“Man, kau taknak ke jadi driver uber part-time? Kebetulan
kau pun dah ade keta ni, boleh juga kau buat part-time. Ade gak duit poket” Inilah
perbualan pertama aku dengan rakan sekolej setelah lama tidak bersua muka
sebaik sahaja menamatkan pengajian di unversiti. Aku masih ingat, masa tu Uber
baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Ramai juga kawan-kawan aku yang join
uber sebagai part-time. Lepas balik kerja, depa mesti buat Uber waktu malam
untuk menambah pendapatan. Masa tu aku agak ragu-ragu sedikit, yela sebelum ni
aku tak pernah lagi buat kerja macam ni. Rase segan pon hade, tapi kalau hidup
dekat bandar ni kena pandai-pandai cari peluang lah. Nak harap gaji aku ni,
bukan tak cukup Cuma aku nak lebih dari cukup. Biasalah lumrah hidup sebagai
manusia memang macam tu. Bayar rumah sewa, bayar kereta, makan dan minum,
perghh! Aku pun rase give-up. Baik aku balik kampung. Sementara tunggu konvo
ni, aku pun kerja disalah sebuah company tempat aku practical dulu. Basic gaji
aku baru RM 900+ macam tu, depa kata tunggu result keluar baru basic gaji aku
berubah. Takpe, aku tetap bersyukur sebab company ni masih memerlukan khidmat
aku.
Bila aku fikirkan balik, betul juga cakap member aku. Pagi
aku kerja, malam tu aku dah boleh buat Uber. Tak selalu pun takpe, janji ade
masyukk. Dipendekkan cerita, aku pun mendaftarlah sebagai pemandu Uber
part-time. Aku download aplikasi uber rider. Memula aku pening gak tengok
tutorial video ‘uber driver for newbie’ tapi bila tengok ulang-ulang, aku pun
mula faham. Takde susah mana pun! Yang penting ade smartphone, ade internet. Tu
je! Keesokan paginya, aku pun pergilah ke tempat kerja seperti biasa dan beberapa
minit sebelum balik kerja, aku siap-siap online untuk cari beberapa penumpang
dekat-dekat area ni sebelum balik ke rumah. Baru hari pertama aku jadi driver
uber, dah ade pelanggan! Memang tak dijangka, sememangnya Uber diminati oleh
orang ramai. Penumpang pun takyah nak bersusah payah menuju ke bus stop ke
perhentian teksi ke, diorang hanya bagitau dimana dan bila, pemandu uber akan
datang ke tempat penumpang. Simple as that!
Semenjak aku join uber ni, Alhamdulillah. Pendapatan bulanan
aku pun sedikit bertambah lepas tolak kos minyak, adelah juga sikit-sikit aku
dapat. Memang lumrah manusia, bila dah ketagih buat bende yang mendatangkan
duit, tak kira masa dan waktu mesti buat punya. Sehinggalah ke satu masa, waktu
tu aku sedang bercuti. Daripada aku buang masa dekat umah, baik aku buat Uber.
Aku pun online dan serach kalau-kalau ade penumpang sekitar aku. Dari pagi
hingga ke petang, kete aku ni tak henti-henti jalan! Ade je penumpang. Rezeki
tuhan, sapa yang tahu. Macam-macam karenah penumpang aku jumpe. Ade yang
pendiam, ade yang tak reti nak diam asyik nak sembang aje. Alahai, kekadang gelak
juga aku sorang-sorang. Tanpa aku sedari, lepas hantar sorang penumpang ni aku
tengok jam dah pukul 7 malam! Fuhhh dunia-dunia!
Rasenya sempat lagi ambik sorang penumpang! Aku pun
online sat tengok-tengok kalau ade penumpang dekat-dekat area ***** ni. Rezeki!
Ade sorang penumpang. Dia tengah tunggu dekat bus stop depan ni, jadi aku pun
gerak lah ke situ. First impression aku, mak aih! Lawa bebenor awek ni! Masa tu
memang takde orang pon dekat bus stop tu, awek tu je sorang-sorang. Aku pun
bagi lah signal menuju ke tempat tu. Dia pon masuk lah ke dalam kereta dengan
selambernye. “Awak nak g mana?” aku tanya gadis tu. “Awak jalan je, nanti saya
bagitahu” Aik, lain macam je bunyi dia. Aku pun cakap lah dengan dia, kalau tak
bagitahu di mana lokasi nak turun aku takleh set harga untuk cas penumpang.
Faham-faham lah, Uber ni pon macam teksi juga, Cuma apps ni yang bagi direction
dan cas untuk sesuatu perjalanan. Tapi, dia tetap berkeras dengan jawapan dia.
Takpelah, janji dapat duit. Dipendekkan cerita, aku pun bawalah gadis ni
berjalan. Dekat setengah jam juga kitaorang tak sembang. Aku pun dah rase lain
macam! Dia ni betul ke idok? Aku rase dah agak jauh kami berjalan.
“Awak nak ke mana sebenarnya? Dah agak jauh kita jalan
ni. Kalau rase tak tau nak pergi mana, elok saya hantar awak balik je dekat bus
stop tu” Aku pun dah naik bengang dengan awek ni. Habis minyak aku bawa dia
pusing-pusing. Aku tengok, jam dah dekat pukul 8 malam. Tetibe, aku rase macam
terhidu sesuatu! Wangi sangat! Amboi kuat bebenor perfume awek ni. Tadi masa
memula tu takdelah wangi macam ni. “Awak ikut lorong ni, nanti ade sebuah bus
stop saya turun dekat situ” finally, bersuara pun engkau! Aku pun bergerak lah
seperti yang diarahkan. Customer is always right! Lorong tu agak gelap sedikit
memandangkan lampu jalan pun berjarak-jarak, jadi aku tak nampak sangat kawasan
dekat situ! Lain macam je aku tengok tempat tu.
Akhirnya sampai lah juga aku dekat bus stop seperti
yang diminta oleh awek ni. Aku perhati kawasan sekeliling, biar betul awek ni
tinggal dekat sini? Memang betul tempat ni kawasan perumahan, tapi under
construction? Belum siap sepenuhnya. Alahai, biar betul perempuan ni. Awek tu
kemudian memberikan aku RM 50. “Eh takde duit kecik ke cik adik?” “takpe, yang
lebih tu simpan” amboi bertuah aku. Dia pun keluarlah dari kereta aku dan
bergerak menuju ke bus stop itu. Serius perfume dia memang mengancam, nyaris-nyaris
aku tergoda. Sebelum gerak tu aku tengok lah henfon aku ni. Ade sampai mesej
dari uber, aku pun tengok lah. “Passenger cancelled the request, 1 hour ago” tak
jadi? Yang aku bawak tadi tu bukan penumpang aku ker? Aku dah rase lain macam!
Aku tengok cermin belakang aku, awek tu tadi masih duduk di bus stop. Hati aku dah
tak tenteram masa tu.
Tanpa membuang masa, aku pecut dari tempat tu! Entah kenapa
aku rase pedal minyak ni aku tekan habis tapi kenapa kereta aku masih tak gerak-gerak
juga! Ya allah ape dah jadi ni? Aku tengok lagi cermin belakang. Awek tu tadi
dah lenyap dari situ! Sah memang bukan manusia, bende lain! Perasaan aku memang
tak menentu masa tu, aku tukar gear tapi tak dapat-dapat! Aku terus cuba dan
cuba! Tiba-tiba! Awek tu tadi tercegat berdiri di sebelah kiri kereta aku! Tersenyum
melihat aku dan apa yang lebih menyeramkan, dia ketawa kecil sambil
memerhatikan aku dan terus mengilai! Jelas sungguh suara dia! Allahu! memang
tak dapat dibayangkan pada ketika itu, sangat menyeramkan! Aku tekan pedal
minyak tu lagi sekali dan kereta aku berjaya aku gerakkan! Aku memecut dengan
laju sambil memerhatikan cermin pandangan belakang. Tapi lembaga tu lenyap
entah dimana. Badan aku terketar, jantung ku berdegup dengan kencang! Aku memang
tak peduli masa tu, lubang ke, batu ke semua aku redah!
Aku demam teruk selama seminggu selepas kejadian tu,
tiap-tiap malam aku mimpi benda yang sama. Dikejar oleh lembaga tu! Aku pun
memang tak caye benda ni akan terjadi dengan aku. Duit yang lembaga tu bagi
dengan aku pun bukan duit betul, daun kering! Eeeee! Bila aku dikirkan balik
kejadian tu, memang menyeramkan! Aku sumpah, taknak lagi buat uber waktu malam!
Bawak grab memang ade risikonye walaupun masyuk. Kalau nak baca satu lagi cerita seram pasal pemandu grab boleh tgk kat sini Cerita seram pemandu grab
ReplyDelete