Menurut penduduk di sini, Anak-anak patung yang tergantung diatas pokok ini adalah didedikasikan kepada seorang seorang anak perempuan miskin yang telah kehilangan jiwanya dan menemui ajal dalam keadaan yang sangat pelik.
pulau ini diduduki oleh beribu penduduk, tapi apa yang menakutkan tentang pulau ini ialah pulau ini juga adalah rumah kepada beratus-ratus anak patung yang menyeramkan. anak-anak patung itu hanya dibiarkan begitu sahaja tergantung di atas pokok. Namun, bila tibanya waktu malam, suasan di pulau ini sangat menyeramkan.
KEBENARAN DISEBALIK MISTERI PULAU ANAK PATUNG
Don Julian Barrera, merupakan penjaga kepada pulau ini. kisahnya bermula, apabila dia menemui seorang anak gadis yang lemas dalam keadaan yang sangat misteri dan beliau tidak mampu untuk menyelamatkan anak gadis tersebut.
Tidak lama selepas kejadian itu, beliau terlihat Anak patung sedang terapung berhampiran terusan itu. beliau mempercayai bahawa anak patung itu adalah milik kepada anak gadis yang lemas tadi.
Dia kemudian mengambil anak patung itu dan menggantung anak patung itu di atas pokok sebagai tanda hormat kepada roh anak gadis itu.
penduduk di kawasan itu juga mempersoalkan mengenai kewujudan anak gadis yang lemas itu. Namun, mereka mempercayai bahawa Don Julian mereka cerita ini semata-mata.
Menurut Don Julian, semenjak kejadian itu beliau sering dihantui oleh roh anak gadis itu. beliau kemudian mula menggantung lebih banyak anak patung dengan niat memberikan kegembiraan kepada roh anak gadis itu. tidak lama selepas itu, beliau menyedari bahawa anak-anak patung yang digantung diatas pokok itu telah di rasuk oleh roh-roh anak gadis yang telah mati. beliau kemudian menggantung lebih banyak anak patung yang menyeramkan di seluruh pulau itu (bertujuan untuk menggembirakan roh-roh anak gadis yang mati).
siapa sangka, Don Julian ditemui mati lemas di tempat yang sama dimana beliau menemui anak gadis yang mati lemas itu. adakah secara kebetulan atau sebaliknya?. penduduk setempat percaya, bahawa roh julian kini sedang berlegar-legar di pulau itu bersama roh-roh yang lain.
Sejak kematian Don Julian tersebar, Pulau Anak patung itu mula menjadi terkenal dan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke pulau itu. terdapat juga pelancong yang melawat ke tempat itu membawa anak-anak patung dan digantung diatas pokok.
p/s: Kalau anda diberi peluang untuk melancong ke pulau ini, adakah anda mahu? sekian, EncikSeram.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment