Advertisement

Advertisement

Tuesday, August 29, 2017

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SANTAU?

Adakah anda tahu maksud 'Santau'? .  secara umumnya, santau adalah sejenis sihir yang digunakan bagi memudaratkan seseorang. Amalan ini menggunakan bahan-bahan tertentu dan jampi serapah bagi memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan beserta jampi. lebih kurang macam melakukan pemujaan.

untuk pengetahuan kita semua, santau ini adalah satu amalan yang boleh membawa maut kepada seseorang. dalam sesetengah kes, pesakit akan menghidapi dan menderita pelbagai penyakit dan kesakitan yang berpanjangan, seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang kuat, kerosakan jantung, kerosakan paru-paru, dan gangguan emosi. cuba anda bayangkan, kesan daripada santau ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian.

Untuk pengetahuan kita juga, santau ini boleh dilepaskan secara terbuka (kebiasaannya di khalayak ramai). bermaksud dalam keadaan yang begitu, sesiapa sahaja boleh terkena dengan santau. kebiasannya, santau ini digunakan oleh orang tertentu bagi menjatuhkan sesiapa sahaja yang dibencinya. Ada dalam sesetengah kes, santau digunakan bagi menghancurkan rumah tangga. 

JENIS-JENIS SANTAU
1. SANTAU MAKANAN DAN MINUMAN:
Bahan-bahan santau dimasukkan kedalam makanan samada dari segi zahir dan batin dengan bantuan jin, lalu sesiapa sahaja yang termakan atau terminum akan terkena racun santau tadi.


2. SANTAU ANGIN
santau angin ini tidak memerlukan pengamal menggunakan makanan atau minuman. ramuan dan jampi untuk membuat santau sahaja yang diperlukan oleh pengamal. santau ini akan dihantar oleh jin angin terus kepada penerima. kebiasaannya, santau ini akan masuk melalui perut atau dada dengan bantuan jin.


3. SANTAU TUJU
santau tuju kebiasaannya akan dilakukan selepas waktu tengah malam, dengan melakukan pemujaan terhadap barang peribadi mangsa seperti gambar, rambut, dan lain-lain.santau ini dikatakan antara santau yang terkuat dan boleh membunuh penerima dengan serta merta/penyakit parah dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal sihir bertaraf tinggi. 



4. SANTAU BATUK
santau ini kadangkala tidak memberikan kesan yang serius kepada pesakit dan harapan untuk sembuh masih tinggi dengan membuat rawatan dan perubatan islam. kebiasannya, mangsa akan mengalami batuk yang berterusan tetapi tidak memudaratkan. mungkin disebabkan oleh jampi dan ramuan yang tidak mengikut kehendak jin dan syaitan.


5. SANTAU LANGKAH
santau ini biasanya dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan bahan sihir atau bahan lain seperti syiling, logam kecil yang telah dibacakan manteranya. kebiasannya, santau langkah ini akan diletakkan di bawah tangga, pintu pagar rumah, pintu pejabat. Mangsa yang terkena akan menerima kesannya seperti santau angin.


p/s: ingatlah, santau ini merupakan suatu amalan yang sangat dimurkai oleh Allah SWT. apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pemujaan jin dan syaitan sememangnya dilaknat olehNya. #cerita selanjutnya akan bersambung...

1 comment:

  1. MOHON BANTU RAKYAT MSIA
    Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *