Advertisement

Advertisement

Thursday, September 7, 2017

TEMPAT-TEMPAT YANG MEMBUATKAN ANDA BERFIKIR BERKALI-KALI UNTUK PERGI ATAU TIDAK

Mungkin tidak terlintas langsung difikiran kita untuk pergi ke tempat-tempat ini, walaupun diberi 'free' tempat tinggal, makan, minum.  hahaha. Tempat-tempat yang disenaraikan ini merupakan tempat yang dikatakan paling menyeramkan. terpulang kepada tuan punya badan sama ada untuk percaya atau tidak, kerana tempat-tempat seringkali terjadinya penampakan 'hantu' yang membuatkan bulu roma anda tersekat di skala enam.


1. Suicide Forest, Jepun
Suicide Forest atau dikenali sebagai Aokigahara oleh masyarakat Jepun, merupakan sebuah tempat dimana terjadinya kes membunuh diri. Dilaporkan, lebih kurang 100 kejadian kes bunuh diri setiap tahun. Kos sara hidup yang tinggi, terbeban dengan kerja dan sebagainya menyebabkan ada dikalangan rakyat jepun membuat keputusan untuk 'commit suicide' di tempat ini. Keadaan hutan ini yang agak padat, dengan banyak pokok-pokok yang tumbuh secara berdekatan menyukarkan angin daripada masuk ke tempat itu. Dikatakan, tempat ini agak sunyi dan sangat menyeramkan terutamanya pada waktu malam. Menurut masyarakat Jepun, Aokigahara ini adalah sebuah tempat yang dikaitkan dengan syaitan dalam mitos Jepun. suatu masa dulu, syaitan telah membuat perjanjian dengan masyarakat di sana agar memberikannya makan dengan cara membunuh diri di tempat itu.



2. Waverly Hills Sanatorium, Kentucky Us
Korang tau tak tempat ni?. Admin Ada buat artikel pasal Sanatorium ni. nanti korang baca balik lah ye: https://encikseram.blogspot.com/2017/08/pernah-dengar-kisah-seram-sinister.html .
Menurut laporan, 63000 pesakit mati akibat ujikaji yang dilakukan oleh para doktor-doktor disana. selepas bangunan ini ditinggalkan, banyak laporan dari saksi yang pernah melihat penampakan hantu, suara-suara jeritan daripada bangunan ni. memang seram!


3. Hotel Stanley, Colorado
Tempat ni dikatakan agak popular dikalangan penyiasat paranormal bagi melakukan aktiviti penggambaran, dokumentari seram. Dilaporkan, salah satu bilik di hotel itu (Bilik 418) adalah bilik yang selalu terjadinya kejadian paranormal. Menurut cerita, hotel itu di hantui oleh Flora Stanley (isteri kepada pemilik hotel ini) yang dikatakan selalu bermain piano pada waktu tengah malam. Hantu dia bukan nak sorok-sorok lagi, memang betul-betul jelas dan menakutkan!


4. Makam Sedlec, Republic Czech
Makam Sedlec ini merupakan sebuah gereja kecil dan dibawahnya adalah tanah perkuburan All Saints. Ciri-ciri gereja ini agak unik dan juga menyeramkan, tulang-tulang rangka sebenar manusia disusun dengan cantik sekali untuk dijadikan hiasan dalaman gereja ini. Menurut laporan, kejadian paranormal selalunya akan terjadi pada waktu malam, lembaga-lembaga yang menyeramkan akan berjalan-jalan dan terbang disekitar gereja itu.


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *