Advertisement

Advertisement

Sunday, August 27, 2017

MISTERI CIKGU SURAYA EPISOD 5

Haziq dan Aiman mengayuh basikal mereka dengan pantasnya dan berhenti di hadapan pintu surau. Dengan nada yang penat, “nyaris kita dicekup oleh pak mat tadi, kalau tak mampus kita”, kata Aiman kepada Haziq. Kemudian Haziq membalasnya, “yalah iman, kalau tak memang kenalah kita dengan pak Mat. Haha”. Namun apa yang pasti, mereka berdua tahu bahawa cikgu Azman mungkin menyukai cikgu Suraya. Melihat mereka berdua berbual sambil berketawa, begitu mesra sekali. Haziq memberitahu kepada Aiman bahawa hal ini mesti dirahsiakan kerana misi mereka untuk merungkai persoalan mengenai misteri cikgu Suraya belum selesai. Mereka kemudian beredar dari situ dan menuju ke rumah masing-masing. Keesokan paginya seperti biasa, Haziq dan Aiman akan berjalan bersama-sama menuju ke sekolah. Setibanya mereka di sekolah, mereka melihat cikgu Azman dan cikgu Suraya sedang berjalan bersama-sama menuju ke bilik guru. Haziq menyapa rakannya. “Aku dah agak, cikgu Azman ni memang dilamun cinta dengan cikgu Suraya”. Aiman hanya tersenyum sambil berjalan bersama-sama ke kelas mereka. Keadaan di kelas pada ketika itu sangat riuh rendah. Mana tidaknya, bila sudah berjumpa dengan kawan-kawan ada sahaja yang mereka buat. Ada yang sedang bermain-main, ada yang sedang bercerita. Kelihatan cikgu Suraya sedang menaiki tangga dan menuju ke kelas Haziq. Keadaan menjadi senyap dan pelajar-pelajar kembali semula ke kelas dan duduk di tempat masing-masing. 

Cikgu Suraya masuk ke kelas Haziq sambil tersenyum dan menyapa anak-anak muridnya, “selamat pagi murid-murid”. Haziq kemudian mengarahkan rakan-rakannya berdiri dan berucap, “selamat pagi cikgu”. Mereka duduk semula dan hanya diam tanpa berkata apa-apa. Cikgu Suraya menjadi hairan bila melihat anak-anak muridnya terdiam. Cikgu Suraya merasakan anak-anak muridnya mungkin takut selepas beliau memarahinya. “cikgu nak minta maaf pasal semalam sebab marah dengan korang. Cikgu tiada niatpun nak marah korang, Cuma cikgu pening masa tu. Maafkan cikgu ye”, kata cikgu Suraya sambil tersenyum. Anak-anak muridnya juga kemudian meminta maaf kepada cikgu Suraya atas ketidak sopanan mereka kerana terlalu bertanyakan banyak soalan kepadanya. Pada ketika itu, Haziq menjadi serba salah kerana menganggap cikgunya itu tidak waras. Haziq hanya terdiam sepanjang waktu kelas cikgu Suraya. Cikgu Suraya akan mengajar subjek Bahasa Melayu dan akan mengajar di sekolah itu selama sebulan lebih dan akan digantikan semula oleh guru kelas Haziq yang kini sedang cuti bersalin. Sesi pembelajaran di kelas cikgu Suraya berjalan seperti biasa, anak-anak muridnya juga kelihatan begitu selesa sekali semasa cikgu Suraya mengajar. Sehinggalah waktu mengajar cikgu Suraya tamat. Kelihatan cikgu Amzan sedang berada di luar kelas itu untuk menggantikan cikgu Suraya. 

Sebelum beredar keluar, cikgu Suraya memaklumkan kepada anak muridnya bahawa minggu depan dia akan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam di rumahnya. Kemudian cikgu Azman masuk ke kelas mereka untuk mengajar subjek matematik. “selamat pagi murid-murid” kata cikgu Azman. Haziq mengarahkan rakan-rakannya untuk berdiri dan berucap, “selamat pagi cikgu”. Kelihatan cikgu Azman tersenyum seperti ada sesuatu yang menggembirakan hatinya. Haziq memperli cikgunya, “cikgu senyum-senyum ni mesti ada sesuatu ni kan?”. Mereka semua tertawa. Cikgu Azman tersenyum dan meneruskan sesi pengajaran seperti biasa. Sehinggalah waktu kelas cikgu Azman berakhir. Cikgu Azman kemudian bertanya kepada anak muridnya sambil tersenyum-senyum, “korang rasa cikgu ni sesuai tak dengan cikgu Suraya?”. Bersambung….

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *