘bunga tulip’ . Lala mempunyai paras wajah yang dikategorikan ‘cacat’ . kulit wajahnya kelihatan tegang dan kekal ‘tersenyum’. Sungguhpun sedemikian rupa, Lala juga seperti kanak-kanak normal yang lain. Sehinggalah Lala dikurung disebuah bilik yang sejuk dan dibiarkan bersendirian selama 5 tahun, dan sudah tentu budak malang ini tertekan dan menjadi gila. Lala menari sendirian tanpa muzik, bercakap sendirian. Lala menghabiskan sisa-sisa hidupnya di bilik kosong itu, sehingga kulitnya bertukar menjadi kekuningan disebabkan sinaran matahari. Lala sentiasa tersenyum, tersenyum walaupun dirinya didera oleh penjaga, sehinggakan penjaga itu mematahkan kaki Lala! Mengikatnya di katil. Namun lala masih tersenyum dan berdialog dengan dirinya.
‘Tinky winky’
sumber gambar: teletubbies.fandom.com |
Dikenali sebagai ‘Towotei’ seorang kanak-kanak kecil yang berusia 7 tahun. Sama seperti kanak-kanak yang lain, ‘Towotei’ seorang kanak-kanak yang bisu dan sama seperti ‘Lala’ yang mempunyai kecacatan muka, memaksa ekpresi mukanya untuk senyum. “Towotei’ sering menghentak kepalanya di dinding dengan kuat sekali. Disebabkan itu, penjaga disitu mengikat ‘Towotei’ di luar, pada pagar. Dia dibiarkan sendirian disitu terlalu kerap, sehinggalah ‘Towotei’ terkena ‘frostbite’ tubuhnya kekal berwarna kebiru-biruan dan kekal, namun ajaibnya budak malang ini masih terselamat. Sungguhpun ‘Towotei’ tersiksa, kesejukan, senyuman tetap terukir diwajahnya walaupun penjaga itu memecahkan giginya sehingga patah.
‘Dipsy’
‘Donka’ dilahirkan dalam serba kekurangan, sama seperti yang lain. ‘Donka’ tidak boleh bertutur kerana dia tidak pernah diajar untuk bercakap! Berumur 6 tahun dan menghidap penyakit kronik. Sisa hidupnya dihabiskan dengan kelaparan, disebabkan dia sendiri membuang apa sahaja makanan yang diberikan kepadanya. Dia sangat lemah dan menyukarkan dirinya untuk berjalan. Penjaga-penjaga di institusi itu sekali pun tidak pernah membawanya kepada doktor tentang penyakit yang dihidapinya, malah membiarkan ‘Donka’ begitu sahaja. ‘Donka’ menghabiskan sehari-harian menghadap muntahnya sehinggalah kering dengan sendirinya. Bukan itu sahaja, malahan dia juga turut diseksa, dihumban ke katilnya acap kali sehinggalah leher dan perutnya merasa sakit.
‘Po’
sumber gambar: teletubbies.fandom.com |
‘Polina’ antara kanak-kanak yang paling muda sekali antara mereka berempat. Sejak berumur 3 tahun, ‘Polina’ menghabiskan sisa hidupnya berada di dalam institusi kejam ini. Ibu dan ayahnya terkejut sebaik melihat bayi mereka yang baru lahir, mempunyai kecacatan pada muka yang membuatkan ekspresi wajahnya sentiasa tersenyum. Entah bagaimana, ‘Polina’ terlepas daripada institusi itu dan telah tertidur berhampiran susunan kayu api. Pada malam di musim sejuk itu, seorang lelaki yang mabuk tanpa tersengaja telah melempar ‘Polina’ ke dalam timbunan bara api itu tanpa menyedari sedikitpun bahawa apa yang telah dilemparnya itu adalah seorang kanak-kanak kecil, bukan sebatang kayu. ‘Polina’ bangkit daripada tidur, merasakan dirinya kepanasan dan kesakitan. Dia menjerit kesakitan, kulitnya terbakar! ‘Polina’ menjerit kesakitan dan disedari oleh lelaki itu lalu menariknya keluar dari timbunan bara api itu. Ajaibnya, ‘Polina’ terselamat’ tetapi kulitnya terbakar dan berwana kemerah-merahan. Tetapi, dia tetap tersenyum.
KONSPIRASI
sumber gambar: youtube.com |
Berlaku pada tahun 1995, mungkin sudah menjadi satu berita hangat di seluruh dunia. Tetapi kerajaan B******* sangat berhati-hati dan berusaha sedaya upaya untuk menutup konspirasi ini supaya tidak ada sesiapapun yang tahu dimana keberadaan institusi kejam itu.
“Caj bekalan tenaga bekalan elektrik untuk televisyen-televisyen semakin mahal, buang televisyen itu” kata pengarah institusi itu, tanpa menyedari bahawa kanak-kanak malang itu mengerti apa yang diperkatakan olehnya sungguhpun mereka tidak pernah diajar untuk bertutur. Mereka bertentangan mata antara satu sama lain. Apa lagi yang mereka boleh lakukan tanpa 'Magic box' itu?
Tanpa diketahui oleh penjaga, mereka telah merancang. Mereka akan menyembunyikan televisyen tersebut walau apa cara sekalipun!
Tanpa diketahui oleh penjaga, mereka telah merancang. Mereka akan menyembunyikan televisyen tersebut walau apa cara sekalipun!
Pada malam itu, semua penjaga telah pulang. Manakala kanak-kanak yang lain tidur di bilik yang sama dan dikunci disebuah ruang bilik konkrit yang tidak bertingkap. Tanpa mempedulikan kanak-kanak yang lain, Polina, Donka, Lala dan Towotei perlahan-lahan mengangkat 4 biji televisyen itu dan apa yang perlu mereka lakukan adalah untuk menyembunyikan ‘magic box’ itu. Tapi bagaimana?
Mereka ketakutan dan sangat tertekan! Mereka tidak punya upaya untuk menyembunyikan televisyen-televisyen tersebut. Mereka semua tidak mampu untuk memanjat tingkap itu, mereka cuma kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa!
Timbul idea daripada ‘Donka’ sambil memberikan isyarat, jari telunjuknya yang kehijau-hijauan itu dijolok ke dalam mulutnya. Mereka berniat untuk menelan televisyen itu. Tetapi televisyen itu terlalu besar, bagaimana untuk mereka menelannya?
Dengan tidak semena-mena, Mereka mencakar-cakar perut mereka, sehingga terkoyak, bagi memuatkan televisyen itu diperut mereka!
Dengan tidak semena-mena, Mereka mencakar-cakar perut mereka, sehingga terkoyak, bagi memuatkan televisyen itu diperut mereka!
Keesokan harinya, satu tragedi ngeri telah terjadi di bilik itu. Darah berteraburan, terpercik diserata bilik itu. kanak-kanak yang lain menangis, meraung seperti biasa. Tetapi tidak lagi bagi 4 kanak-kanak malang itu.
Televisyen-televisyen tersebut dengan darah yang telah dimasukkan ke dalam perut mereka yang terkoyak. organ-organ dalaman mereka juga terkeluar dari tubuh kecil kanak-kanak malang itu. Mata mereka putih, tiada mata hitam. Namun sehingga mati, mereka tetap tersenyum!
Televisyen-televisyen tersebut dengan darah yang telah dimasukkan ke dalam perut mereka yang terkoyak. organ-organ dalaman mereka juga terkeluar dari tubuh kecil kanak-kanak malang itu. Mata mereka putih, tiada mata hitam. Namun sehingga mati, mereka tetap tersenyum!
KONTROVERSI
Ada yang mendakwa bahawa 'Teletubbies' ini diterbitkan untuk pihak-pihak berkepentingan, iaitu mempromosikan golongan 'gay' dan 'homoseksual' dalam karakter 'Tinky Winky'.
Jaga hati, jaga diri, jaga-jaga jangan terlalu percaya!
FOLLOW KAMI DI FACEBOOK: EncikSeram
FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM: encikseram
FOLLOW KAMI DI BLOGGER: encikseram.blogspot.com
#encikseram#kisahseram#fiksyenseram#ceritaseram#infoseram#faktaseram#klipseram
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment