Kalau aku nampak orang tengah jogging, aku rase macam
fobia sikit. Lagi-lagi kalau aku nampak orang jogging pada waktu malam. Sejak
aku ternampak lembaga tu, sumpah aku memang tak akan dan tak ingin lagi lalu
short-cut tu! Pengalaman ni terjadi kepada aku lebih kurang sebulan yang lepas.
Aku ni tinggal di sebuah perumahan dan bekerja di sebuah kilang berhampiran. Senang
citer, aku dan family tinggal di kawasan perindustrian. Kilang-kilang di sini
memang banyak. Kau je yang jenuh mikir mana satu kilang yang kau nak apply
untuk kerja. Aku ni belajar tak tinggi mana, takat SPM je. Mak bapak pun bukan
orang senang, dan aku ni pula anak sulung. Jadi aku pun bekerja bagi
mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mak dan ayah. Dah lama aku
kerja di kilang tu, lebih kurang 3 tahun macam tu ah…
Cerita ni berlaku semasa aku sedang melalui short-cut
itu sorang-sorang. Sebenarnya, ramai juga anak-anak jiran sebaya dengan aku
kerja kat situ. Jadi agak seronok la juga kan, pagi-pagi lagi kitaorang ready
kat depan bus stop untuk menunggu bas kilang tu datang ambik kami. Sebenarnya kilang
tu takde lah jauh sangat kalau ikut short-cut, tapi malas nak jalan kaki. Lagi
pun short-cut tu orang-orang sini cakap tempat tu keras. Pihak kilang pon dah
bagi kemudahan, jadi buat apa nak susah kan diri. Hehe. Memang bestlah kerja
kalau ada ramai kawan, walaupun penat tapi memori bersama-sama kawan tu yang
paling bermakna.
Aku kerja bahagian opis dan kawan-kawan aku yang lain
ni kerja bahagian ‘packing’ barang. Kalau bos keluar, aku curi-curi la lepak
dengan diorang. Serius memang boring dalam opis tu. Asyik ngadap komputer, boleh
jem otak kau. Lagi-lagi kalau stok baru sampai. Masa kitaorang lepak tu, kawan
aku sorang ni bukak cerita la mengenai sebuah jalan short-cut dari kilang ni ke
kawasan rumah kami. “Aku ada dengar
cerita orang, jalan tu diorang cakap ada hantu! Ramai yang dah kena kat situ”
Fuhh, agak menyeramkan juga bila dengar cerita-cerita macam ni. Tapi memang
betul apa diorang cakap tu, aku dengar-dengar short-cut tu dulu adalah laluan
rahsia tentera jepun. Kiranya, kawasan ni dulunya adalah markas tentera jepun. Tapi,
lepas banyak pembangunan yang dilakukan kawasan ni, lama-kelamaan tempat ni
menjadi sebuah pusat perindustrian yang agak padat dan maju.
Tetiba pulak bos datang masa tu, kawan-kawan aku
sambung kerja semula dan aku cepat-cepat ke opis. Potong betul bos aku ni! “Zeti, esok saya rasa banyak stok barang
yang akan sampai. Kamu datang awal ke opis ya” kata bos aku, Mr Chin.
Alamak, part yang macam ni lah aku tak suka. Kalau stok barang sampai ke kilang
ni, memang lewat la aku balik esok! Aku pun mengangguk kepala tanda setuju. Macam
tula rutin aku selama bekerja di kilang ni. Dalam sebulan tu, mesti ada sekali
aku lewat balik. Masa tu bas kilang memang tak ambik pekerja lagi dah, jadi aku
kena buang rm 20 untuk menaiki teksi. Aku nak ikut short cut tu, takut pula! Baik
aku naik teksi.
Pada keesokan harinya, sesi bekerja seperti biasa lah.
Tapi hari ni aku kena balik lewat sikit, aku kena kira dan update stok-stok
yang baru sampai. Teringin juga aku nak ambik keta, tapi aku takde masa nak
ambik lesen memandu. Cuti pun sekali dalam seminggu. Aku pun bertugas lah
mengira dan membuat laporan pasal stok yang baru sampai tu. Sedang-sedang buat
kerja tak sedar dah pukul 6.50 petang. Kawan-kawan aku dah balik tadi pukul 5
petang, Bos aku pun baru je balik tadi. Jadi tingal lah aku seorang diri di
opis ni. Aku pun susun segala perkakas aku sebelum balik dan kemudian turun ke
gate hadapan kilang “Aik zeti, lewat kau
balik hari ni? Kau sorang jer?” kata pak Amat, pengawal keselamatan di
kilang ni. “Ye pak Mat, banyak kerja
tadi. Tu yang lewat sikit. Saya balik dulu ye” Pak Mat pun tersenyum dan Aku
pun bergeraklah menuju ke bus stop untuk menunggu teksi. Tak jauh sangat pun,
seberang jalan tu je dah sampai bus stop.
Aik? Mana pulak dompet aku? Aduhh, aku baru teringat
dompet aku! Tinggal kat umah. Ni semua bos punye pasal lah, suruh aku awal
datang opis! Sampai dompet pun aku lupa bawak. Nasib baik aku bawak bekal makan
tadi, kalau tak kebulur aku di opis tu. Aku pun bingung masa tu tak tau nak
buat apa. Nak berjalan kaki guna jalan depan ni memang jauh, anjing jalanan pon
banyak. Tak pasal-pasal aku kena gigit! Cuma satu je jalan yang ada, guna
short-cut tu. Hati aku memang berat sangat nak guna jalan tu. Aku nak kol Abah,
tapi dia pun kerja masa ni. Dia ambik shif malam untuk jaga kilang depan tu.
Nak tak nak, aku pun lalu lah ke short-cut tu sorang-sorang. Memang sunyi dan
sepi jalan tu, nak tengok orang lalu lalang masa-masa nak dekat maghrib ni
jangan mimpi! Seram sejuk aku masa tu.
Tetibe aku nampak kelibat seseorang sedang berlari,
macam jogging. Aik? Siapa pula ni macam tak pernah nampak sebelum ni,
berpakaian lengkap seperti tentera. Aku pun malas lah nak layan. Aku jalan je
sambil tunduk, dia pun lalu di sebelah ku sambil berlari. Asal bau dia lain
macam? Tak pernah aku hidu bau macam tu sebelum ni. Aku tak pandang dia dan
mempercepatkan gerak kaki aku. “Nanti-nanti,
nak ke mana tu? Boleh saya temankan?”
kedengaran seperti suara lelaki dibelakang ku. Aik mamat tadi yang jogging
tu ke? Aku pun menoleh la ke belakang. Ya Allah! Terkejut beruk aku! Memang lelaki
tadi. wajahnya sangat menyeramkan! Aku baru perasan, pakaian yang dipakainya
itu adalah pakaian tentera jepun! Aku menjerit sekuat hati aku dan berlari
sepantas yang boleh “Tolong! Tolong! Tolong!” “Adik
jangan lari, abang nak kenal dengan adik” Aduhh aku tak tau nak buat apa
masa tu, hanya mampu terjerit-jerit meminta pertolongan! Memang sah tu hantu
jepun!
Berapa pantas pun aku lari, suara lembaga tu tetap
kedengaran seperti hampir dengan aku! Tak lama lepas tu lembaga tu berlari
bersebelahan aku sambil tersenyum! Wajah dia aku memang tak akan lupakan sampai
bila-bila! sangat menakutkan! Aku berlari sekuat yang mampu sambil menutup mata
ku! Sehinggalah aku melepasi short-cut tu dan terus berlari menuju ke rumah
aku. Seluruh tubuh ku terketar-ketar dan kepenatan. Aku tengok ke belakang,
lembaga tu sudah lenyap dari penglihatan, syukur lah aku selamat. Hampir
seminggu aku tak datang kerja disebabkan demam dan selalu bermimpi buruk
selepas kejadian tu…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment