Assalamualaikum admin. Ni cerita yang saya nak
kongsikan pada semua pembaca..ceritanya baru je terjadi..tentang rumah sewa
saya di satu kampung di negeri pantai timur..brmula pada 22/7/2017..
"assalamualaikum"..aku memberi salam sebelum memasuki rumah baru
bersama suami dan abang iparku. "tak apa ke abang mampu bagi rumah macam
ni je untuk awak duduk?" "takpalah abang, saya brsyukur sebab kita
dapat duduk rumah kita sendiri walaupun menyewa.suami aku berlalu mengangkat
barang bersama abang. Disana, kami kerja berniaga bersama-sama. Aku jenis yang
suka memerhati sekeliling. Jadi malam itu selepas berniaga, kami pun balik ke
rumah. Kawasan tempat tinggal kami ade 2 rumah dalam satu tanah. Jadi depan
rumah aku ada lagi satu rumah. Rumah tu anak kepada tuan rumah yang aku sewa
dan dia pun pernah duduk di rumah yang aku tinggal sekarang. Jadi malam tu aku
balik dengan harapan dapat tidur dengan lenanya setelah brpenat dari petang
sampai tengah malam berniaga.
Untuk pergi ke rumah aku, kami terpaksa melalui
satu garaj yang dah usang. Anak tuan rumah tu hanya gunakan garaj tu sebgai
tempat sidai kain. Dan malam tu mata aku dengan jayanya jalankan tugas.. Aku tak
bagitahu lagi suami dan abang ipar aku apa yang aku nampak. Kami park kereta
sebelah rumah. Aku cepa- cepat masuk rumah. Aku suruh suami aku tunggu depan
pintu bilik mandi sebab aku nak mandi dan bila semua dah mandi, baru aku cerita
dekat suami dan abang ipar aku, "abang..abang teh tadi perasan tak masa
lalu tepi garaj tu ada kain yang yang macam kena tiup angin kencang?"
suami dan abang ipar aku geleng.. "sha nampak kain tu berkibar laju tapi
rumput atau kain dekat rumah kita takda pun berkibar, angin pun takda. Jomlah
baca yassin." Malam tu kami baca yassin. Aku kuatkan juga mata untuk
bertahan baca yassin sampai habis.. Aku rasa mata aku memang nak terpejam
sangat masa tu dan dada aku macam kena tolak.. Habis baca yassin, aku masuk
tidur.. Tiba - tiba... "sayang!!bangun..dengar tak?" rumah aku kena g
Hari yang sama jugak, aku pergi mengadu dekat tuan
rumah tapi tuan rumah suruh kami ikhtiar sendiri cari orang yang pandai ubatkan
rumah.. Jadi aku pergilah ke rumah makngah aku semula..dia bagitahu sorang
ustaz dari indonesia boleh ubat kan.. Kami call ustaz tu dan buat temu janji
untuk datang ke rumah nya lepas magrib. Ustaz tu hanya bagi air suruh renjis
disetiap penjuru rumah dan pesan mengaji dan sembahyang selalu di dalam rumah
dan buat sebelum tengah malam. Kami pun bergegas balik lagipun dah pukul
9malam. Esoknya makngah aku call marah-marah. " kau kenapa datang rumah
aku tak reti nak masuk??" aku terkejut kot tibe- kena marah sedangkan aku
baru lepas makan. Niat nak pergi je rumah dia, tapi tak pergi pun lagi. "
mana ada akak datang..Akak baru lepas makan!" " dah tu adik cakap kau
datang bagi gula-gula..ni angah tengah makan gula-gula ni." "tanya
adik, kakak datang pakai baju warna ape?" makngah aku pun tanya anak dia,
lepas tu anak dia tunjuk warna baju mak dia.. " merah." jawap angah..
Terkejut beruk aku..terkejut aku lagi dasyat dari beruk. Siang - siang lagi dah
naik bulu roma aku.. "kakak pakai kain ke seluar?" Jadi sepupu aku tu
pergi ambil kain mak dia dan tunjuk yang msaksudnya aku pakai kain.. Memang
sebijik 'benda' tu ikut rupa aku dan apa aku pakai
Rumah aku kena gegar beb masa malam yang baca yassin
tu.."alah takda menda tu. Mungkin lembu yang masuk bawah rumah nak keluar
tak lepas." Nampak positifnya aku disitu??..haha.. Jadi aku pon tidur
balik macam tak ada apa yang berlaku. Suami aku diam tapi dia tetap tak boleh
tidur walaupun badan rasa letih sangat.. Esok pula aku bangun dan masak sarapan
untuk suami dan abang ipar aku.. Aku masak telur sambal je. Jadi lepas makan
kami pergi ke rumah sepupu suami aku. Rumah dia dengan tempat kami berniaga tu
dekat, sementara nak tunggu waktu berniaga kami pun duduk lah rumah dia dulu..
Malamnya kami balik berniaga, aku mandi - mandi, solat dan terus masuk tidur.
Cuma suami aku yang payah nak tidur. Aku ingat tak da dah gangguan sebab suami
aku takda pun kejutkan aku atau dengar bunyi apa-apa. "abang, abang teh
ada makan tak malam td?" suami dengan abang dia geleng. "abang sini
kejap. Tengok tu", aku tunjuk ada telur yang lebih dari kami makan semalam
bersepah dan ada kesan gigit. Suami aku diam. Kadang rasa nak marah juga sebab
dia diam tapi nak buat macam mana, dia memang tak banyak cakap. " Takpalah
abang, mungkin tikus atau kucing tu", positif sangat kn?? Aku pikir cam tu
mungkin sebab aku letak atas dapur je dan tutup guna mangkuk. Esok nya pulak
lagi, kami pergi berkelah dekat pantai.. Lewat petang baru balik. Balik rumah
tu memang tak makan dah sebab dah kenyang. Telur ade lagi 5 biji lebih dari
bawak berkelah td.Aku masak telur je bukan sebab malas okey, tapi sebab kami
baru je nak mula berdikari. Budget belanja tak besar. Malam tu pulak sebelum
tidur, aku makan. Ajak suami dengan abang ipar aku, diaorang tak nak. Aku makan
sebiji je telur tu. Jadi ada lagi 4 biji. "abang, abang teh, korang ade
makan lagi tak malam td??" suami aku jawab, "tak da, kenapa
nya?" " mari sini!" Aku tunjuk dekat suami aku yang telur sebiji
berterabur. Aku tunjuk pulak lagi bekas yang aku isi telur semalam.
Cuba korang pikir ya, macam mana telur yang aku simpan
dalam bekas kaca dan bungkus dalam plastik tu boleh trkeluar tapi bekas kaca
tak pecah, plastik tak terbukak? kalau abang ipar aku atau suami aku yang
makan, tak kan telur tu boleh bersepah atas lantai dan tak kan diaorang makan
separuh je? Lauk aku yang dalam bekas tu pon semua basi dah aku tengok.. Jadi
aku pergi rumah makngah aku, "angah, telur kat rumah akakda 2 kali
hilang." "Macam mana boleh hilang?" Aku dah agak soalan tu jadi
aku pon cerita semua yang jadi dan ape yang aku nampak tentang kain berkibar
tu.. "pergilah rumah tuan rumah tu cerita"
Akhir sekali, lepas 2 bulan baru aku dapat pindah.
Tapi pindah ke rumah mentua aku semulalah. Aku tak tahan hari- hari tidur dalam
keadaan takut dan sepanjang kami duduk sana, memang tak dapat langsung kerja.
Tapi sehari sebelum kami balik, ada adik dan ayah tiri aku datang sebab nk
tengok rumah. Adik aku ni belajar pondok. Jadi malam tu dia ubat kan rumah. Aku
memang kalau boleh nak halau benda tu dari rumah sebab takut kalau aku pindah,
ada orang lain duduk dan bawak budak kecil. Nanti kesian diaorang anak asyik
menangis je. "Kak, dia cakap dia taknak pergi sebab dia dah lama duduk
dekat rumah ni. Kau yang kacau rumah dia", adik aku bagi tahu. Hello, aku
bayar sewa sorang ok??dia tumpang tak ada kena sewa pun..Tolang aku bayar pun
tidak. "Dia duduk dekat mana?" " Betul - betul bawah bilik
kau." "Dia tu siapa?" " Dia polong, tekak dia tak ada,
belakang dia berlubang, kau nak tengok?rambut dia panjang dari ruang depan
bilik kau sampai pintu dekat ruang tamu, kuku dia, lagi tajam dari pisau."
chehh!!tak guna, dia ajak aku tengok??? " okey lah.. Biarlah, aku keluar
esok, pesan kat dia bayar sewa rumah nanti." Masa nak balik tu tuan rumah
cerita yang anak dia duduk situ dulu pernah jugak nampak polong tapi tak
mengadu pun dan orang yang duduk lepas dia pon tak ada yang mengadu, aku jelah
org pertama yang mengadu.. the end
p/s : masa tulis cerita ni malam td, suami saya pun
tiba - tiba tak boleh tidur, dan kami tiba- tiba jugak mimpi buruk.. korang
rase dia tahu je saya cerita tentang dia?
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment