Advertisement

Advertisement

Monday, September 18, 2017

KISAH SERAM: Badi Nombor Ekor! (Bahagian 2)

Aku dapat rasakan lembaga itu sedang mengawasi kami. Aku teringat pesan tok pamin, jangan pandang belakang. Kami meneruskan perjalanan untuk menuju ke sebuah gerai makan, sebelum menuju ke tanah perkuburan. Sepanjang perjalanan tu, hati ku seperti tak tenang. Bulu roma ku senantiasa berdiri! Kemudiannya, kami pun tiba di gerai minum itu untuk menjamu sedikit makanan dan minum bagi menghilangkan rasa lapar dan rasa takut masa tu. “Man, aku rasa memang kita mandi lepas ni. Bomoh tu memang power!” kata sahabat aku. Aku hanya tersenyum mendengar perbualannya dan berharap, pak pamin adalah bomoh yang benar-benar memberikan hasil yang memuaskan! Sehinggalah saat yang dinantikan oleh kami, jam menunjukkan 12 malam. Kami bergerak ke sebuah tanah perkuburan berdekatan kawasan itu.


Serius aku katakan, selama ni aku tak pernah rasa seram begini. Bomoh-bomoh sebelum ni kebanyakkannya penipu. Agaknya bomoh siam ni memang terer! Dan tibalah kami ke sebuah tanah perkuburan. Aku dan rakanku berhenti di hadapan tanah perkuburan itu dan mula memerhatikan setiap kubur yang berasap. Malam yang sangat gelap dan redup cuacanya. Bertemankan cahaya bulan menerangi dikesunyian malam “Man! Tu dekat hujung belah kiri. Kau nampak tak?” bisik rakan ku sambil menunjuk kubur itu. Kami kemudian bergerak ke kubur itu dan duduk bersimpuh di hadapannya. “Tok, nenek kami datang ni ada hajat. Kami nak minta nombor ekor…” Lama juga kitaorang perhatikan kubur tu, tapi macam takde apa-apa juga! “biar betul bomoh ni, dah lama kita kita duduk sini!” kata kawan aku. Tiba-tiba tanah di kubur itu bergerak, seperti menulis sesuatu! “4444” itulah nombor yang tertulis di tanah kubur itu. Kami tersenyum lebar. Firasat aku kuat, nombor ni pasti akan dapat 1st price!

Keesokan paginya kami bergegas menuju ke salah sebuah kedai nombor di sini. “Aku rasa memang kena nombor ni Man, semalam aku memang mimpi nombor ni!” kata kawan aku sambil tersenyum lebar. Ternyata apa yang sahabatku katakan adalah benar, kami berjaya mendapatkan Jackpot 1st price keesokan hari selepas kami mengambil nombor ini. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada hari itu. 30 juta ringgit berada dihadapan kami! Wow! Apa aku nak buat dengan duit sebanyak ni? Aku kaya! Perasaan yang sangat gembira dan tak terkata pada ketika itu. “Man, kita kaya! Kau nak buat apa dengan duit ni? Haha” Namun, kegembiraan itu Cuma seketika. Aku dan rakan ku dikaburi dengan duit haram ni! Aku seakan-akan lupa dengan peraturan yang telah pak pamin katakan kepada kami sebelum ini. Aku berjoli dengan sepuas-puasnya bersama-sama anak isteri aku!

Sehinggalah pada satu masa setelah aku dan keluarga tiba ke rumah setelah bercuti panjang di luar negara. “Man! Kau kat mana? Tolong aku Man. Hantu tu nak makan aku! Maaannnn!” Aku terkesima bila mendengar perbualan rakan ku ketika menjawab panggilan nya! Apa yang telah terjadi? Aku pelik bila mendengar suaranya yang cemas dan bila terdengar perkataan hantu, tiba-tiba aku teringat dengan sesuatu, satu perjanjian yang telah termeterai antara kami dan pak pamin! Apa aku nak buat ni? Lembaga tu dah bunuh rakan aku! Aku ke hulur ke hilir memikirkan keadaan ini seperti orang hilang akal! Aku cuba untuk menghubungi rakan ku namun tidak berjawab. Tiba-tiba aku dengar satu bunyi ketukan yang sangat kuat di pintu rumah ku! “Bam! Bam! Bam!” “Grrrrrrr! Grrrrrr! Grrrrrr!” kedengaran satu suara yang sangat menakutkan di luar rumah ku, seperti suara seekor singa yang sedang kelaparan!

Abaangggg! Tolongggg!” “Ayaahhhh! Makkkk! Tolonggg!” Ya allah, apa dah jadi dengan anak bini aku! Aku bergegas menuju ke bilik itu, bila melihat keadaan anak dan isteri ku! Badan ku kaku, jantung ku hampir terhenti bila melihat keadaan yang sangat menakutkan itu! Aku lihat lembaga itu muncul di bilik itu dengan berseleranya sedang menjamu darah isteri ku. Terlihat anak ku terlantar di lantai sudah tidak bernyawa, tubuhnya berlumuran darah! Aku seakan-akan tidak mempercayai dengan kejadian yang berlaku di hadapan ku. Tolongggggg! Aku menjerit sekuat hati ku! Lembaga itu memusingkan kepalanya ke arah ku sambil memberikan satu senyuman yang sangat menakutkan! Mulutnya dipenuhi dengan darah dan kemudian berdiri menuju ke arah ku. Aku adalah mangsa seterusnya! Tanpa membuang masa aku berlari sekuat hati ku, menjerit untuk meminta pertolongan orang kampung! Entah mengapa aku rasakan belakang tubuh ini sangat sakit seperti dicakar pada ketika itu. Aku menoleh ke belakang sambil berlari. Ya allah! Lembaga itu sedang menghampiri ku dari belakang! Tolongggg! Aku menjerit sambil menutup mata ku.

Aku terbangun dari tidur ku. Aku tersedar dan kini berada di hospital, belakang tubuh ku terasa amat sakit! Aku bergegas memanggil jururawat yang sedang bertugas pada masa itu. “Isteri saya! Anak saya! Anak bini aku dimana!” jururawat itu cuba untuk menenangkan diri ku. Ternyata apa yang terjadi terjadi kelmarin ada benar dan bukan mimpi. Aku sangat kesal dan sedih dengan apa yang telah menimpa keluarga ku. Walaupun kini aku telah pulih setelah membuat rawatan bersama seorang ustaz, tetapi sehingga kini aku masih termimpi-mimpi wajah lembaga itu, menyantap arwah anak dan isteri ku dengan berseleranya. Aku insaf dengan perbuatan ku! 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *