Advertisement

Advertisement

Monday, September 18, 2017

KISAH SERAM: Badi Nombor Ekor! (Bahagian 1)

Aku dulu memang kaki nombor ekor. Sehari aku tak ambik nombor ekor memang tak sah! Aku rasa jiwa aku tak tenteram kalau tak ambik bende tu. Ntah kenapa aku ‘addicted’ sangat dengan benda haram ni. Sehinggakan ada satu ketika aku sanggup membayar beratus-ratus ringgit kepada bomoh, semata-mata untuk mendapatkan “Lucky Number”. Tapi semuanya tak berhasil! Aku dah jenuh mencari bomoh yang benar-benar menjanjikan hasil. Semuanya penipu! Sehinggalah aku bertemu dengan seorang bomoh siam yang benar-benar membuahkan hasil, namun dibayar cash dengan menjadikan nyawa anak bini aku sebagai pertukarannya. Ya allah, sungguh jahilnya aku waktu tu! Mengapa aku sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini?


Sehingga kini aku masih terbayang-bayang, saat anak dan isteri ku diperlakukan dengan kejam oleh lembaga itu! Kejadian ni ku ceritakan, berlaku setahun lalu. Aku dan rakan ku telah bertemu dengan seorang bomoh siam yang dikatakan tinggal di seberang kampung. Oleh kerana taksubnya aku untuk mendapatkan duit, aku sanggup bertemu dengan seorang bomoh yang dikenali sebagai Tok Pamin. Orang sini pernah cerita, bomoh ni memang handal. Bukan setakat meramal nombor, bahkan menghantar santau juga kepakaran utamanya! Wah, aku dapat rasakan memang dialah bomoh yang kami cari selama ini.

Pada malam itu, aku menuju ke sana bersama rakan ku dengan menaiki sebuah motosikal. Sebelum menuju ke situ, kitaorang sudah membuat persediaan lebih awal dengan membawa sedikit buah tangan untuk bomoh siam itu. Serius aku cakap, kalau tak kuat semangat, baik jangan ke situ. Tempat ni sangat menyeramkan, lebih-lebih lagi waktu malam. Sebelum menuju ke rumah itu, akan ada satu persimpangan menuju ke kiri dan perlu melalui kebun getah sebelum sampai ke rumah itu. Ntah kenapa masa tu aku langsung tak rasa takut, perasaan ku sangat membuak-buak untuk mendapatkan nombor bertuah ketika itu!

Kami berdua akhirnya tiba ke rumah bomoh itu. “Assalammualaikum…Tok! Assalammualaikum Tok!”  “Walaikumsalam, apa hajat kamu ke mari?” Kata Tok Pamin. Lalu aku pun menyatakan hasrat dan tujuan kami situ. Dia menjemput kami masuk ke dalam rumah itu. Tok Pamin duduk bersimpuh di hadapan mejanya yang dihiasi dengan peralatan-peralatan pemujaan, beliau mempelawa kami untuk duduk berhadapan dengannya. “Sebelum tok memulakan upacara ini, aku nak pesan dengan korang. Kalau nombor ni keluar esok, kamu jangan beritahu sesiapa dan ingat, separuh daripada duit itu kamu bakar dan simpan abunya ke dalam sebuah bekas dan tanam! Jelas kan?” Aku pun mengangguk tanda setuju dengan peraturan itu. Pak pamin memulakan upacara itu, kemenyan dibakar dan beliau memulakan bacaan manteranya. Ntah kenapa aku rasa seram sejuk masa tu, sahabat ku diam tanpa berkata apa-apa. Tingkap kayu rumah ini tertutup dan terbuka, masa mula-mula kami ke situ, cuaca pada malam itu agak redup dan tiba-tiba sahaja angin bertiup dengan kencang seperti ribut sedang berlaku! Fuhh, sah-sah bomoh ni power! Aku rasa teruja masa tu.

Antara ilusi atau mungkin aku tersalah pandang, aku rasa seperti terlihat kelibat putih sedang berlegar-legar di luar kawasan rumah ini! tetapi dalam keadaan yang pantas kelibat putih itu bergerak! Sebaik bacaan mantera itu berakhir, keadaan menjadi tenang seperti semula. “Jangan pandang belakang. Ambik tangkal ini dan ikat di leher kamu berdua. Selepas jam 12 ni korang pergi ke tanah perkuburan, sekiranya kamu berdua terlihat ada kubur yang berasap, pergi ke kubur itu dan minta kepadanya. Ingat pesan aku, kalau kamu berdua terlihat lembaga putih jangan takut. Itu belaan aku, dia akan mengawasi kamu berdua. Jangan sesekali langgar pantang aku atau kamu akan ditimpa kecelakaan!” kata tok pamin kepada kami. Ntah kenapa aku rasa seperti ada sesuatu yang berada di belakang. Bulu tengkuk aku berdiri. Tiba-tiba aku merasakan bahu ku seperti disentuh. Aku cuba untuk menoleh ke bahu kiri ku. Degupan jantung ku seakan-akan terhenti untuk seketika. 

Aku lihat satu susuk tangan yang sangat menakutkan, kukunya hitam dan panjang!  Kalau nampak tangan tu pun dah menakutkan, apatah lagi wajahnya! “Jangan takut, itu belaan aku. Jika kamu berdua mematuhi peraturan ku pasti kamu akan selamat. Sebelum kamu, sudah ramai yang pernah ke sini. Kalau ikut peraturan kau selamat, mungkir peraturan nyawa balasnya” Satu pesanan yang membuatkan hati ku sedikit berdebar, seolah-olah ajal itu ditentukan olehnya! “Baik tok, ini ada sedikit buah tangan dan sedikit pengeras. Tok terima ya” aku memberikan buah tangan itu kepada tok pamin. “Kau perhatikan mereka. Buat seperti apa yang kita janjikan!” Aik? Orang tua ni cakap dengan kitaorang ke? Tetibe aku dengar satu bunyi aneh di belakang ku “Grrrvvvvjjjjmmmm…” bunyi aneh itu kemudian lenyap dari situ! “Baik, kamu boleh pergi. Ingat pesan aku anak muda!” kami pun bergerak lah pulang untuk menuju ke tanah perkuburan pada malam ini. Sepanjang kami bergerak keluar menuju ke simpang itu, aku dapat rasakan seperti sesuatu yang sedang mengekori kami dari belakang... 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *