Kereta Ambulans
tiba di tempat kejadian untuk membawa mayat ke hospital bagi melakukan proses
bedah siasat. Kawasan kejadian pembunuhan masih dikawal ketat sementara pihak
polis masih membuat pemeriksaan di bilik mangsa jika ada bahan-bahan yang boleh
dijadikan bukti.
Inspektor Hasyiem yakin bahawa pembunuh sebenar itu adalah
kekasih gelap beliau sendiri, Doktor Shima. Inspektor Hasyiem mengarahkan
anggotanya untuk mengambil keterangan daripada pengawal keselamatan kondominium
itu dan mengambil rakaman CCTV di seluruh bangunan kondominium itu.
Beberapa
jam kemudian, pemeriksaan selesai dilakukan dan rakaman CCTV diambil, Inspektor
Hasyiem dan anggota pasukan polis kembali semula ke pejabat. Setibanya mereka
di ibu pejabat polis, Inspektor Hasyiem bergegas menuju ke pejabat beliau dan
memainkan rakaman CCTV tadi. Beliau benar-benar ingin memastikan apakah benar
sangkaan beliau bahawa Doktor Shima itu adalah pembunuh yang sebenarnya.
Rakaman CCTV melalui sudut luar pintu rumah mangsa menunjukkan pada jam 11.30 malam
menunjukkan, Doktor Shima bersama mangsa jalan bersama-sama menuju ke rumah
mangsa. Doktor Shima yang pada ketika itu membawa sebuah beg tangan. Pada jam 1
pagi pula, Doktor Shima keluar semula daripada rumah itu berseorangan. Kali
ini, beliau membawa sebuah beg hitam bersamanya. Rakaman dari sudut pondok
pengawal pula, kelihatan doktor shima sedang menaiki sebuah teksi dan terus
berlalu pergi dari kondominum mewah itu. Inspektor Hasyiem seakan-akan tidak
mempercayai dengan apa yang dilihatnya melalui rakaman CCTV tadi. Rupa-rupanya,
Kekasih gelapnya itu adalah seorang pembunuh!. Namun, apa yang menjadi
persoalan sekarang apakah kandungan plastik hitam itu?. Beberapa hari kemudian
selepas itu, ujian “post-moterm” dikeluarkan. Inspektor hasyiem menuju ke
hospital bagi mendapatkan laporan ujian itu. Doktor mengesahkan bahawa mayat
telah dibunuh pada 2 hari yang lepas. Dahi mayat dilukakan menggunakan pisau
sehingga membentuk nombor “12”. Terdapat kesan bengkak pada tengkuk mangsa,
dipercayai mangsa pengsan sebelum dibunuh. Terdapat jahitan kemas pada bahagian
dada mangsa. Jantung mangsa telah dikeluarkan dari badannya yang menyebabkan
kematian. Maka terbongkarlah segala persoalan yang bermain diminda inspektor
hasyiem selama ini, setelah mendengar penerangan daripada doktor itu. Beliau
yakin, plastik hitam itu adalah jantung mangsa!. Tanpa membuang masa, Inspektor
Hasyiem kembali semula ke pejabat sambil membawa laporan “post-moterm” tadi.
Beliau tiba di pejabat dan memanggil semua anggota beliau untuk berbincang
mengenai kes ini. Beliau memaklumkan, bahawa suspek pembunuhan kejam ini adalah
sahabat beliau sendiri.
Anggota-anggota beliau terkejut dengan apa yang
disampaikan oleh beliau!. Namun, inilah hakikat yang harus ditempuhi oleh
Inspektor Hasyiem, menangkap rakan baiknya yang juga kekasih gelapnya!.
Inspektor Hasyiem bersama-sama anggotanya telah bersetuju untuk membuat serbuan
bagi menangkap Doktor Shima pada malam ini. Kemudian, Inspektor Hasyiem menghubungi
Doktor Shima. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin berjumpa dan mahu makan
malam di rumah doktor shima. Lalu, beliau bersetuju dan mempelawa Inspektor
Hasyiem untuk makan malam bersamanya pada malam ini pada jam 9 malam ini. Jam
menunjukkan 8.30 malam. Anggota polis yang lain bersiap sedia untuk membuat
serbuan pada malam ini.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment