1. JEMBALANG TANAH
jembalang tanah ini senang cerita, penunggu sesuatu kawasan hutan. cerita orang tua dulu-dulu, jembalang tanah ni berasal daripada uri atau tali pusat bayi yang ditanam kat kawasan hutan tu. jembalang tanah ni memang sejenis makhluk yang hidup dengan bebas dan tidak 'berpunya'. tapi, ada yang mengatakan bahawa jembalang tanah ni boleh dipelihara dengan membacakan jenis-jenis mantera dan dihidangkan makanan.
2.PONTIANAK
orang dulu-dulu cakap, pontianak ni berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. kerja utamanya adalah menganggu manusia. tapi, ada juga orang cakap pontianak ni berasal daripada perempuan yang sarat mengandung dan dibunuh, perempuan yang dibunuh dengan kejam, perempuan yang dirogol dan dibunuh. banyak versi dari orang, tapi apa yang pastinya mereka-mereka ini akan menjadi pontianak dan akan mencari orang yang bertanggungjawab atas kematiannya.
3.POLONG
hantu polong ni adalah makhluk/semangat belaan orang lelaki bertujuan untuk memudaratkan musuh. polong ni dia makan darah dari jari tuannya. menurut kepercayaan orang dulu-dulu, hantu polong ini dihasilkan daripada darah orang yang mati dan di masukkan ke dalam botol bermulut panjang. botol itu kemudian akan menjalani upacara pemujaan dan dijampi dalam tempoh masa tertentu. lagi satu, polong ini lebih kurang macam saka, pewaris tertentu akan diwariskan ilmu hantu polong ini.
4.TOYOL
makhluk kecil atau lebih kurang berukuran seperti anak kecil. toyol ni kerja dia memang mencuri, dia menyelinap kat mana-mana tak kira bilik tu berkunci untuk mencuri duit. orang dulu-dulu cakap, rupa toyol ni lebih kurang macam budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan mempunyai taring.
5. HANTU AIR
Hantu air atau pun jembalang, adalah sejenis hantu yang terdapat di kawasan berair (laut/paya). Makhluk ini dianggap keras dan sangat membahayakan sesiapa sahaja yang bertemu dengannya. Ada sesetengah cerita daripada nelayan-nelayan mengatakan bahawa, makhluk ini boleh menjelma dalam pelbagai bentuk seperti kayu, batu dan kebiasannya, makhluk ini akan kelihatan seperti pusaran air. sesiapa sahaja yang cuba untuk mendekatinya akan disedut kedalam pusaran air itu.
6. HANTU RAYA
Dikatakan bahawa hantu raya ini adalah sejenis makhluk peliharaan orang yang mempunyai ilmu hitam. kebiasaannya hantu raya ini akan menjalankan tugasnya dengan cara merasuk orang. hantu ini juga berupaya untuk berubah bentuk seperti haiwan atau manusia biasa. hantu raya ini juga boleh dikatakan sebagai saka, sekiranya tuan pemilik ini akan 'pergi', pewaris tuan pemilik hantu ini harus mewarisi ilmu ini barulah tuan pemilik terdahulu itu akan mati.
7. HANTU BUNGKUS
hantu bungkus atau lebih dikenali sebagai hantu pocong, berbentuk seperti mayat yang dikafankan.
wajahnya yang buruk dan bergerak dengan cara meloncat membuatkan sesiapa sahaja melihatnya pasti akan pengsan. ada sesetengah cerita mengatakan bahawa hantu pocong ini mampu bergerak sepantas kereta dan mampu mengejar mangsanya, walaupun sudah jauh darinya.
8. LANGSUIR
sejenis hantu yang menghisap darah mangsanya secara perlahan-lahan sehingga mati. ada cerita mengatakan bahawa langsuir ini pada asalnya adalah seorang perempuan yang mati bersalin/dibunuh semasa mengandung.
dikatakan, langsuir ini akan menyerupai seorang gadis yang cantik untuk menggoda mangsanya dan membawa ke suatu tempat yang tersembunyi. pada masa itulah wajahnya akan berbuah menjadi buruk. langsuir ini akan merobek perut mangsa dan menghisap darah mangsa sehingga mati.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment