Advertisement

Advertisement

Friday, September 1, 2017

PERCAYA ATAU TIDAK, LAGU-LAGU INI SEBENARNYA...

Sama ada anda percaya ataupun tidak terdapat beberapa lagu yang dikatakan mempunyai lirik-lirik tertentu yang seram dan seakan-akan ada maksud tertentu disebalik lirik lagu itu. Namun, ramai yang berpendapat dan ada yang pernah mengalami gangguan daripada makhluk halus selepas mendengar/menyanyi lagu-lagu ini. seram kan?

BERIKUT MERUPAKAN LAGU-LAGU YANG MEMANGGIL HANTU

1. MISTERI LAGU TAKDIR
Menurut cerita, sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini pada waktu tengah malam, secara tiba-tiba pendengar akan mengalami histeria, seperti dirasuk oleh 'makhluk halus' dan akan diganggu oleh hantu yang bernama Lita. apa yang misterinya tentang lagu ini, penyanyi dan pencipta lagu ini masih belum diketahui sehingga kini. jom kita lihat lirik lagu ini:

Kularutkan ke malam sunyi
Kusandarkan ke Hari yang hitam
ku masih terpaku
Tlah ku panggil angin malam
Ku harapkan di hempas
namun semua sia-sia kau telah pergi

ketika malam datang
ku tak bisa melihatmu
ketika pagi datang
ku tak bisa menyentuhmu
kau telah pergi
memang salahku tak pernah tau
tentang isi hati mu
namun sekarang kau tutup mata untuk selamanya

ini adalah lirik lagu yang dikatakan akan ada suara 'lain' yang akan terdengar bermula dari awal lagu sehingga akhir lagu. terdengar juga bunyi tapak kaki, bunyi pintu diketuk, barang terjatuh dan macam-macam lagi benda misteri terjadi. kalau-kalau anda tak percaya, boleh lah cuba-cuba layan lagu ni sorang-sorang dalam bilik...


2. NINA BOBO
Pernahkah anda pernah dengar lagu 'Nina Bobo'?   . Kononnya, sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu ini, makhluk halus akan muncul untuk berdamping dengannya. Menurut cerita, lagu ini sebenarnya dicipta oleh seorang ibu bagi menidurkan anaknya, Nina ketika menangis. Namun, takdir sudah ditentukan. Nina meninggal pada usia 4 tahun. Ibu kepada Nina merasa sangat tertekan dengan kehilangan anaknya. Setiap hari ibunya akan menyanyikan Nina Bobo, sehinggalah satu masa dikatakan Nina kembali ke rumah kerana mendengar tangisan dan nyanyian ibunya!   , namun tiada kepastian berkenaan itu. terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. jom lihat liriknya:

Nina bobo oh Nina bobo
Kalau tidak bobo digigit nyamuk

jika diperhatikan lirik lagu ini seperti biasa sahaja tiada yang menyeramkan. Namun, ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang menyanyikan lirik lagu ini, Nina akan datang kepada anda.



3. MANTERA JELANGKUNG
Adakah anda tahu maksud jelangkung?   .Jelangkung merupakan sebuah permainan spiritual yang dimainkan dalam acara-acara tertentu. dikatakan, mantera itu harus diulang berkali-kali agar makhluk itu masuk ke dalam patung jelangkung. jelangkung biasanya akan persembahkan pada waktu senja (waktu Maghrib), kerana pada waktu itu makhluk ini banyak berkeliaran.

jelangkung jelangsat
di sini ada pesta
pesta kecil-kecilan
jelangkung jelangsat
datang tidak diundang
pergi tidak dihantar



4. LINGSIR WENGI
Lingsir wengi merupakan sebuah lagu tradisional bagi masyarakat Jawa yang bermaksud memanggil makhluk halus (pontianak). apa yang misterinya, pencipta bagi lagu ini tidak diketahui dan sehingga kini, lagu ini masih dinyanyikan secara turun temurun. jika melihat dan mendengar lirik lagu ini, memang benar maksud disebalik lirik ini seakan-akan menyeru makhluk untuk berdamping dengan si penyanyi, ditambah lagi dengan nada dan nyanyian dalam versi jawa. sangat menyeramkan.

Lingsir wangi sliramu tumeking sirno
Ojo tangi nggonmu guling
awas jo ngetoro
aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak usi
dadyo sebarang
wojo lelayu sebet

maksud:

Menjelang malam, dirimu mula hilang
jangan terbangun dari tidur mu
Awas, jangan terlihat
Aku gelisah 
Jin syaitan ku perintahkan
jadilah apa pun juga
namun jangan membawa maut



No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *