Advertisement

Advertisement

Monday, August 14, 2017

MIDNIGHT KILLER EPISOD 4

Setibanya di rumah, Inspektor Hasyiem membuka uniform beliau dan menuju ke bilik air. Setelah segalanya selesai, inspektor hasyiem membuka semula fail dan melihat foto-foto mangsa. Beliau cuba untuk mengingat kembali tentang apa yang diceritakan oleh Doktor Shima semasa mereka berada di taman rekreasi itu. Beliau meneliti semula dan melihat data peribadi si mati. Mangsa disahkan mati 8 jam selepas aduan dibuat, bermakna mangsa dibunuh sekitar jam 12 malam. Dan tarikh pembunuhan itu pula berlaku pada 12 haribulan. Berkemungkinan besar, tanda luka pada dahi mangsa pasti ada kaitan dengan masa pembunuhan berlaku. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pembantu rumah mangsa pula, suspek pembunuhan ini adalah seorang perempuan. Dimana sebaik sahaja pembunuhan itu terjadi, suspek melarikan diri. Namun itu semua hanyalah andaian daripada Inspektor Hasyiem. Pada keesokan paginya seperti biasa, inspektor hasyiem menuju ke pejabat beliau bagi meninjau sebarang perkembangan mengenai kes pembunuhan ini. Setibanya disana, salah seorang anggota beliau memaklumkan terdapat 1 maklumat baru yang mungkin boleh memberikan mereka petunjuk untuk menangkap pembunuh ini. Anggota beliau telah menemui 1 blog yang diberi nama “midnight killer”. Bila diselidik dengan terperinci, blog ini baru sahaja wujud pada tahun lalu dimana, kandungan blog ini semuanya berkaitan dengan kegiatan “cannibalism”. Ada beberapa “posting” di blog ini yang menceritakan keenakan organ manusia yang membuatkan admin blog itu ketagih, sehinggakan dia membuat keputusan untuk membunuh orang sebagai santapannya. Dalam “posting” tersebut admin blog ini menyatakan, “admin dah mula ketagih ngan organ manusia ni. Sedap sangat. Boleh buat u olls awet muda tau. Tak caye, try la. Dah la manis, lembut pula tu. Cuma admin tak pernah lagi rasa yang fresh punya asyik main order je. Huhu. So, admin bercadang nak cari orang yang bertuah untuk jadi santapan admin. Get ready Malaysian people. Love u! Hikhikhik!”. Inspektor Hasyiem turut membaca salah 1 “post” yang baru sahaja dimuatnaik pada bulan lepas, dimana admin blog ini menyatakan, “finally, dapat juga admin makan organ fresh. Rasa kesian juga masa nak ambik organ dia. Tapi takpelah, dah banyak sangat dosa yang dia buat, so admin bunuhlah dia. Hihi. Anyone ada cadangan tak nak ambik organ yang mana?. Admin rasa nak makan kidney, macam sedap je. Admin nak grill buat macam sate. Nyumm ”. Apa yang lebih mengerikan, admin blog ini turut memuat naik gambar langkah demi langkah proses membersihkan buah pinggang itu sehingga memasaknya!. Inspektor hasyiem yakin, pemilik blog ini pasti mempunyai kaitan dengan pembunuhan yang berlaku baru-baru ini. Cuma apa yang menjadi kerisauan sekarang, siapakah yang bakal menjadi mangsa pembunuh itu seterusnya?. Berapa ramai lagikah yang akan menjadi mangsa kepada pembunuh “psycho” ini. Adakah pembunuh ini akan meneruskan misi pembunuhannya pada masa dan tarikh yang sama?. Namun apa yang pasti buat masa ini, pembunuh itu masih bebas diluar sana dan mungkin akan meneruskan perbuatannya yang terkutuk itu. Bersambung….

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *