Advertisement

Advertisement

Thursday, August 31, 2017

CIKGU SURAYA EPISOD 9

Mereka semua berketawa. Aiman kemudian membalas kata-kata cikgunya, “Eleh cikgu cemburukan?. Hehe”. Cikgu Azman tergelak dengan kata-kata Aiman. “Takde maknanya nak cemburu. Malam ni lepas korang habis kelas tambahan, cikgu nak dating dengan cikgu Suraya”, balas cikgu Azman. Anak-anak muridnya ketawa sambil memperli gurunya. Kelihatan Haziq hanya mendiamkan diri. Haziq dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cikgu Suraya. Kelas cikgu Azman berjalan dengan lancar begitu juga dengan waktu-waktu kelas mereka yang lain, sehinggalah sesi persekolahan tamat pada hari ini. Haziq dan Aiman berjalan kaki pulang menuju ke rumah. Aiman merasa hairan dengan sahabatnya yang diam tanpa berkata apa-apa. “Kau ok ke ziq?. Dari tadi diam je. Kau ada masalah ke?”, Aiman menegur sahabatnya. “Aku ok je. Cuma kau tak rase hairan ke tadi dengan cikgu Suraya. Semacam je aku tengok. Tadi menangis, lepas tu tetiba senyum. Seram aku!”, Haziq membalas pertanyaan Aiman. “Aku tak berapa nak perasan tadi. Comel apa cikgu tu?. Aku langsung tak perasan. Hehe”, Aiman membalasnya.

 Sambil berjalan menuju ke kampung mereka, Haziq asyik memikirkan cikgu Suraya. Kelihatan cuaca pada hari ini akan hujan. Haziq dan Aiman mempercepatkan lagi langkah mereka agar tidak dikejar hujan. “Jumpa malam ni Ziq dekat surau, jangan lupa bawa payung!”, kata Aiman kepada Haziq sebelum mereka berpecah menuju ke rumah masing-masing. Sesampainya Haziq di rumah, hujan turun dengan lebatnya. Haziq dengan segera masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya. Haziq kemudian memaklumkan kepada ibunya bahawa malam ini cikgu Suraya akan membuat kelas tambahan. Kedengaran azan isyak berkumandang, Haziq bersiap untuk menuju ke masjid dan telah menyediakan peralatan sekolahnya lebih awal untuk menghadiri kelas tambahan pada malam ini. “Mak, ziq jalan dulu”, kata Haziq kepada ibunya. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, Haziq memulakan perjalanannya dengan menaiki basikal sambil memegang payung.

 Setibanya di masjid, kelihatan Aiman sedang duduk di tangga masjid menanti kehadiran sahabatnya. Haziq meletakkan basikalnya lalu mengambil air wudhu’, kemudian masuk ke dalam masjid bersama-sama Aiman untuk menunaikan solat isyak. Selesai sahaja solat isyak, Haziq dan Aiman berjalan bersama dengan menaiki basikal untuk menuju ke rumah cikgu Suraya. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Haziq dan sahabatnya mempercepatkan lagi kayuhan mereka untuk sampai lebih awal ke sekolah. Dalam keadaan basah kuyup, Haziq dan Aiman memberhentikan basikal mereka di pondok Pak Mat. “Korang buat apa memalam ni pergi sekolah?”, Pak Mat bertanya kepada Haziq dan Aiman. “Kitaorang nak pergi kelas tambahan Pak Mat”, jawab mereka. Mereka kemudian meminta izin untuk meletakkan basikal mereka di pondok Pak Mat, lalu berjalan menuju ke rumah cikgu Suraya. “Assalammualaikum cikgu!, kami dah sampai ni”, mereka memberikan salam di depan rumah cikgu Suraya. “Walaikumsalam, awalnya kamu sampai. Rakan-rakan yang lain mana?”, cikgu Suraya membalas sambil membuka pintu rumahnya. “Tak tahulah cikgu, mungkin tak datang kot. Lagi-lagi hujan lebat macam ni”, Haziq membalas pertanyaan cikgu Suraya. Mereka kemudian menaiki rumah cikgu Suraya dan duduk di ruang tamu rumah itu. “Nampaknya korang berdua jelah yang datang. Tunggu kejap, cikgu buatkan air ye”, kata cikgu Suraya sambil tersenyum. Cikgu Suraya kemudian masuk ke dapur. Sedang Haziq dan Aiman mengeluarkan peralatan sekolah mereka, kedengaran cikgu Suraya sedang bercakap dengan seseorang. Mereka merasa pelik. Dengan siapakah cikgu Suraya sedang bercakap?. Bersambung….

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *