Inspektor Hasyiem cuba menenangkan doktor shima. Lalu
beliau mempelawanya untuk mengambil angin diluar untuk menenangkan fikiran.
Doktor Shima hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa langsung. Sepanjang
berada dalam perjalanan, Doktor Shima hanya mendiamkan diri. Inspektor Hasyiem
masih bingung dan tertanya-tanya, mengapakah Doktor Shima menangis semasa
melihat foto-foto itu?. Lalu, Inspektor Hasyiem membuat keputusan untuk membawa
Doktor Shima ke sebuah taman rekreasi dimana tempat itu menyimpan seribu
kenangan semasa zaman persekolahan mereka dulu. Setibanya di taman itu,
Inspektor Hasyiem mempelawa Doktor Shima untuk duduk bersamanya di taman itu.
Doktor shima hanya tersenyum dan mengangguk, walaupun pada ketika itu beliau
masih dalam keadaan sedih. Sambil melihat pemandangan sekeliling, Inspektor Hasyiem
cuba untuk menghiburkan hati sahabatnya itu. Beliau cuba mengimbas kembali
kenangan mereka semasa zaman persekolahan dulu. Terlalu banyak kenangan dan memori
mereka semasa zaman persekolahan dulu. Taman rekreasi inilah tempat mereka
untuk meluangkan masa untuk belajar bersama-sama, bersenam bersama-sama. Boleh
dikatakan “sweet memory” antara mereka berdua. Doktor shima tersenyum mendengar
cerita Inspektor Hasyiem. Dengan nada yang rendah, Inspektor Hasyiem meminta
maaf kepada Doktor Shima. Akhirnya, Doktor Shima membuka semula cerita mengenai
pembunuhan misteri itu. Beliau menyatakan bahawa mangsa pembunuhan itu adalah
bekas teman lelakinya. Doktor shima memaklumkan kepada inspektor hasyiem,
bahawa kali terakhir mereka berhubung adalah setahun yang lalu. Mereka
mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka apabila merasakan tidak
sehaluan lagi. Lalu, Doktor Shima meminta Inspektor Hasyiem untuk membenarkan
beliau untuk melihat foto-foto tadi dan menerangkan bagaimana pembunuhan itu
berlaku. Setelah membuat penerangan mengenai pembunuhan kejam itu, Doktor Shima
juga berpendapat bahawa suspek itu berkemungkinan adalah seorang pesakit “psychopath”.
Berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan, jelas sekali menunjukkan pembunuh itu
adalah seorang yang abnormal. Sedang rancaknya mereka berbual, tiba-tiba,
telefon Doktor shima berdering. Setelah menjawab panggilan telefon tadi, beliau
memaklumkan bahawa dia terpaksa pergi terlebih dahulu kerana seseorang akan menjemputnya.
Inspektor Hasyiem hanya terangguk senyum sambil menemani Doktor Shima menuju ke
“parking” kereta. Sambil menunggu kehadiran sahabatnya, beliau kemudian
memberikan Inspektor Hasyiem sekeping kad yang mengandungi nombor telefonnya.
Beliau memberitahu bahawa akan sedia membantu bila-bila masa sahaja jika perlu.
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta mewah “Audi” berwarna merah, tiba untuk menjemput Doktor Shima. Kelihatan seperti
seorang lelaki didalam kereta itu. Namun, Inspektor Hasyiem tidak dapat mengecam
muka jejaka itu. Kemudian, Doktor Shima menaiki kereta itu dan berlalu pergi. Inspektor
Hasyiem hanya mampu melambaikan tangannya kepada Doktor Shima sambil tersenyum.
Luluhnya hati beliau bila mengetahui bahawa kekasih gelapnya itu kini dimiliki
oleh orang lain. Beberapa ketika kemudian, Inspektor Hasyiem juga turut berlalu
pergi dari taman itu. Sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya, beliau asyik
memikirkan Doktor Shima. Bersambung….
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER
Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...
Advertisement
-
Benda ni masih membuatkan orang tertanya-tanya, adakah benar atau cuma sekadar untuk mempermainkan orang. namun, apa yang pasti sudah ramai ...
-
Bunga ni sebenarnya cantik, semua orang suka. Lebih-lebih lagi wanita kan?. korang ingat korang je yang suka bunga? 'hantu' pun su...
-
Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggempar...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment