Jelas terpapar satu gambaran yang sangat sedih dan
ketakutan terukir di wajah anak kesayangan ku. Dia yang dulunya periang, kini
lebih banyak menghabiskan masanya untuk mendiamkan diri, seorang diri di bilik.
Aku tidak salahkan anak kesayangan ku, aku salahkan patung puaka itu! Mengapa harus
anak aku yang engkau kejar-kejar? Apa salah anak kesayangan aku terhadap kau? Sehingga
kini aku masih berusaha untuk mencari jalan bagi mengubati anak aku. Sudah bermacam-macam
jenis ubat, doktor yang aku jumpa tetapi anak aku tetap murung dan sentiasa
dalam ketakutan. Patung itu seakan-akan menghantui dirinya sehingga kini! Aku
rindu gelak ketawa dan senyuman anak ku.
Aku masih ingat tarikh kelahiran anak aku, 20 November.
Tarikh ini cukup bermakna buat kami sekeluarga, dimana tarikh ini juga adalah
ulang tahun perkahwinan aku dan isteri ku. Indah benar saat itu, rasa ingin ku
ulang detik-detik manis itu. Tapi kini, tarikh itu bagaikan satu tarikh keramat
dan sumpahan! Aku pasti akan teringat kisah seram yang telah menghantui kami
sekeluarga! Tragedi menyeramkan yang berlaku beberapa tahun, ketika aku
bercadang untuk membuat satu percutian di sebuah pulau. Sehari sebelum tarikh
20 November, kami sudahpun bergerak menuju ke pulau itu. Aku tahu, anak
kesayangan ku sangat sukakan pantai. Yela, siapa tak suka pantai. Aku sendiri
turut menyukai keindahan yang mempersona itu.
Setibanya kami ke pulau itu dengan menaiki bot
pelancong, aku dan keluarga ku menuju ke kaunter reception untuk bertanya bilik
yang telah aku tempah beberapa hari lepas. Bilik itu agak luas dan selesa. Aku membuka
tingkap di bilik itu. Hmmm…Segar! Ini yang dikatakan sebagai percutian! Tak sia-sia
aku book awal-awal tempat ni. “Ayah…Ayah…Jom ke pantai! Hehe” anak kesayangan
ku sangat tertarik dengan pemandangan pantai di pulau ini. Aku dan isteri ku
kemudian menemani anak ku berjalan kaki, menyusuri, dan mengelilingi pulau itu.
Ya Allah, indah sungguh ciptaan mu. Aku lihat, begitu ramai pelancong yang
berada di pulau ini. memang patutlah pulau ni dikatogerikan antara sebagai
pulau yang tercantik di Malaysia. Keindahan pulau ini turut disukai oleh
pelancong luar. Kami berjalan sambil menikmati keindahan pesisir pantai di
pulau itu.
Kami berehat di sebuah pokok dan menikmati sedikit
makanan ringan dan minuman. “Qilah, jangan main jauh-jauh. Nanti ibu tak jumpe
kamu camne?” Aku lihat anak kesayangan ku sedang berjalan di sebalik
pokok-pokok di pulau ini tidak jauh dari penglihatan kami. Isteri kesayangan ku
bimbang, tetapi aku cuba untuk menenangkannya. “Biarkan lah budak tu, bukan ade
lanun pun kat pulau ni. Hehe” Aku tahu, anak ku sangat menggemari anak patung. Sebelum
ke sini aku sudah siap-siap membungkus anak patung itu dan berharap dia akan
sukakan patung itu sebagai hadiah hari jadinya. “Ayah! Ayah! Qilah jumpe anak
patung ni kat tepi semak tu” Anak patung? Bila masa pulak ada orang tinggalkan
patung kat pulau ni? Aku menoleh ke belakang dan melihat patung itu. Lain macam
je aku tengok anak patung ni. Agak kusam dan sedikit menyeramkan. Namun aku
tidak syak apa-apa pun pada masa tu. “Qila sukalah patung ni! Ayah, Ibu, Qila
ambik patung ni ye. Qila dengar tadi patung ni bisik dengan Qila. Dia cakap,
dia sedih dan keseorangan. Boleh lah. Pliss?” perangai anak aku ni buat aku
jadi lemah semangat! Aku tak mampu nak halang dia. Kalau dia cakap nak yang tu,
dia nak lah tu jawabnye. Aku pun senyum dan balas “Ye, boleh. Tapi Qila jaga
elok-elok tau kawan baru Qila ni. Sayang nak namakan dia apa?” “Hmmm…Qila nak
namakan ‘dia’ BELLA” Aku tersenyum melihat gelagat anak ku sambil memeluk anak
patung itu.
“Awak ni! Manjekan sangat si Qila ni!” kata isteri ku
sambil mencubit pipi ku. Haha. Aku tak tahu nak kata apa, korang berdua lah
segalanya bagi ku duhai anak dan isteri ku. Tiba-tiba suasana menjadi gelap dan
seperti ribut bakal terjadi. Angin bertiup kencang, laut tiba-tiba bergelora.
Kami berlari selaju yang mungkin untuk menuju ke bilik. Habis basah kuyup! “Qila
mandi dulu sayang, mandi dengan BELLA sekali. Kesian dia, nanti korang berdua
demam” Anak ku kemudian berlari menuju ke tandas bersama patungnya. Aku duduk
di beranda bilik itu sementara menunggu Qila selesai mandi. “Abang, ni tuala
dan kopi. Abang minum ye” isteri ku datang memberikan tuala dan segelas kopi
sambil memeluk ku. “Abang, sayang nak tanye sikit boleh? Abang tak rase apa-apa
yang pelik tak? Maksud sayang, lepas je Qila ambik patung tu, hujan terus turun
dengan lebat. Sayang tak sedap hati lah” Aku merasa pelik dengan andaian isteri
ku. Aku hanya terdiam sambil menghirup kopi itu. Mungkin ada betulnya kata
isteri aku ni, tapi itu Cuma andaian…
Malam itu kami tidur awal, kerana aku ingin membuat
kejutan untuk anakku. Sedang lena dibuai tidur akibar kepenatan, aku bermimpi,
mimpi yang sangat menakutkan! Aku terjaga, kelihatan wajah-wajah syurga ku sedang lena dibuai mimpi. Aku ke tandas untuk mencuci muka. “Nama Aku Bella, Nama aku
Bella, yeye aku suka, yeye aku suka” Aku terdiam seketika dan menutup pili air.
Aku terdengar satu suara budak perempuan sedang menyanyi di ruangan bilik.
Suara yang aneh, belum pernah ku dengari sebelum ini! aku pasti suara itu bukan
suara anak ku! Aku keluar dari tandas dan membuka lampu bilik buat seketika
untuk memeriksa keadaan disekeliling. Anak dan isteri ku sedang tidur. Siapakah
pemilik suara aneh itu? Aku lihat BELLA kini berada di beranda, tersandar di
kerusi. Bukan kah anak patung itu tadi berada dalam pelukan anak ku? Aku
gelabah, dan mengejutkan isteri ku! “Kenapa ni bang? Sayang ngantok lah…” aku
menceritakan kepada isteri ku tentang kejadian tadi. Namun, isteri ku tak
mempercayai dengan penjelasan ku. Mungkin benar, itu Cuma khayalan aku. Aku menarik
nafas panjang dan tidur semula.
“Ayah! Ibu! Tangan Qila…Tangan Qila sakit!” Suara
jeritan Qila memecahkan kesunyian di pagi hari. Ya allah! Aku terkejut melihat
pergelangan tangan anak ku. Hampir kedua-dua belah pergelangan tangannya lebam,
seperti dipukul dan dicederakan! Aku bergegas mengambil kit ubat dalam beg ku
dan merawat lukanya. Anak ku menangis tanpa henti, benar-benar dalam kesakitan!
Aku memeluk anak ku, cuba untuk menenangkannya. “Qilah kuat kan? Sayang tau
hari ni hari apa? Happy Birthday anak ayah!” Aku mengeluarkan anak patung dari
bagasi. “Yeye! Sayang Ayah, sayang Ibu! Lepas ni BELLA dah ade kawan lah. Kan BELLA?
Kan?” Aku melihat anak ku memeluk kedua-dua patung itu. Entah kenapa firasat ku
menyatakan ada sesuatu perkara buruk yang bakal berlaku.
Kami bersiap, menuju ke kafe. Aku mengikat mata Qila
untuk membuat kejutan padanya. “Happy birthday too you…Happy Birthday too you…Happy
Birthday too Qila…Happy Birthday too you!” Aku dan isteri memeluk dan mencium
anak perempuan kesayangan kami. Sungguh indah kenangan itu. Benar lah apa yang
orang katakan, hidup tidak selalunya indah. Secara tiba-tiba anak kesayangan ku
rebah dan pengsan selepas meniup ketujuh-tujuh lilin diatas kek itu. Aku
mendukung Qila dan membawanya menuju ke bilik, aku benar-benar merasa cemas
pada ketika itu. Aku membaringkan Qilah di katil dan menyapu air ke wajahnya,
tetapi Qilah masih tidak sedarkan diri. “Abang…sabar ye. Jangan risau kejap
lagi Qila bangun le tu” kata isteri ku, cuba untuk menenangkan aku.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment