Advertisement

Advertisement

Tuesday, September 19, 2017

KISAH SERAM: Haruman Bunga Kemboja di rumah sewa...

 Aku kini tinggal di sebuah rumah sewa pangsa murah, tak jauh daripada rumah sewa aku dulu, rumah pangsa yang berhantu! Setiap kali aku lalu ke situ untuk menuju ke rumah sewa aku sekarang, aku masih teringat-ingat, meremang bulu roma kalau diingatkan kisah seram itu! Aku masih ingat nombor rumah itu, rumah nombor ‘13’. Mungkin nampak tak menyeramkan bila dilihat pada waktu pagi keadaan pangsa murah itu, tapi bila tibanya waktu malam segala macam bunyi kau dengar! Kekadang seperti khayalan atau sepintas lalu aku terlihat bayang putih lalu di tepi ku. Hanya tuhan je yang tahu pengalaman dan perasaan ku ketika tinggal di rumah puaka tu. Apa yang lebih teruk, aku hampir dijemput ajal bila dikejar dengan Pontianak! Hampir seluruh tubuh ku dicakar oleh lembaga itu dan meninggalkan kesan sehingga kini.


Kisah ini aku ceritakan, berlaku beberapa bulan lalu. Aku telah mendapat satu tawaran kerja di bandar, menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif di sebuah firma swasta. Seminggu selepas aku mendapatkan tawaran itu, aku terus mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja, memandangkan aku pun belum punya wang yang cukup untuk membeli kereta, lebih baik aku mencari rumah sewa yang dekat. Aku pun search lah di laman sosial, search di website rumah sewa, belek-belek akhbar. Akhir sekali aku berjaya jumpa sebuah rumah sewa berdekatan tempat kerja! Alhamdulillah. “Sebuah rumah pangsa murah untuk disewa. Sila telefon/wassap nombor ini untuk keterangan lanjut” Tanpa buang masa, aku kol tuan punya rumah. En Amar namanya. “Ye, rumah tu memang kosong sekarang. Kalau kamu berminat, kita boleh jumpa dihadapan rumah ni. Saya tunggu awak di situ” Wah, senangnya dalam hati. I’m the luckiest man! Aku ingat rumah tu dah disewa, sebab iklan tu pun aku nampak di satu website. Pelik juga lah. Iklan ni dah setahun lebih tapi belum ada yang menyewa, lagi satu rumah dekat bandar ni pun agak payah nak dapat, lagi-lagi kalau sewa murah. Rezeki depan mata, buat apa nak tolak?

Dipendekkan cerita, aku pun berangkut lah menuju ke rumah tu sebelah petang. Aku bertemu dengan En Amar, “Kamu Hanif kan? So macam mana, kamu nak sewa rumah ni?” Aku pun cakaplah dengan dia yang aku setuju nak sewa, dah dia nampak bagasi aku ni macam nak berangkut ke korea tak kan lah aku tak jadi nak sewa rumah ni! Aku bayar rumah sewa tu dengan dengan RM 120. Agak berbaloi la juga, tak pening sangat nak bayar bulan depan. Aku tengok kiri dan kanan rumah bersebelahan. Asal kosong eh? Malas nak pikir panjang, aku masuk ke rumah sewa pertama aku. First impression aku, “Wah! Kemasnye rumah ni” segalanya teratur dengan rapi, seperti mengalu-alukan kedatangan ku ke sini. Bilik ada sebuah, kemas dan rapi, ada tandas yang bersih, ada ruang dapur yang kemas dan ruang tamu yang menyedapkan mata memandang. Aku letak bagasi aku di bilik dan baring di katil sambil tersenyum dan mengambil kesempatan untuk merehat kan diri. Tetibe, aku terhidu satu haruman. Satu haruman yang jarang-jarang aku hidu, aku pasti haruman ini adalah bunga kemboja!
Aku rase tak sedap hati… siapa pula yang makai perfume cik ponti ni? Aku pun pergi ke ruang tamu, haruman tu semakin kuat. Mungkin jiran sebelah-sebelah aku kot. Aku taknak pikiq panjang, aku g mandi untuk bersiap solat maghrib. Ntah kenapa mase aku mandi tu, bulu aku meremang semacam. Rase macam ada orang perhatikan aku dari atas! Mungkin perasaan aku je kot. Lepas selesai mandi, aku solat dan makan bekal yang mak aku sediakan. Alhamdulillah, terubat juga rindu kat mak. 

Malam tu aku bermimpi buruk, mimpi yang sangat menakutkan! Aku mimpi dikejar Pontianak! Ya Allah! Aku terjaga diri tidur ku. Aku menuju ke ruang dapur untuk meneguk segelas air. Haruman bunga kemboja itu kembali semula, memecah kesunyian malam. Aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan rumah ni! Begitulah keadaan ku selama berada di rumah ini, sering kali diganggu dengan aktiviti paranormal. Sehinggalah malam yang ke ‘13’ aku berada di sini. Jam menunjukkan pukul 12 malam, tapi aku masih membuat tugasan ku yang belum selesai di pejabat tadi. Oleh sebab, kepenatan yang tak mampu aku tahan, aku pun terlelap seketika di sofa ruang tamu rumah itu.
Satu sentuhan lembut di dada ku, seakan-akan ada seseorang yang menyentuh tubuh ku. Haruman bunga kemboja itu semakin kuat terhidu! Aku membuka kelopak mata ku perlahan-lahan. Allahhuakbar! Aku mimpi ke tak ni? Satu susuk tubuh yang sangat menyeramkan! Lembaga itu adalah Pontianak! Aku menjerit sekuat hati ku Tolonggg! Tolonggg! Dengan pantas aku membuka pintu rumah itu dan berlari sekuat hati ku menuju ke pondok pengawal di pintu hadapan perumahan pangsa murah ini! Tolonggg! Tolonggg! Jeritan ku seperti tidak bermakna, jiran-jiran di sini seakan-akan tidak mendengar jeritan ku!

Aku berlari dengan sepenuh hati ku! Ya allah, aku dapat rasakan belakang tubuh ku seperti dicakar, sakit amat! Aku tidak mempedulikan apa yang terjadi dan terus berlari! “Pakcik! Tolong saya Pakcik! Pontianak! Pontianak!” “Eh apa yang terjadi nak? Kamu ok ke?” kata pakcik tu sambil membawa aku masuk ke pondok pengawal tu. Badan ke terketar-ketar, wajah ku pucat seperti mayat. Aku cuba untuk menenangkan diri ku, kelibat Pontianak itu lenyap dari penglihatan ku. Aku kemudian menceritakan segalanya kepada pakcik itu tentang apa yang telah terjadi. “Berani benar kamu anak muda, mungkin kamu orang baru di sini. Sebelum kamu menyewa di rumah itu, ada seorang wanita mengandung yang tinggal di rumah itu. Pakcik dengar-dengar cerita wanita itu mati di situ selepas suaminya menolak beliau dan terjatuh di ruang dapur. wanita itu mati akibat pendarahan dan suaminya melarikan diri sehingga kini. Takde sapa-sapa pun tau wanita tu mati, sehinggalah beberapa minggu kemudian. Jiran-jiran mengadu ada bau yang sangat busuk datang dari rumah itu. Kalau kamu perasan, kebanyakan rumah sebaris kamu semuanye kosong kan?  Mereka lari, sebab tak tahan diganggu oleh wanita itu!”


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *