Advertisement

Advertisement

Monday, September 18, 2017

KISAH BENAR: Bangkit dari kubur!

Kisah ni pernah terjadi di kampung aku beberapa tahun yang lepas. Jelas dan masih terbayang saat peristiwa menyeramkan itu berlaku. Aku ada dengar-dengar lah cerita ni, kononnya ada sorang makcik ni tengah nazak. Rumah dia pun tak jauh sangat lebih kurang 10 meter dari rumah ni. Boleh katakan berjiran lah, Cuma seingat aku makcik ni memang sombong dan tidak beramah mesra dengan jiran-jiran dia. Orang yang tertentu je dia nak bergaul. Aku bukan nak bukak aib orang, tapi ini memang kisah benar yang berlaku di kampung aku. Makcik ni dulunya memang seorang yang agak sombong dan orang-orang disini kata dia ni mengamalkan ilmu hitam. Kalau korang nak tau, anak-anak dia semua cantik! Jadi orang-orang kampung ni pun ade juga try nak usha anak-anak dia. Tapi jangan mimpi lah, orang tua tu memang tak suka orang-orang di kampung ni. Kecuali kau ada kerja tetap, senang cerita kau boleh bagi anak perempuan dia kesenangan. Memang betul juga kalau difikir secara logik, tapi cara makcik ni yang salah. Kalau dah memang jodoh buat apa nak halang kan? Itu kuasa tuhan.



Mungkin Tuhan nak tunjukkan kepada makcik tu, tetiba anak-anak dia ni terkahwin la dengan orang di kampung ni juga. Aku bukan nak kata apa, menantu dia ni dah la tak kerja, harap mak bapak je yang bagi makan. Anak perempuan dia 3 orang dan suami makcik tu dah lama meninggal dunia. Semenjak anak-anak makcik tu kahwin, macam-macam hal yang berlaku di kampung ni. Senang cerita, rumah tangga anak dia pun nak ambil tahu, nak ambil kisah. Tak lama lepas tu, ketiga-tiga anak dia ni bercerai la dengan suami masing-masing. Menurut orang kampung, makcik tu guna ilmu untuk memporak perandakan rumah tangga anak-anak dia. Tapi tu Cuma mulut-mulut orang, biasa lah. Kalau takde gosip di kampung tu memang tak jadi.

Sehingga lah pada satu masa, aku dengar makcik tu nazak. Part ni agak mengerikan sedikit. Mak ayah aku ada ziarah ke rumah tu sebulan sebelum makcik tu meninggal. Sebenarnya, makcik tu dah lama sakit. Aku pun baru je tau hal ni. Aku pun bukan duduk di kampung ni semenjak kerja di bandar. Lepas balik dari situ, mak ayah aku ceritalah keadaan makcik tu. Aku pun agak bingung untuk percaya atau tidak cerita ni, makcik tu kalau diikutkan memang dah lama mati. Tapi ‘benda’ yang berada dalam tubuh dia yang menghalang makcik tu untuk pergi. Tubuh dia membusuk dan banyak kesan-kesan luka di tubuhnya. Kalau korang pernah nampak mayat yang tengah mereput tu, lebih kurang macam tula keadaan makcik tu. Senang cerita, “mayat hidup”.

Setiap waktu maghrib, makcik tu akan bangkit dari katilnya dan akan mencari makanan. Makan dengan gelojohnya. Sebelanga nasi belum tentu cukup. Kalau korang fikir dengan logiknya, ada ke manusia macam tu? Tengah-tengah nazak macam tu pun dia boleh berdiri lagi, bergerak ke dapur seorang diri dan makan dengan gelojohnya. anak-anak dia pun hairan dan pelik dengan tingkah laku ibu mereka semenjak jatuh sakit. Sehinggalah pada satu masa, Tuhan lebih berkuasa atas sesuatu. Makcik tu pun meninggal lah. Pada suatu petang tu dia pun akhirnya meninggal, semua penduduk di kampung ni berkumpul di rumah itu untuk menguruskan jenazah. Aku pun ada sama di situ semasa kejadian tu. Kalau di luar rumah, macam biasa je kau nengok. Tapi kau cuba masuk ke dalam rumah tu, Ya allah bau busuk! Aku pun hairan memula sampai ke rumah tu. Aku nampak ramai makcik-makcik di situ keluar dari rumah dan muntah. Orang kata, mayat jenazah tu busuk sangat dan perlu dikuburkan pada petang tu juga.

Sehinggalah urusan mengendalikan jenazah tu berjalan dengan lancar. Kisah seram dan mengerikan ini bermula pada malamnya. Aku rasa baru beberapa jam kitaorang balik dari tanah perkuburan dan pada malam tu juga arwah makcik tu datang ke kampung ni, membuat kacau! Habis pintu-pintu rumah ‘dia’ ketuk. “Bam! Bam! Bam!” “Grrrrrmmmmmmm” “Bam! Bam! Bam!” Aku pun pelik gak siapa lah yang ketuk pintu ni. Belum sempat aku buka, abah tahan aku. “Jangan buka! Makcik tu bangkit dari kubur!” Aik macam mane lah abah aku boleh tahu hal ni? Tak lama lepas tu aku terhidu bau yang sangat busuk! Bau tu datang dari pintu rumah. Aku pun agak memang makcik tu! Bau busuk ni aku kenal dan sangat menakutkan. Tak lama lepas tu jiran sebelah lagi ‘dia’ ganggu. Kalau tak dapat, ‘dia’ ke sebelah rumah lagi. Macam tu lah perbuatan ‘dia’ setiap waktu malam. Lama juga gangguan tu berlaku, aku rasa dalam seminggu macam tu. Aku risau gak nak tinggalkan mak ayah aku di rumah ni, aku pun ambil la cuti lagi.


Pernah sekali tu aku cuba untuk mengintai dari tingkap. Ya allah, berdegup kencang jantung aku! Rasanya itu lah kali pertama aku nampak dengan biji mata aku, hantu bangkit! Dipendekkan cerita, sehingga lah satu masa bila orang-orang kampung berpakat untuk mencari seseorang yang pakar dalam hal ni. Menurut beliau, arwah tu tak tenteram disebabkan perbuatannya di masa lalu. Kemudiannya, datanglah bekas menantu arwah tu ke rumah itu dan membaca Yassin bersama-sama dan memohon agar memaafkan arwah. Aku nampak anak-anak arwah memang sedih dan malu dengan apa yang telah terjadi.

Selepas tu mereka semua menuju ke kubur arwah, aku pun ikut sama juga masa tu. Aku nampak pakcik yang dijemput oleh orang-orang kampung sedang membaca sesuatu dan kemudian menterbalikkan batu nisan tu.  Alhamdulillah. Selepas itu, gangguan hantu bangkit di kampung kami kini berakhir…


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *