Seminggu berlalu, namun Haziq dan Aiman masih
tertanya-tanya dengan peristiwa yang berlaku pada malam itu. Haziq merasakan
wanita itu ialah cikgu Suraya, namun bukti untuk menyatakan wanita itu adalah
cikgunya masih tercari-cari. Semenjak kejadian, Haziq dan Aiman seringkali
merasa takut setiap kali mereka melalui pondok di sawah padi tu pada waktu
malam. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa melalui jalan itu kerana itu sahaja
satu-satunya jalan untuk menuju ke rumah Haji Ayup. Seperti biasa, hari
persekolahan berjalan dengan lancar. Haziq dan rakan-rakannya yang lain sedang
berada di kelas. Keadaan yang riuh rendah sememangnya perkara biasa semasa sesi
persekolahan tambahan lagi jika guru lewat masuk ke kelas untuk mengajar. Pada
waktu ini, cikgu Suraya akan mengajar mereka. Haziq dan rakan sekelasnya
ternanti-nanti kehadiran cikgu mereka. “Manalah cikgu Suraya ni. Dah dekat
setengah jam, belum lagi masuk kelas”, kata Aiman kepada Haziq. “Eleh, cakaplah rindu. Bukan kau ke yang
selalu paling happy kalau cikgu tak masuk kelas?”, Balas Haziq sambil
tertawa. Beberapa ketika kemudian, kelibat cikgu Suraya kelihatan berjalan
sambil menaiki tangga sambil menuju ke kelas mereka. Haziq dan rakan-rakannya
kembali semula ke tempat duduk masing-masing dan keadaan mulai senyap.
Setibanya cikgu Suraya di kelas itu, Haziq mengarahkan rakan-rakannya untuk
berdiri dan berucap, “selamat pagi cikgu!”.
“Selamat pagi murid-murid, duduk”, balas cikgu Suraya. Haziq merasa hairan bila
melihat cikgunya. Cikgu Suraya kelihatan seperti baru menangis dan tidak
bercakap walau sepatah.
Beliau hanya berdiri sambil menulis beberapa soalan di
papan hitam. “Baiklah murid-murid,
tolong jawab soalan ini”, kata cikgu Suraya dengan nada yang sedih. Haziq
dan rakan-rakannya yang lain hanya terdiam dan masing-masing menulis dan soalan
yang diberikan oleh cikgu mereka. Dalam keadaan yang sunyi sepi, tiba-tiba
cikgu Suraya bertanya kepada murid-muridnya. “Malam ni cikgu nak buat kelas tuisyen. Nak datang tak?. Hehe”,
cikgu Suraya bertanya kepada murid-murid sambil tersenyum. Haziq merasa pelik.
Ekspresi wajah cikgunya tiba-tiba sahaja berubah. Dari sedih menjadi ceria. “Saya cikgu!, saya cikgu!”, kata
rakan-rakan sekelas Haziq sambil mengangkat tangan mereka ke atas. Haziq
merasakan rakan-rakannya yang lain tidak perasan dengan tingkah laku dan raut
wajah cikgu Suraya yang berubah-ubah. Haziq hanya mendiamkan diri dan
meneruskan kerjanya. “Kamu taknak pergi
ke ziq?”, Aiman bertanya kepada rakannya. Haziq hanya mengangguk menandakan
tanda setuju dan hanya mendiamkan diri sambil membuat kerja. “Ok baiklah, kalau semua sudah setuju, malam
ni selepas selesai solat isyak kamu datang rumah cikgu ye”, kata cikgu
Suraya. Kelihatan, cikgu Azman sedang berdiri menghadap ke belakang pintu kelas
itu sambil melihat keadaan sekeliling sekolah. “Ok baiklah, sampai di sini sahaja kelas pada hari ini. Jangan lupa
malam ni tau. Hehe”, cikgu Suraya memaklumkan kepada anak muridnya. Cikgu
Suraya kemudian berlalu keluar daripada kelas. Kelihatan, cikgu Suraya sedang
berbisik sesuatu kepada cikgu Azman. Raut wajah cikgu Azman kelihatan begitu “excited” sekali seakan-akan ada sesuatu
yang menggembirakan hatinya selepas cikgu Suraya berbisik kepada beliau.
Selepas selesai sahaja mereka berbual-bual, cikgu Azman kemudian masuk ke dalam
kelas.
“Selamat pagi murid-murid”,
kata cikgu Azman dengan wajah yang begitu ceria seperti dilamun cinta. Haziq
mengarahkan rakan-rakannya untuk berdiri. “Selamat
pagi cikgu!”, ucap Haziq dan rakan-rakannya. “Oh, malam ni cikgu Suraya buat kelas malam ye?. Patutlah anak-anak
murid cikgu ni semuanya senyum-senyum lebar. Hehe”, kata cikgu Azman kepada
murid-muridnya. “Ya cikgu!”, balas anak-anak muridnya. Bersambung….
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment